Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tol kekal hingga 2015

Posted:

Tol kekal hingga 2015

Tol kekal hingga 2015

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd (PEB) oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi laluan kepada kadar tol yang lebih baik kepada pengguna dan penjimatan RM6.5 bilion bagi kerajaan.

UEM Group dan KWSP hari ini mengumumkan yang mereka bersetuju untuk menyemak semula terma perjanjian konsesi tol dengan kerajaan, di mana tiada kenaikan tol di empat lebuh raya sehingga 2015 dan kerajaan tidak akan membuat sebarang pembayaran ganti rugi.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris berkata, empat lebuh raya berkenaan adalah Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh raya Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).

Beliau berkata, mulai 2016, kenaikan kadar tol di empat lebuh raya ini akan ditetapkan pada lima peratus setiap tiga tahun manakala Jambatan Pulau Pinang akan kekal sebagaimana bayaran semasa sehingga akhir tempoh konsesi.

Pada masa ini, kenaikan tol adalah PLUS (10 peratus setiap tiga tahun); ELITE (10 peratus setiap tiga tahun); Linkedua (25 peratus setiap lima tahun); BKE (15-25 peratus setiap lima tahun); dan Jambatan Pulau Pinang (10 peratus setiap lima tahun).

Pada taklimat media dan sidang akhbar mengenai cadangan pemerolehan itu di sini hari ini, Izzaddin berkata, PEB juga akan mengecualikan RM2.9 bilion dalam baki ganti rugi tertunggak semasa dan pembekuan kenaikan tol sehingga 2015, yang akan sebaliknya menyebabkan kerajaan menanggung RM3.6 bilion.

Pembekuan kenaikan tol diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas.

Tiada lanjutan tempoh konsesi bagi PLUS dan Linkedua yang akan berakhir pada Disember 2038, kata beliau.

Bagaimanapun, tempoh konsesi bagi ELITE, BKE dan Jambatan Pulau Pinang akan dilanjutkan kepada Disember 2038.

Tarikh tamat tempoh semasa ialah - ELITE (31 Mei 2030); BKE (27 Jun 2026); dan Jambatan Pulau Pinang (31 Dis. 2021).

Beliau berkata UEM dan KWSP juga dijangka menyelesaikan pemerolehan dan pemegang saham minoriti PEB akan menerima pembayaran mereka pada 31 Disember tahun ini.

Apabila selesai kelak, UEM akan memiliki 51 peratus perantara tujuan khas untuk pemerolehan berkenaan, PLUS Malaysia, manakala KWSP 49 peratus. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Amah ke Malaysia 1 Disember

Posted:

Amah ke Malaysia 1 Disember

Amah ke Malaysia 1 Disember

Oleh Hassan Mohd. Noor


Najib Tun Razak bersalaman dengan Susilo Bambang Yudhoyono (kiri) semasa mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia itu di Legian Sanur, Ayodya Hotel di Bali, semalam. – bernama


BALI 16 Nov. - Selepas tertangguh selama lebih dua tahun, Malaysia dan Indonesia hari ini memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) bagi membolehkan penghantaran semula pembantu rumah mulai 1 Disember ini.

Kedua-dua pihak juga bersetuju dengan beberapa pindaan yang akan menjaga kebajikan pembantu rumah dan majikan termasuk potongan gaji oleh majikan, bayaran dikenakan oleh agensi, kursus dan cuti mingguan.

Persetujuan itu dicapai selepas pemimpin kedua-dua negara, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengadakan mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN di sini lewat petang ini.

Perdana Menteri ketika mengumumkan demikian berkata, keputusan itu juga membayangkan keikhlasan Presiden Indonesia untuk mencari penyelesaian positif selepas Indonesia membekukan penghantaran pembantu rumah sejak 26 Jun 2009.

''Keputusan ini membayangkan keikhlasan Presiden untuk mencari penyelesaian positif terhadap apa juga masalah demi kepentingan bersama.

''Saya harap berita ini disambut baik dan pelaksanaannya akan berjalan lancar,'' katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam ini.

Menurut Perdana Menteri keputusan itu dimuktamadkan selepas sebuah pasukan petugas yang dibentuk oleh kedua-dua negara meneliti beberapa isu dan masalah berkaitan perubahan dalam MoU berkenaan.

Katanya, pasukan petugas itu juga akan memantau persetujuan itu dan satu laporan juga akan dibuat berhubung keputusan berkenaan dalam tempoh tiga bulan ini.

Berikutan keputusan itu, dijangkakan 50,000 pembantu rumah bersedia memasuki pasaran Malaysia selewat-lewatnya pertengahan Januari bagi memenuhi permintaan majikan.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai MoU itu berkata, beberapa isu telah dapat diselesaikan.

Katanya, kos yang dikenakan oleh agensi pengambilan pembantu rumah ditetapkan sebanyak RM4,511, pembantu rumah juga wajib mengikuti kursus selama 200 jam atau 21 hari yang diuruskan oleh Indonesia.

Bagaimanapun ia tidak menetapkan sebarang gaji minimum sebaliknya bergantung kepada kadar pasaran.

''Bayaran gaji juga hendaklah dibuat melalui bank kecuali di kawasan yang jauh atau tidak mempunyai kemudahan tersebut,'' katanya.

Setiap pembantu rumah juga akan diberi cuti satu hari dalam seminggu dan jika dipanggil bekerja pada hari tersebut, majikan perlu membayar mengikut akta yang ditetapkan.

Melalui MoU itu juga, majikan tidak boleh lagi menyimpan pasport milik pembantu rumah sebagai menghormati hak yang dimiliki oleh pemegang pasport berkenaan.

Bagaimanapun, majikan tidak perlu bimbang dengan keputusan itu atau risau pembantu rumah mereka bebas untuk 'lari' atau meninggalkan tugas sesuka hati.

Ini kerana terdapat peraturan yang mewajibkan agensi yang bertanggungjawab membayar semula segala bayaran yang dikeluarkan oleh majikan sekiranya pembantu rumah lari dalam tempoh enam bulan.

''Agensi juga boleh menggantikan pembantu rumah lain,'' katanya.

Mengenai potongan gaji oleh majikan, MoU itu menetapkan hanya terhad kepada RM1,800 dan kaedah pemotongan pula hendaklah dalam kadar 50 peratus daripada gaji bulanan.

''Majikan tidak boleh membuat potongan seratus peratus dalam satu masa dan tempoh pemotongan juga boleh dirundingkan oleh kedua-dua belah pihak,'' katanya.

Berikutan penarikan balik pembekuan itu, visa lawatan sosial untuk membolehkan tenaga kerja Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah ditarik balik. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

Populariti Najib meningkat; Anwar, Nik Aziz dan Guan Eng merosot

Posted:

Populariti Najib meningkat; Anwar, Nik Aziz dan Guan Eng merosot

Populariti Najib meningkat; Anwar, Nik Aziz dan Guan Eng merosot

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009, tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.

Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib, tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata, ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata, kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr. Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr. Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata, rakyat Malaysia melihat Dr. Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved