Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pengajaran gaji RM10 sehari

Posted:

Pengajaran gaji RM10 sehari

Pengajaran gaji RM10 sehari

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 16 Nov. - Muhaimin Salleh mengetahui segala ilmu dan teknik menanam nanas hasil pengalaman bekerja dengan pengusaha Cina di Simpang Renggam selama setahun setengah dengan gaji RM10 sehari.

Muhaimin, 48, berkata, kerana ingin menimba ilmu dan pengalaman, dia tidak menghiraukan jumlah gaji diterima itu.

Ini kerana katanya, matlamat utamanya adalah menjadi pengeluar dan usahawan nanas yang berjaya.

Bagaimanapun, hasratnya untuk mengembangkan penanaman nanas sekitar Muar tersekat kerana ketiadaan modal.

"Namun akhirnya nasib saya berubah pada 2002 dengan pertolongan daripada abang, Hassan Salleh, 51, yang turut yakin penanaman nanas dapat memberi hasil dan pulangan lumayan.

"Hassan bertindak sebagai rakan kongsi dan berjaya mendapatkan pinjaman modal sebanyak RM28,000 daripada Bank Pertanian di samping menguruskan pengambilan pekerja Indonesia.

''Gandingan kami kini di landasan betul dengan kejayaan mengusahakan ladang nanas seluas 45.6 hektar menggunakan tujuh pekerja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Muhaimin, ladang milik mereka di Batu 13 1/2 Air Hitam, Muar menghasilkan dua jenis nanas iaitu Morris dan Josapine pada kadar pengeluaran memuaskan berikutan bantuan dan khidmat nasihat daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Lebih membanggakan, katanya, usaha dia dan abangnya itu diperluas dengan penanaman nanas secara komersial selepas mereka berjaya mendapat persetujuan 26 orang pemilik untuk menyertai projek tersebut.

"Bukan mudah untuk menjalankan penanaman ladang besar-besaran kerana ia memerlukan modal yang tinggi untuk membayar sewa tanah, gaji pekerja, kos baja dan racun selain kelengkapan pertanian, " katanya.

Menurut Hassan, nanas jenis Josaphine adalah yang paling banyak ditanam berbanding Morris kerana ia mendapat sambutan baik di pasar-pasar segar.

Sehubungan itu dia memutuskan untuk menambah keluasan tanaman nanas jenis itu sehingga kadar pengeluaran meningkat 3,000 biji seminggu.

Katanya, pelbagai cabaran telah dilalui dia dan abangnya seperti lambakan nanas pada tahun 2004 membuatkan tanaman itu tidak laku.

Tambahnya, banjir besar pada awal 2007 menyebabkan pokok nanas mati dan kerugian besar.

"Cabaran dan ujian yang kami hadapi tidak melemahkan semangat, sebaliknya kami bangkit dan melakukan penambahbaikan termasuk memasang pagar elektrik bagi mengelakkan serangan babi hutan yang merosakkan tanaman nanas.

''Kami turut memperbaiki sistem pengairan ladang serta menurap jalan bagi memudahkan urusan pengangkutan," ujarnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu dan bapa tunggal disaran kuat semangat

Posted:

Ibu dan bapa tunggal disaran kuat semangat

Ibu dan bapa tunggal disaran kuat semangat


Zainal Abidin Othman (tiga dari kiri) bergambar kenangan dengan Rufie Suratman (empat dari kiri) dan Sarmah Othman (tiga dari kanan) pada Majlis Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang dan Bapa Dedikasi di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 16 Nov. - Golongan ibu tunggal disaran agar sentiasa menguatkan semangat serta azam bagi meneruskan kehidupan dalam dunia yang serba mencabar hari ini.

Itulah pesanan daripada penerima Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang peringkat negeri, Sarmah Othman, 69, kepada 'rakan sejawatannya' hari ini agar sentiasa memberikan keutamaan kepada pendidikan anak-anak mereka.

"Kehidupan sebagai ibu tunggal sememangnya mencabar dan kita jangan sesekali rasa takut untuk meneruskan kehidupan dan utamakan keperluan anak-anak kita," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang dan Bapa Dedikasi peringkat negeri di Pulai Spring Resort di sini semalam.

Selaku penerima anugerah berkenaan, Sarmah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, satu set pakaian, barangan elektrik bernilai RM700, trofi dan sijil penghargaan.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Othman selaku wakil rasmi kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Pada majlis berkenaan seramai 10 ibu tunggal dari setiap daerah serta tiga bapa tunggal dari tiga daerah negeri ini dicalonkan bagi menerima anugerah berkenaan berdasarkan kepada beberapa kriteria.

Kriteria yang dimaksudkan adalah memiliki sekurang-kurangnya empat orang anak yang berjaya dalam bidang akademik dan agama, berusia 50 tahun ke atas dan bercerai hidup atau mati dengan pasangan mereka sekurang-kurangnya 10 tahun dengan sekali perkahwinan.

Sementara itu, penerima Anugerah Bapa Dedikasi peringkat negeri, Rufie Suratman, 74, memberitahu kesabaran merupakan kunci utama dalam mendidik anak-anak dan ia merupakan nadi utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Katanya, selain itu, keazaman yang tinggi adalah perlu kerana sebagai seorang bapa tunggal tanggungjawab sebagai ibu juga perlu digalas dalam memastikan anak-anak mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved