Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Keputusan Tsu Koon tidak jejaskan parti

Posted:

Keputusan Tsu Koon tidak jejaskan parti

Keputusan Tsu Koon tidak jejaskan parti

KUALA LUMPUR 17 Nov. Keputusan Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan di Pulau Pinang.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu memberi peluang kepada Tsu Koon untuk menumpukan usaha yang akan memberi kemenangan bagi kerusi-kerusi ditandingi calon parti tersebut.

Beliau berkata, keputusan pemimpin parti komponen terpenting BN itu dibuat selepas mengambil kira saranan ahli-ahli parti yang mahukan Tsu Koon mengukuhkan persediaan parti dalam menghadapi pilihan raya.

"Mungkin beliau telah mengambil kira pandangan ahli-ahli parti yang pernah menyuarakan perkara itu pada Perhimpunan Agung (Gerakan) baru-baru ini.

"Pastinya ada pemimpin-pemimpin pelapis yang saya percaya mampu memikul tanggungjawab dan melaksanakan agenda untuk pastikan Gerakan mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian selepas meraikan kegembiraan murid yang menerima keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sentul (I), Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, di peringkat pucuk pimpinan BN, keputusan Tsu Koon itu dilihat sebagai tindakan yang mengambil kira pandangan ahli parti selepas meneliti kehendak pengundi selepas pilihan raya yang lalu.

"Kita harap Gerakan sebagai parti komponen penting dalam BN akan menumpukan soal-soal bagaimana kerusi yang diletakkan calon mereka boleh mencapai kemenangan," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Tsu Koon di atas jasa yang dicurahkan sepanjang perkhidmatannya kepada kerajaan dan parti.

Full content generated by Get Full RSS.

Selangor tidak ikut jika Parlimen bubar Januari 2012

Posted:

Selangor tidak ikut jika Parlimen bubar Januari 2012

Selangor tidak ikut jika Parlimen bubar Januari 2012

SHAH ALAM 17 Nov. - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan sekalipun kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari tahun depan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

"Kita (kerajaan negeri) tidak akan sertai (pembubaran DUN) jika kerajaan Pusat membubarkan Parlimen awal tahun depan untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Kita masih dengan pendirian sebelum ini iaitu paling tidak empat tahun (mentadbir) sebelum bersedia mengadakan pilihan raya umum," katanya selepas selesai sesi penggulungan Bajet Selangor 2012 dan penangguhan sidang DUN Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan membubarkan DUN dan menyertai PRU13 serentak dengan kerajaan Pusat sekiranya ia diadakan pada bulan Julai, Ogos atau September tahun depan.

Beliau menafikan keputusan itu dibuat kerana tidak yakin pakatan pembangkang akan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, perkara itu tidak timbul kerana tujuan utama kerajaan negeri ialah mahu melaksanakan perkara yang dirancang terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Sultan Selangor mencampuri pentadbiran negeri apabila didakwa mengarahkan setiap wakil rakyat meluluskan pindaan undang-undang bagi meluaskan bidang kuasa berkaitan hal ehwal Islam di negeri ini, Julai lalu.

Dakwaan yang disiarkan menerusi laman portal berita http://www.freemalaysiatoday.com itu menyatakan Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan setiap ADUN Selangor meluluskan draf pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 pada sidang Dewan, 11 Julai lalu.

"Sultan Selangor tidak campur tangan dalam pengurusan kerajaan negeri. Sebagai ketua negeri dan Ketua Agama Islam negeri, baginda mahukan keharmonian di negeri ini meliputi seluruh rakyatnya.

"Baginda boleh memberi panduan, pandangan dan nasihat untuk manfaat seluruh rakyat di negeri ini," kata Abdul Khalid.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved