Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kes Liong Sik: Pendakwaan tutup kes

Posted:

Kes Liong Sik: Pendakwaan tutup kes

Kes Liong Sik: Pendakwaan tutup kes

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Seramai 12 saksi termasuk dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dipanggil oleh pihak pembelaan sekiranya bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik diperintahkan membela diri atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia.

Peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik menyatakan demikian di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menyerahkan senarai 113 saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan sebaik sahaja menutup kes pendakwaan pada pukul 4 petang.

Antara saksi lain yang akan dipanggil oleh pembelaan ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Perbicaraan peringkat pendakwaan yang bermula pada 1 Ogos lalu itu berjalan selama 28 hari dengan pendakwa raya memanggil 25 saksi memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.

Selain itu, Kian Kheong menyuarakan hasrat untuk memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2007.

Menurut peguam tersebut, beliau memerlukan kerjasama pihak pendakwaan dalam usaha menemu duga Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum dipanggil sebagai saksi.

Bagaimanapun, Tun Abdul Majid yang mengetuai barisan pendakwaan berkata, pihak pembelaan perlu mengemukakan permohonan untuk berbuat demikian tetapi terpulang kepada beliau sama ada mahu ditemu duga.

Hakim Ahmadi menetapkan 12 dan 13 Disember ini untuk pihak-pihak mengemukakan hujahan bertulis di akhir kes pendakwaan sebelum memutuskan sama ada bekas Menteri Kabinet itu perlu membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan.

Liong Sik, 67, yang juga bekas Presiden MCA dibicarakan atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.

Beliau didakwa melakukan penipuan tersebut antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Full content generated by Get Full RSS.

Perbicaraan tangguh, lebih 1,000 dokumen perlu diteliti

Posted:

Perbicaraan tangguh, lebih 1,000 dokumen perlu diteliti

Perbicaraan tangguh, lebih 1,000 dokumen perlu diteliti

SHAH ALAM 17 Nov. - Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi yang dijadualkan hari ini dan esok terpaksa ditangguhkan bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan meneliti lebih 1,000 dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir menetapkan 29 dan 30 November ini untuk sambung bicara selepas membenarkan permohonan penangguhan yang turut dibuat oleh pihak pendakwaan.

Kata beliau, penangguhan itu juga diizinkan memandangkan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani dan peguam Gurbachan Singh tidak sihat, manakala seorang lagi peguam, Ravi Nekoo terpaksa menghadiri perbicaraan di mahkamah lain.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff memberitahu, pihaknya telah bersedia dengan saksi pendakwaan ke-76 iaitu pegawai polis daripada bahagian forensik komputer.

Bagaimanapun, katanya, beliau dimaklumkan pihak pembelaan memerlukan masa untuk meneliti kesemua dokumen berkaitan sebelum saksi itu memberi keterangan.

Sementara itu, Manjeet Singh Dhillon yang mengetuai barisan pembelaan pula memaklumkan pihaknya telah menerima lebih 1,000 dokumen yang dimuatkan dalam cakera padat (CD) dan cakera digital video (DVD) daripada pihak pendakwaan semalam.

Katanya, selepas melihat sepintas lalu 600 hingga 700 dokumen tersebut, pihaknya mendapati terdapat dokumen-dokumen yang tidak relevan yang turut dimuatkan di dalam CD dan DVD berkenaan.

Sehubungan itu, jelas beliau, pihak pendakwaan dan pihak pembelaan bersetuju untuk mengadakan perjumpaan pada Selasa ini bagi menyemak dan memilih dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kes itu sahaja demi menjimatkan masa mahkamah.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut menetapkan perbicaraan selama sembilan hari pada Januari dan enam hari pada Februari 2012.

Pihak pendakwaan juga dijangka menutup kes mereka pada tarikh terakhir yang ditetapkan iaitu 10 Februari tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved