Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerja 9 jam: Guru mohon kajian

Posted:

Kerja 9 jam: Guru mohon kajian

Kerja 9 jam: Guru mohon kajian

GURU MENGHARAP
Kuantan

Saudara pengarang,
Laporan mengatakan Kementerian Pelajaran akan melaksanakan projek rintis sistem waktu kerja sembilan jam bagi guru di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak mulai Januari depan ternyata mengejutkan ramai warga pendidik.

Sebaik membaca laporan akhbar mengenainya, saya merupakan antara warga pendidik di Pahang yang melahirkan rasa kurang senang dengan cadangan tersebut.

Difahamkan, projek tersebut akan melibatkan hampir 5,000 guru di 104 sekolah di keempat-empat negeri berkenaan.

Jika ia dilaksanakan, tindakan tersebut pastinya akan menambahkan lagi beban kerja guru yang telah sedia ada.

Justeru itu, saya cadangkan kementerian mengadakan kaji selidik terlebih dahulu terhadap responden melibatkan warga pendidik di seluruh negara. Ini penting bagi melihat sejauh mana projek tersebut boleh diterima oleh guru-guru kerana perkara tersebut melibatkan mereka secara langsung.

Apa pun, perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana kementerian sedia maklum bahawa guru-guru bukan sahaja bertugas sebagai tenaga pengajar di sekolah sebaliknya kami juga sebagai pengasuh, pendidik serta menjalankan kerja-kerja perkeranian di sekolah melibatkan data-data murid.

Kami juga terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah murid dan ibu bapa yang kadangkala menyebabkan gangguan emosi selain terpaksa bekerja pada waktu petang untuk aktiviti kokurikulum.

Cadangan awal untuk melaksanakan di empat negeri sebagai percubaan juga langsung tidak munasabah kerana hanya mereka yang terlibat sahaja menanggung beban kerja sedangkan guru-guru di negeri lain hanya sebagai pemerhati sahaja dan ini sesungguhnya sangat tidak adil.

Saya berharap agar kementerian mengkaji semula dan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar atau agenda yang melibatkan para guru.

Masyarakat pula diharap tidak menilai kerja sebagai seorang guru sangat mudah dan tempoh bekerja yang singkat berbanding penjawat awam lain kerana kami turut melaksanakan kerja-kerja di sekolah sehingga ke rumah masing-masing ekoran kesuntukan masa.

Full content generated by Get Full RSS.

Minta JPJ bina pejabat di Jerantut

Posted:

Minta JPJ bina pejabat di Jerantut

Minta JPJ bina pejabat di Jerantut

YUSOF MARJUKI
Jerantut


Pejabat JPJ yang terletak di Jalan Jerantut ke Temerloh berdekatan Kampung Temin, hanya berfungsi untuk memantau kenderaan.


Saudara pengarang,
KAMI penduduk di pedalaman gugusan Felda daerah Jerantut dan Lipis tertanya-tanya kenapa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mempunyai pejabat di bandar Jerantut.

Ini kerana kemudahan JPJ yang terletak di Jalan Jerantut ke Temerloh berdekatan Kampung Temin cuma sebuah pejabat pentadbiran yang menempatkan sebilangan anggota dan hanya beroperasi memantau kenderaan dan depot menyimpan kenderaan atas kesalahan tertentu.

Pejabat berkenaan yang beroperasi sejak 10 tahun lalu tidak mempunyai skop perkhidmatan yang luas dalam urusan cukai jalan, lesen memandu, pertukaran hak milik dan lain-lain.

Untuk makluman pihak berwajib, pemilik kenderaan di daerah ini dan Lipis juga memerlukan perkhidmatan berkenaan.

Aduan ini berasas kerana pemilik kenderaan di dua daerah ini terpaksa ke pejabat JPJ Mentakab dan Bandar Tun Razak, Jengka untuk berurusan manakala pengguna di Lipis perlu berurusan di pejabat JPJ Raub.

Senario ini menyukarkan pemilik kenderaan yang tinggal di pedalaman daerah berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter mengenai pelbagai perlesenan dan cukai jalan kerana jarak yang jauh serta mengambil masa.

Dalam kalangan penduduk yang kurang mampu, untuk keluar ke Temerloh, Bandar Tun Razak dan Raub sudah tentu agak terbeban bagi menjalankan urusan yang tidak disediakan di pejabat pos.

Beban kewangan juga terasa jika mengupah agensi swasta dan pada masa sama mereka terpaksa mengambil masa dua hari untuk sesuatu urusan diselesaikan.

Untuk makluman pihak berkaitan, suatu ketika dahulu seorang ahli Parlimen di sini yang berstatus timbalan menteri kerap kali menyuarakan komitmen bagi mewujudkan sebuah kompleks pejabat JPJ di bandar Jerantut untuk kemudahan penduduk.

Segala janji dan harapan sudah berlalu. Ia bagai ditiup angin kerana hakikatnya kemudahan berkenaan belum direalisasikan sehingga kini.

Berasaskan hakikat inilah, penduduk di sini amat berharap kerajaan Pusat dapat membina kompleks JPJ di bandar Jerantut agar urusan berkaitan kenderaan dapat dilakukan dengan mudah dan selesa tanpa perlu berbelanja lebih untuk ke pejabat JPJ di daerah lain.

Melalui Rakan Pahang, hasrat saya dan penduduk lain agar urusan JPJ dapat dilakukan dengan lebih selesa jika ada pejabat jabatan itu dibina di bandar ini selaras dengan konsep Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khususnya untuk penduduk luar bandar.

Full content generated by Get Full RSS.

Masalah parkir kereta di HTAA

Posted:

Masalah parkir kereta di HTAA

Masalah parkir kereta di HTAA

Pelawat HTAA
Kuantan

Saudara pengarang,
SESEBUAH hospital perlu mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi bagi memudahkan orang ramai sama ada mendapatkan rawatan atau melawat pesakit.

Namun jika kawasan tempat kereta tersebut tidak mencukupi ia secara tidak langsung menyusahkan orang ramai untuk ke hospital.

Begitulah yang terjadi kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan yang berdepan masalah kekurangan tempat letak kereta.

Masalah ini bukan perkara baru namun sudah lama berlaku tetapi tiada penyelesaian yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

Tambahan pula semakin hari semakin ramai pelawat yang datang dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan tempat meletakkan kereta yang disediakan tidak mencukupi dan begitu terhad sekali.

Tindakan ini menyebabkan ramai pelawat yang datang dari jauh untuk melawat pesakit akhirnya berhadapan dengan tindakan saman gara-gara terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Adalah tidak adil kepada orang ramai yang hanya mahu melawat ahli keluarga mereka ataupun menerima rawatan di hospital tetapi diberi pula surat saman.

Justeru itu, adalah diharapkan agar pihak HTAA peka dengan permasalahan orang ramai ini dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved