Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


SOP tangani nelayan dua negara

Posted:

SOP tangani nelayan dua negara

SOP tangani nelayan dua negara

BALI 16 Nov. – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menangani masalah nelayan yang menangkap ikan dalam kawasan yang dianggap menjadi tuntutan kedua-dua belah pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, SOP itu yang berdasarkan prinsip layanan saksama diharap dapat dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

''Kita berharap dengan pengenalan SOP ini tidak timbul lagi masalah nelayan yang ditimpa musibah apabila termasuk dalam kawasan perairan yang menjadi tuntutan,'' katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sejurus tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 yang bermula esok.

Sebelum ini, terdapat beberapa isu berkaitan nelayan kedua-dua negara yang ditahan dan dihukum kerana dikatakan memasuki perairan yang menjadi tuntutan kedua-dua belah pihak.

Najib berkata, kedua-dua pihak sedar bahawa nelayan tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain bergantung kepada tangkapan ikan.

Katanya, mekanisme SOP itu akan dirangka oleh kementerian berkaitan dan di pihak Malaysia oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. – UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

Komuniti Ekonomi ASEAN 2015

Posted:

Komuniti Ekonomi ASEAN 2015

Komuniti Ekonomi ASEAN 2015

BALI 16 Nov. – Malaysia yakin hasrat mewujudkan Komuniti Ekonomi ASEAN akan tercapai menjelang tahun sasarannya, 2015, kata Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, pelaksanaan langkah-langkah komuniti ASEAN itu amat menggalakkan yang secara keseluruhannya telah mencatat pencapaian 75.6 peratus bagi Fasa 1 (2008-2009) dan Fasa 2 (2010-2011).

''Peratusan pelaksanaan bagi Malaysia pula adalah 88.5 peratus bagi kedua-dua fasa,'' katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) di Pusat Konvensyen Nusa Dua Bali di sini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 esok.

Isu berkaitan integrasi ekonomi dalaman ASEAN serta hubungan dengan rakan-rakan dialog ASEAN turut disentuh pada mesyuarat hari ini.

Menurut Mustapa, dengan tercapainya Komuniti Ekonomi ASEAN ini, ia akan membawa faedah berganda kepada ASEAN iaitu integrasi ekonomi lebih kukuh dan menjadi destinasi pelaburan perdagangan yang hebat di rantau ini.

Pada masa yang sama beliau yakin pencapaian itu akan memberi faedah kepada 600 juta penduduk ASEAN yang terbahagi kepada kumpulan negara maju, negara membangun dan negara kurang maju.

''Hasrat kita untuk membawa kemakmuran kepada kesemua negara ASEAN di samping mengurangkan perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin,'' katanya.

Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan rakyat ASEAN menikmati pendapatan yang lebih tinggi serta mengurangkan jurang antara negara kurang maju dengan negara maju.

Beliau juga memberitahu, mesyuarat AEM hari ini turut membincangkan perkembangan Hala Tuju Strategi Ekonomi 10 Tahun ASEAN-Jepun dan permohonan Hong Kong untuk menyertai Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China.

Katanya, ASEAN mengakui Jepun merupakan salah satu rakan dagang dan sumber pelaburan utama bagi negara-negara anggota dengan nilai perdagangan mencapai AS$203 bilion atau 9.74 peratus daripada jumlah perdagangan ASEAN pada tahun 2010.

Justeru, ASEAN menyedari terdapat potensi besar untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan di antara Jepun dan negara-negara ASEAN.

Katanya, mesyuarat bersetuju agar hala tuju atau roadmap yang dirangka mengambil kira tiga aspek utama iaitu integrasi pasaran ASEAN dan rakan-rakan perdagangan; mengukuhkan kerjasama ekonomi ke arah struktur industri yang lebih maju serta berteknologi tinggi; meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Katanya, jangka masa bagi pelaksanaan hala tuju itu akan dibahagikan kepada Fasa 1 (2011-2015) dan Fasa 2 (2015-2022).

Mengenai hasrat Hong Kong untuk menyertai FTA ASEAN-Jepun, Mustapa berkata, belum ada sebarang keputusan mengenainya sebaliknya mesyuarat berpendapat ia memerlukan kajian mendalam berhubung aspek undang-undang dan teknikal.

''Perkara ini agak rumit, oleh itu, pegawai-pegawai kanan ekonomi ASEAN akan menjalankan kajian bagi menilai manfaat ekonomi dan implikasi sekiranya hasrat Hong Kong diterima,'' katanya.

Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN juga sedang membincangkan modaliti bagi memperluaskan ASEAN + 1 FTA yang melibatkan ASEAN, China, Jepun, Korea, India, Australia dan New Zealand.

''Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa walaupun import duti telah dimansuhkan bagi hampir semua produk tetapi masih wujud halangan bukan tarif yang membataskan keberkesanan pelaksanaan kawasan perdagangan bebas ASEAN,'' katanya. – Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

Amaran jual lesen kepada warga asing

Posted:

Amaran jual lesen kepada warga asing

Amaran jual lesen kepada warga asing

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peniaga-peniaga tempatan yang menjual lesen perniagaan mereka kepada warga asing akan berdepan dengan tindakan tegas.

Beliau berkata, pihak berkuasa yang turut membiarkan warga asing berniaga tanpa ada penguatkuasaan juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan sewajarnya.

''Kerajaan memberi keutamaan memberikan lesen kepada rakyat tempatan untuk mereka menjalankan perniagaan, bukan kepada warga asing.

''Persoalannya, macam mana boleh berlaku (warga asing berniaga), siapa yang membenarkannya? Kenapa tidak ada tindakan?," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada persoalan yang diajukan oleh seorang belia pada sesi dialog sempena majlis sepetang bersama belia Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Pada sesi dialog itu juga, Muhyiddin menyambut baik cadangan untuk memberi pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat korporat yang memberi sumbangan kepada persatuan belia negara ini.

Justeru, katanya, semua persatuan belia di seluruh negara perlu mengadakan perbincangan secara bersama mengenai perkara tersebut sekali gus menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan beliau.

''Kalau boleh dilaksanakan (pelepasan cukai) mungkin lebih banyak syarikat dapat bantu badan-badan belia.

''Persatuan Belia Wilayah Persekutuan boleh mengambil inisiatif untuk memanggil semua persatuan belia lain seluruh negara bagi berbincang mengenai perkara ini seterusnya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri dan saya akan memberi sokongan sepenuhnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved