Khamis, 17 November 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Inovasi kuih apam

Posted:

Inovasi kuih apam

Inovasi kuih apam

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


Azahari Abdul Aziz bersama isteri Noor Harnani Ab. Halim gembira melihat apam polka dot yang dihasilkan.


WARNA-warna terang apam polka dot mudah menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi kanak-kanak. Ditambah dengan corak yang cantik, apam polka dot turut sesuai dijadikan sebagai cenderahati di majlis-majlis.

Permintaan terhadap apam polka dot baik untuk dimakan sendiri, sebagai hadiah kepada saudara-mara yang mengadakan majlis, hantaran pertunangan atau perkahwinan, majlis cukur jambul dan sebagainya membuatkan Azahari Abdul Aziz tidak lagi mempunyai masa terluang.

Setiap malam setelah selesai makan, Azahari akan ke dapur untuk membancuh adunan apam polka dot sambil dibantu isterinya, Noor Harnani Abdul Halim.

Telah setahun pasangan suami isteri ini membuat apam polka dot bagi memenuhi tempahan pelanggan dan jumlahnya juga tidak terkira, mungkin sudah beratus ribu biji.

Dalam sebulan Azahari menerima tempahan sehingga 7,000 biji dan semakin banyak pada musim cuti sekolah dan musim kahwin.

Bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat swasta, kata Azhari, dia membuat kuih ini pun secara kebetulan sahaja.

''Sebetulnya saya tertarik dengan apam polka dot ini apabila pergi ke rumah mak cik isteri saya yang membuatnya untuk makan sendiri. Saya memintanya mengajar saya cara membuatnya. Pulang ke rumah, saya mencuba membuat sendiri.

''Bagaimanapun beberapa kali mencuba, apam yang saya buat tidak menjadi dan tidak secantik yang dibuat oleh mak cik isteri saya itu. Ada yang pecah, kembang, leper dan sebagainya. Saya hampir putus asa dan mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja barang-barang yang digunakan seperti kukus, bekas kuih dan mangkuk,'' kata Azahari yang ditemui baru-baru ini di rumahnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Tambahnya, selepas beberapa hari, seorang kawannya hendak menempah sebanyak 100 biji apam polka dot daripadanya setelah terlihat facebook Azahari yang menunjukkan apam yang dibuatnya.

Menurut Azahari, dia tidak mahu memberitahu kawannya bahawa dia belum mahir lagi membuat apam polka dot. Dia mencuba sekali lagi dan kali ini menjadi. Namun ketika itu dia hanya membuat apam polka dot sahaja kerana belum pandai membuat corak lain.

Tiga bulan selepas itu kata Azahari, dia mula mencuba membuat corak-corak lain di atas apam seperti angry bird, lady bird, strawberi dan manggis. Selepas ini, dia ingin mencuba corak kun ais krim pula.

Pelanggan juga boleh memilih inti yang dikehendaki untuk dimasukkan ke dalam apam seperti strawberi, blueberi, mentega kacang, kaya dan coklat.

''Sebenarnya membuat apam ini amat cerewet. Api kukusan perlu paling perlahan. Kalau api terlalu besar, apam akan pecah dan tidak masak. Sebelum apam dikukus, air perlu dididihkan dahulu. Kemudian perlahankan api untuk mengurangkan panas dan barulah dikukus.

''Semasa membuat apam ini juga perlu berada dalam keadaan tenang dan menumpukan konsentrasi. Jangan menggelabah dan hendak cepat siap. Nanti apam tidak menjadi dan warnanya akan kembang,'' jelas Azahari yang menjual sebiji apam dengan harga di antara 30 sen hingga 60 sen bergantung kepada corak.

Katanya, apam polka dot yang dibuatnya boleh tahan sehingga empat hari tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tetapi jika disimpan di dalam peti sejuk boleh tahan sehingga dua minggu dan hanya perlu dikukus semula untuk melembutkannya.

Selain menerima tempahan daripada pelanggan di sekitar Lembah Klang, Azahari turut menerima tempahan dari Terengganu, Johor dan Perlis. Tempahan jauh akan dihantar melalui pos laju.

Kepada yang ingin melihat bentuk dan corak polka dot boleh membuka facebook Azahari di apam polke dot atau blog http://dapur-nanies.blogspot.com atau hubungi 012-9721896.

Full content generated by Get Full RSS.

Tip masuk bertanding

Posted:

Tip masuk bertanding

Tip masuk bertanding

UNTUK menjadi seorang chef atau tukang masak yang baik, pengalaman amat membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang ini.

Pengalaman merangkumi pelbagai aspek termasuk dari kerja, mengkaji resipi, mencipta resipi-resipi baru selain membaca.

Tidak ketinggalan pengalaman memasuki pertandingan memasak juga dapat meningkatkan kemahiran seseorang untuk menjadi yang lebih berpengalaman. Pada minggu ini saya ingin menyentuh tentang pengalaman memasuki pertandingan memasak.

Saya juga ada memasuki beberapa pertandingan memasak dan yang paling meninggalkan kesan adalah Pertandingan realiti TV Maggi Mencari Bintang yang telah saya menangi dua tahun lepas.

Sepanjang saya terlibat dalam bidang ini saya juga berpeluang menjadi juri masakan dan baru-baru ini saya telah dijemput untuk mendemonstrasi satu masakan dalam satu acara anjuran majalah masakan terkenal di Malaysia iaitu SAJI di pertandingan masakan peringkat akhir Pencarian Chef SAJI & Rempah Mak Dara 2011.

Saya telah berkesempatan menjadi juri dalam pertandingan ini di peringkat saringan yang berlangsung di Johor Bahru.

Saya percaya objektif semua peserta sama iaitu selain ingin memenangi pertandingan itu mereka juga ingin menimba pengalaman serta mencabar diri masing-masing membuktikan kehebatan mereka dalam memasak.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Siti Noraisyah Shamsul yang berjaya memenangi pertandingan ini. Pihak juri telah sepakat menobatkan beliau sebagai pemenang dan pasti masakannya telah memenuhi kriteria-kriteria pemarkahan yang diperlukan dalam pertandingan ini.

Menurut kata kesemua chef selebriti yang menjadi juri pada hari itu pemenang dipilih dengan teliti berdasarkan kriteria masakan yang diperlukan. Jadi di sini saya ingin memberikan sedikit tip bagaimana anda boleh menawan hati juri sekiranya anda memasuki pertandingan memasak.

Anda perlu membuat perancangan dan persiapan yang teliti sebelum hari pertandingan. Pastikan semua barang barang seperti prop dan bahan-bahan mentah lengkap. Tidaklah nanti ada barang-barang yang terlupa semasa pertandingan berlangsung.

Seterusnya anda perlu menjaga kesihatan anda supaya badan anda bertenaga untuk memasak pada hari bertanding nanti.

Pertama sekali anda perlu mencipta menu yang berbeza. Kerana menu yang berbeza itu akan membuat juri lebih teruja untuk mencuba dan memberi markah yang lebih. Setiap juri akan diberikan skema pemarkahan yang telah ditetapkan pihak penganjur. Antaranya yang menjadi kebiasaan adalah rasa makanan, kreativiti, kebersihan dan hiasan makanan.

Rasa makanan menyumbang markah yang paling besar. Jadi anda perlu bijak mengadunkan kesemua rasa dalam makanan itu. Pastikan makanan itu betul-betul enak dan berhati-hati dengan tahap kemasakan makanan supaya ia tidak terlebih masak sehingga hangus atau tidak masak. Kerana ini mungkin akan merendahkan markah anda atau membuatkan anda tidak diberi markah langsung.

Kepada mereka yang baru, usah berasa cemas sehingga membuatkan anda hilang fokus dan akan mencacatkan rupa dan rasa makanan anda. Belajar menenangkan diri sepanjang pertandingan berlangsung.

Kriteria lain tak kurang pentingnya adalah kreativiti dan hiasan. Hiasan yang kreatif di atas pinggan boleh memikat selera orang untuk menikmati makanan itu. Pastikan hiasan yang ringkas sahaja diberikan dan setiap hiasan adalah dari hiasan yang boleh dimakan dan tidak terlalu sarat atau terlalu besar dari saiz makanan yang ingin disajikan.

Untuk makluman anda hiasan di atas meja tidak terlalu mempengaruhi pemarkahan. Hiasan meja juga janganlah keterlaluan.

Anda perlu menghias meja anda seadanya. Janji ia ringkas dan nampak menarik. Sila gunakan pinggan berwarna putih agar makanan yang anda letakkan itu lebih menyerlah.

Pastikan anda menjaga kebersihan diri dan tempat anda ketika memasak. Ini bagi menjamin keselamatan makanan itu terjamin dan juri berasa yakin menguji rasa makanan anda.

Pastikan bahan-bahan yang telah anda sediakan awal sebelum pertandingan disimpan dengan baik terutamanya bahan-bahan dari sumber daging dan sayuran agar ia tidak menjadi rosak yang boleh membuat makanan itu tidak selamat dan kurang segar untuk dimakan.

Itu antara tip ringkas apabila anda berhasrat memasuki pertandingan memasak dan saya kongsikan resipi Sandwich Daging Mak Dara yang telah saya demonstrasi semasa pertandingan ini untuk anda cuba.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved