Khamis, 24 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kelazatan makanan tradisi

Posted:

Kelazatan makanan tradisi

Kelazatan makanan tradisi

Oleh AZMAN MD.NOOR
utusankedah@utusan.com.my


AZMI Che Hussin (tengah) melihat makanan tradisional ubi gadung yang disediakan pada program PMS di Sungai Batu, Baling, Kedah, baru baru ini.


BALING 23 Nov. – Bau wangi aroma pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan pada Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kedah di Kampung Sungai Batu baru-baru ini menarik perhatian pengunjung.

Antara khemah yang mendapat perhatian pengunjung adalah yang dikendalikan oleh Mak Long Melah atau nama sebenarnya, Siti Aminah Taib, 68, yang menyediakan 'kebaban'.

Begitu juga gerai Che Bashah Ahmad, 52, yang menyediakan ubi rebus, labu rebus dan tempe cicah sambal daging menarik orang ramai untuk singgah.

Gambaran awal itu sedikit sebanyak membuka mata pengunjung mengenai program itu yang diadakan di Padang Awam Kampung Sungai Batu dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu.

Antaranya JKKP Kampung Sungai Batu, Haji Abas, Bawah Gunung, Jenalik, Banggol Wan Mat dan Seberang Pekan.

Biasanya apabila disebut seni budaya, masyarakat akan lebih tertumpu kepada nyanyian dan tarian, sebaliknya ia juga merangkumi pelbagai skop seni yang berkaitan kehidupan rakyat, termasuk makanan yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Penyediaan makanan tradisi yang agak jarang diketahui boleh dilihat antaranya ubi gadung cicah kelapa, kebaban, sembelit, lemang tepung, serunding kampung, peknga dan beberapa lagi makanan yang lazat dan kurang mengandungi gula serta lemak.

Masakan ikan rebus dalam buluh yang menjadi santapan orang lama membuatkan program itu boleh dikomersialkan dan diperluaskan penerimaannya.


HASLIZA Abu Hassan As Shaari (dua dari kanan) bersama rakan-rakan menunjukkan makanan tradisi seperti lemang tepung dan lemang ubi yang masih menjadi tarikan generasi sekarang.


Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, Kassim Mahmud, program untuk penduduk luar bandar itu akan lebih dihayati oleh masyarakat khususnya golongan muda bagi menanam rasa cinta dan mendekati warisan seni dan budaya negara termasuk makanan tradisional.

Menurutnya, menerusi program itu semangat gotong-royong, muafakat dan kerjasama dalam kalangan masyarakat boleh dikekalkan.

Ahli DUN Bayu, Azmi Che Hussin pula berkata, program itu terbukti berjaya kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

"Melalui program ini, kita dapat menghidupkan semula kebudayaan Melayu apabila kebanyakan penduduk mengenakan pakaian lama dan turut menghidangkan kuih-muih tradisional yang semakin dilupakan dan jarang ditemui," katanya.

Menurutnya, penduduk sendiri menyediakan juadah tradisional dan memberi peluang kepada pengunjung, terutama golongan muda untuk menikmatinya.

Katanya, program itu juga selari dengan konsep 3M iaitu murah, mudah dan meriah.

"Program ini tidak memerlukan belanja yang besar kerana ia diadakan secara gotong-royong dan pastinya program ini juga mudah kerana ia merupakan program santai, namun memberi kesan yang amat besar kepada masyarakat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

13,666 unit rumah kos rendah

Posted:

13,666 unit rumah kos rendah

13,666 unit rumah kos rendah

IPOH 23 Nov. - Sebanyak 13,666 unit rumah kos rendah telah dibina oleh kerajaan negeri di seluruh Perak dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah.

Antara daerah yang terlibat adalah Kinta melibatkan 1,995 unit, Kuala Kangsar (2,177 unit), Larut, Matang dan Selama (1,730 unit), Hilir Perak (1,450 unit) dan Batang Padang (1,389 unit).

Daerah lain yang turut tersenarai adalah Hulu Perak (1,244 unit), Kerian (1,243 unit), Perak Tengah (1,101 unit), Manjung (695 unit) dan Kampar (642 unit).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pembinaan kesemua rumah kos rendah itu dilakukan melalui peruntukan Jabatan Perumahan Awam dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Katanya, bagi 2012 pula, sebanyak dua lagi projek perumahan rakyat melibatkan lebih 200 unit rumah akan dilaksanakan melibatkan daerah Kerian dan Hilir Perak.

"Kerajaan Persekutuan secara dasarnya telah meluluskan peruntukan RM20 juta untuk perumahan nelayan berpendapatan rendah yang melibatkan pembinaan kira-kira 200 unit rumah.

"Malah, Bajet Perak 2012 menyediakan peruntukan RM10 juta bagi menjayakan matlamat ini selain memohon peruntukan kerajaan Persekutuan untuk membina lebih banyak rumah kos rendah termasuk untuk nelayan," katanya menjawab soalan lisan Chen Fook Chye (DAP-Keranji) pada sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Menjawab soalan tambahan berhubung langkah kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah, Zambry berkata, setiap rakyat yang memohon rumah di bawah Program Perumahan Rakyat akan dikenakan bayaran paling rendah.

Malah katanya, kerajaan negeri juga menggunakan pendekatan sewa beli bagi meringankan beban golongan tersebut untuk memiliki rumah sendiri.

"Kerajaan negeri sangat prihatin untuk membela nasib rakyat berpendapatan rendah di negeri ini dan secara dasarnya bilangan rumah kos rendah akan ditambah dari semasa ke semasa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Terokai potensi pelancongan Kubu Gajah

Posted:

Terokai potensi pelancongan Kubu Gajah

Terokai potensi pelancongan Kubu Gajah

IPOH 23 Nov. - Kerajaan negeri diminta memperhebatkan program promosi beberapa produk pelancongan baharu di sekitar Kubu Gajah sempena kempen Tahun Melawat Perak (TMP) tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, terdapat beberapa produk pelancongan seperti air terjun di kawasan itu yang boleh dimajukan sebagai tarikan pengunjung.

Beliau berkata, usaha memperbanyakkan bahan promosi perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

"Saya dapati usaha mempromosi pelancongan di sembilan daerah yang dibuat sekarang masih tidak mencukupi.

"Kita perlu membanyakkan bahan promosi kerana ia mampu mencapai sasaran lima juta pelancong dalam TMP," katanya ketika membahaskan Enakmen Perbekalan 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) berkata, pihaknya bimbang usaha mempromosi produk pelancongan akan gagal dicapai jika tidak dilakukan secara bersepadu.

Mengulas mengenai Bajet Perak 2012, beliau berkata, ia memperlihatkan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Sebanyak RM60 juta diperuntukkan bagi memperkenalkan Skim Perumahan Amanjaya untuk membolehkan rakyat memiliki rumah pertama.

"Pembiayaan ini akan diberi dalam bentuk pinjaman jangka panjang dan jadual bayaran balik diselaraskan dengan bank yang memberi pinjaman," katanya.

Selain itu, Raja Ahmad Zainuddin berkata, projek ternakan kambing Boer dan ladang pisang yang sedang dilaksanakan di Batu Kurau mampu membantu meningkatkan ekonomi penduduk.

Katanya, pelaksanaan projek itu membuktikan komitmen kerajaan dalam membangunkan kawasan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved