Khamis, 24 November 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kumpulan pecah rumah tumpas

Posted:

Kumpulan pecah rumah tumpas

Kumpulan pecah rumah tumpas

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanktn@gmail.com


AHMAD Johari Shahabudin Mohamad (tengah) bersama sepasukan pegawai polis menunjukkan barangan rampasan seperti parang yang digunakan oleh perompak yang berjaya diberkas di Jengka 10 di Maran, semalam.


MARAN 24 Nov. – Polis percaya dapat menyelesaikan empat kes samun dan pecah rumah di tanah rancangan Felda Jengka 10 di sini, sejak awal tahun ini, dengan tertangkapnya tiga suspek semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin Mohamad berkata, ketiga-tiganya ditangkap selepas memecah masuk sebuah rumah peneroka di tanah rancangan itu, pukul 3 pagi.

Menurutnya, suspek yang dipercayai warga asing turut bergelut dengan mangsa sebelum menetak mangsa dan melarikan diri bersama barangan berharga di rumah itu.

"Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek ditahan polis dengan kerjasama penduduk kampung dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) semasa mereka cuba melarikan diri di kawasan belukar berhampiran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal, polis menemui semula barangan yang dicuri iaitu empat telefon bimbit, masing-masing satu jam tangan, gelang emas, dompet dan komputer riba.

Tambahnya, tiga beradik dan seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang cedera semasa bergelut dengan suspek menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

"Kumpulan itu berbahaya kerana sanggup menetak mangsa sekiranya cuba melawan.

"Kita percaya empat kes samun di tanah rancangan itu sejak awal tahun ini dapat diselesaikan," katanya sambil memberitahu suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.

LPKtn besarkan kawasan tampung keperluan

Posted:

LPKtn besarkan kawasan tampung keperluan

LPKtn besarkan kawasan tampung keperluan

KUANTAN 24 Nov. - Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) merancang memperbesarkan lagi kawasannya bagi menampung keperluan para pelabur pada masa hadapan.

Pengurus Besarnya, Datuk Khairul Anuar Abdul Rahman berkata, usaha-usaha bagi memiliki tanah di utara kawasan Pelabuhan Kuantan di sini sedang dibincangkan dengan kerajaan negeri.

"Dalam memastikan perkembangan Pelabuhan Kuantan pada masa hadapan, usaha-usaha bagi menaik taraf dan pembesaran akan dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

"Ia akan meningkatkan kemampuan Pelabuhan Kuantan untuk mengendali kapal sehingga 150,000 tan berat kering (DWT) dengan benaman maksimum 16.4 meter berbanding kemampuan semasa sehingga 40,000 DWT dan benaman 11.2 meter sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedar kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat jawatankuasa utama Persatuan Pelabuhan ASEAN (APA) Ke-37 oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri di sini, semalam.

Operasi Pelabuhan Kuantan diswastakan pada 1 Januari 1998 dan selaras dengan penswastaan itu, LPKtn kini berfungsi sebagai pengawal selia dan fasilitator bagi menjamin perkembangan dan pembangunannya.

Mengulas lanjut, Khairul Anuar berkata, prestasi Pelabuhan Kuantan sehingga 31 Oktober lalu adalah baik dengan peningkatan sebanyak 12.772 juta tan pengendalian kargo berbanding hanya 9.972 juta tan untuk tempoh sama tahun lalu.

Bilangan persinggahan kapal katanya, juga meningkat daripada 2,028 buah kepada 2,046 buah iaitu peningkatan sebanyak 0.9 peratus.

"Berat kapal juga meningkat 13 peratus daripada 16.008 juta GRT pada 2010 kepada 18.084 juta GRT pada tahun ini. Namun, bilangan kontena yang dikendalikan berkurangan 21.1 peratus iaitu daripada 116,010 TEU (unit bersamaan 20 kaki) pada tahun lalu kepada 91,519 TEU pada tahun ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

2 jambatan sementara dibaik pulih

Posted:

2 jambatan sementara dibaik pulih

2 jambatan sementara dibaik pulih

KUANTAN 24 Nov. - Jambatan sementara di dua kampung iaitu Kampung Melayu dan Kuala Kenau, Sungai Lembing akan dibaik pulih dalam tempoh terdekat sebagai persediaan menghadapi banjir yang mula melanda di beberapa tempat di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing, Datuk Md. Shohaimi Mohamed Shah berkata, usaha itu bagi mengelak penduduk di kedua-dua kampung tersebut terputus hubungan ketika banjir.

Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih jambatan itu dilakukan sementara menunggu jambatan kekal yang akan dibina tidak lama lagi.

"Selain itu, persediaan lain seperti bekalan makanan dan keperluan telah disiapkan sepenuhnya, termasuk pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing," katanya di sini, baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved