Khamis, 24 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Piala Monsun pasarkan tengkujuh

Posted:

Piala Monsun pasarkan tengkujuh

Piala Monsun pasarkan tengkujuh

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Ahmad Shabery Cheek (empat dari kiri) mengemudi kapal layar KBS bersama pasukan Yanmar Racing selepas merasmikan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Puau Duyong, kelmarin. – utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 23 Nov. - Sekali lagi, Pulau Duyong dimeriahkan dengan kejohanan kapal layar berprestij dunia, Piala Monsun 2011, sirkit terakhir dalam Siri Jelajah Dunia (WMRT).

Di pulau pinggir muara Sungai Terengganu yang dikaitkan dengan kegemilangan tradisi pelayaran dan pembuatan kapal Melayu silam, pelayar-pelayar ternama dunia berkampung bagi bersaing merebut gelaran juara.

Tradisi kejohanan baru ini dimulakan pada tahun 2005 bagi 'memanaskan' musim tengkujuh di negeri ini dan 'memasarkannya' apabila istilah Monsun ketika itu tidak lebih sekadar membimbangkan sesiapa yang ingin berkunjung ke negeri.

Kejohanan yang meletakkan Terengganu dalam sorotan media dunia dan sekali gus mempromosikan namanya bagi pembangunan industri pelancongan jangka panjang turut dibawa ke arah membudayakan sukan itu di kalangan rakyat.

Namun dalam beberapa edisi sebelum ini, ia juga tidak sunyi daripada kritikan apabila dipalitkan dengan dakwaan ia suatu pembaziran apabila melibatkan kos agak tinggi.

Rakyat pula dilihat tanpa sebarang penglibatan, hanya menjadi pemerhati kepada sukan yang begitu asing sehingga timbul gesaan agar ia tidak lagi diteruskan ketika ada negeri dan negara lain menunjukkan minat.

Namun kritikan itu makin sepi dan Piala Monsun edisi keenam dirasmikan kelmarin, kali ini sesuai dengan namanya, ia menjanjikan suasana cabaran sebenar, dengan hujan lebat, angin kencang dan arus kuat.

Semalam, kejohanan selama enam hari ini yang menjadi tradisi tahunan dan memeriahkan suasana tengkujuh telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bagi Shabery, kejohanan Piala Monsun akan terus kekal di Pulau Duyong kerana ia lokasi yang dianggap paling sesuai apatah lagi kemudahan pelayaran yang disediakan dan bertaraf dunia, tidak boleh ditandingi di rantau ini.

Menurut Shabery, dengan pelbagai usaha dilakukan penganjur T-Best Event Sdn. Bhd, tiada sebab mengapa Piala Monsun tidak dapat dikekalkan di pulau Duyong selepas kontrak empat tahun dengan WMRT berakhir tahun depan.

Selain terus meningkatkan kemudahan, ternyata usaha membangunkan sukan pelayaran telah dimulakan secara berperingkat melalui pelbagai pendedahan terutama kepada generasi muda dan beberapa kejohanan prapiala Monsun selain program-program pengenalan.

Penganjur juga bersama Persatuan Kapal Layar Malaysia akan memulakan Siri Jelajah Pelayaran Kebangsaan mulai Febuari tahun depan bagi membantu pelayar tempatan meningkatkan pengalaman dan kemahiran yang akhirnya dapat diketengah dalam persaingan di persada antarabangsa.

Dalam kejohanan kali ini, hampir 300 pelayar muda dibawa khas oleh penganjur bersama, KFC Holdings untuk menyaksikan pelayar ternama dunia beraksi bagi merebut piala kemegahan.

Beliau percaya semua ini akhirnya mampu mencetuskan semangat baru di kalangan pelayar-pelayar muda negara apabila sukan ini mampu dikuasai.

Ahmad Shabery berkata, selain itu, kejohanan tersebut diharap dapat terus menyemarakkan minat seluruh rakyat terhadap sukan kapal layar terutama Terengganu yang dekat dengan laut.

"Saya berharap, dengan adanya kejohanan seperti ini, bukan sahaja rakyat Terengganu malah seluruh rakyat negara ini akan menanam semangat pelayaran dalam diri mereka," katanya selepas menyempurnakan upacara perasmian.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.39 juta disertai 12 pasukan dari lapan buah negara.

Antara lain ia turut disertai bekas juara dunia, Datuk Peter Gilmore (Australia) dari Yanmar Racing, pendahulu siri kelayakan WMRT, Ian William (Britain) dari Team GAC Pidar; pendahulu ranking ISAF, Francesco Bruni (Itali) dari pasukan Bruni Racing dan Torvar Mirsky (Australia) dari pasukan The Wave Muscat.

Jurumudi lain yang terlibat ialah Bjorn Hansen (Sweden) dari Mekonomen Sailing Team, Damien Iehl (Perancis) dari French Match

Racing Team, Johnie Berntsson (Sweden) dari Berntsson Saling Team, Jesper Radich (Denmark) dari Adrian Lee & Partners.

Turut serta Mathieu Richard (Perancis) dari French Match Racing Team, Phil Robertson (New Zealand) Waka Racing, Willam Tiller (New

Zealand) dari Full Metal Jacket Racing dan wakil tunggal negara, Jeremy Khoo dari pasukan Abdullah Chan/KRT.

Kebanyakan peserta menyifatkan Pulau Duyong menyajikan perlumbaan cukup sukar biarpun jika berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik.

Full content generated by Get Full RSS.

Skuad Cakna Wanita UMNO dekati masyarakat, hulur bantuan

Posted:

Skuad Cakna Wanita UMNO dekati masyarakat, hulur bantuan

Skuad Cakna Wanita UMNO dekati masyarakat, hulur bantuan


Dayang Saniah Awang Hamat (empat dari kanan) bersama ahlinya melawat Wan Saodah Wan Yusoff yang terlantar sakit di Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah, baru baru ini


TANAH MERAH 23 Nov. - Kehadiran mereka dengan mengenakan 'vest' berwarna merah terang sama ada dalam majlis rasmi atau di kampung-kampung, sentiasa menarik perhatian banyak pihak.

Namun, kehadiran mereka bukan sebagai penyeri majlis jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, kelibat Skuad Cakna Wanita UMNO itu mempunyai matlamat murni iaitu membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Lantaran itu, tidak hairanlah apabila kita dapat melihat kelibat anggota Skuad Cakna tersebut di ceruk-ceruk kampung atau desa semata-mata untuk meninjau dengan lebih dekat lagi permasalahan masyarakat bawahan yang mungkin 'terlepas pandang' oleh pihak berwajib.

Antara yang aktif menjalankan program atau aktiviti sedemikian ialah Skuad Cakna Wanita UMNO Bahagian Tanah Merah yang kerap turun padang mendekati masyarakat tempatan bagi menyelami permasalahan mereka seterusnya mencari ikhtiar untuk membantu.

Sejak penubuhan skuad berkenaan pada Julai 2010, lebih 3,000 lawatan telah dilakukan ke tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tanah Merah iaitu Gual Ipoh, Bukit Panau dan Kemahang.

Mereka yang dilawati termasuk mangsa kebakaran, kemalangan jalan raya, pesakit kronik, penduduk yang kematian ahli keluarga serta wanita yang baru melahirkan bayi.

Penasihat Skuad Sayang Wanita UMNO Tanah Merah, Dayang Saniah Awang Hamat berkata, sikap menziarahi mereka yang dilanda kesusahan merupakan amalan tradisi dalam masyarakat dan pergerakan itu cuba menyemarakkan kembali budaya tersebut.

"Harapan mereka yang melawat ingin melahirkan rasa simpati manakala yang dikunjungi pula berasa masih ada rakan dan taulan yang mengingati mereka," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat Wan Saodah Wan Yusoff, 52, yang mengalami kecederaan paha akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 20 Oktober lalu di Kampung Banggol Kemunting, di sini.

Menurut Dayang Saniah, Skuad Cakna Wanita UMNO melibatkan kira-kira 20 ahli jawatankuasa di setiap kawasan dan sering membuat lawatan ke rumah rakan taulan yang diketahui menghadapi pelbagai masalah serta memerlukan perhatian.

"Amalan tersebut mampu menghidupkan kembali semangat tolong-menolong sesama anggota masyarakat selain mengeratkan silaturahim yang semakin terhakis dalam masyarakat khususnya generasi muda.

"Lantaran itu, tidak menghairankan andainya terdapat rombongan Skuad Cakna dengan 'vest' warna merah melawat ke kampung-kampung dan sekitar bandar untuk melawat mereka yang berkenaan," katanya.

Skuad Cakna Wanita UMNO katanya, sentiasa prihatin dengan keadaan penduduk yang mengalami apa juga masalah dan bersedia untuk menghulurkan bantuan.

Sementara itu, seorang suri rumah, Faridah Hussin, 39, dari Kampung Banggol Jenereh dekat sini terharu dan berasa dihargai berikutan kunjungan Skuad Cakna Wanita UMNO bagi melihat keadaan mertuanya, Che Zainab Che Mat, 67, yang diserang angin ahmar.

"Saya gembira menerima lawatan mereka yang bersimpati dengan keadaan ibu mertua saya yang koma akibat serangan penyakit itu," katanya.

Menurut Faridah, penyakit yang menyerang ibu mertuanya itu memaksa dia berhenti kerja di kilang papan berhampiran supaya dapat memberi sepenuh perhatian menjaga warga emas berkenaan.

Di samping lawatan tersebut, dia juga berterima kasih kerana laporan yang diberikan oleh skuad itu membolehkan dia menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Full content generated by Get Full RSS.

Peneroka dapat RM8,000 sebulan

Posted:

Peneroka dapat RM8,000 sebulan

Peneroka dapat RM8,000 sebulan

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my


Norzuki Mustafa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Kemahang 2 yang mendapat 5A pada Majlis Kesyukuran Mesra Peneroka Bersama Pengurusan Felda di Tanah Merah, kelmarin.


TANAH MERAH 23 Nov. - Peneroka Felda Kemahang 2 di bawah pengurusan Felda Technoplant Sdn. Bhd. mampu menjana pendapatan bulanan RM7,000 hingga RM8,000 berikutan peningkatan harga komoditi kelapa sawit di pasaran dunia.

Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Norzuki Mustafa berkata, seramai 231 peneroka yang masing-masing memiliki kebun seluas lima hektar menyasarkan keluaran hasil purata 19 tan metrik per hektar.

"Alhamdulillah sasaran itu telah tercapai dan kita jangka ia akan mencecah 20 tan metrik per hektar pada hujung tahun ini.

"Ini satu perkembangan baik buat peneroka di sini yang secara tidak langsung boleh dijadikan model pada peneroka-peneroka di tempat lain," katanya semasa ditemui selepas menghadiri majlis Kesyukuran Mesra Peneroka Bersama Pengurusan Felda di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Perkebunan Wilayah Terengganu Felda Technoplant dan Ketua Peneroka Felda Kemahang 2, Mohamed Yunus Manaff.

Norzuki berkata, tidak mustahil kejayaan sekarang dapat dikekal malah dimajukan lagi sekiranya komitmen antara peneroka, pengurusan Felda termasuk Felda Technoplant Sdn. Bhd. dan kilang terus berjalan dengan baik.

"Ini kerana komitmen itu akan memastikan setiap kerja khususnya dalam industri tanaman kelapa sawit akan dibuat mengikut piawaian penanaman sebenar seterusnya menentukan penghasilan produk bermutu selain harga komoditi yang baik," katanya.

Felda Technoplant Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Felda yang ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja tanam semula ladang peneroka.

Pada majlis itu, Felda turut menyampaikan sumbangan kepada 10 peneroka uzur dan lapan murid Sekolah Kebangsaan Kemahang 2 yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved