Khamis, 24 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


79 sekolah agama terima RM35.6 juta

Posted:

79 sekolah agama terima RM35.6 juta

79 sekolah agama terima RM35.6 juta

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan cek bantuan kepada Mohd. Amar Nik Abdullah (kanan) di Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/ROSNI MASRI


KOTA BHARU 23 Nov. - Sebanyak 79 sekolah agama di negeri ini menerima peruntukan sebanyak RM35.6 juta daripada kerajaan Pusat sebagai pengiktirafan kepada institusi itu dalam mendidik generasi muda.

Peruntukan untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis perjumpaan khas pengurusan sekolah itu bersama beliau di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan lebih 1,000 warga pendidik serta wakil persatuan ibu bapa dan guru dari seluruh negeri ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk berdialog bersama pendidik dan wakil persatuan ibu bapa dan guru sekolah-sekolah terbabit.

Sebanyak RM10.5 juta daripada peruntukan tersebut diberi secara tunai kepada sekolah-sekolah itu dengan 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) masing-masing menerima RM140,000, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) masing-masing menerima RM100,000 dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) masing-masing menerima RM200,000.

Sebanyak RM25.1 juta telah dibelanjakan untuk enam projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan bagi sekolah SABK dan kesemua projek itu telah siap pada tahun lalu.

Enam projek tersebut melibatkan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Bachok sebanyak RM2.9 juta; SMUA Al-Kauthar, Kota Baharu (RM4.9 juta); SMUA Al-Falah, Pasir Mas (RM4.6 juta); SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Baharu (RM1.3 juta); SMUA Darul Salam, Kuala Krai (RM4.9 juta) dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai (RM6.2 juta).

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, bantuan itu membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah memilih bulu dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.

"Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Islam dalam pembangunan negara kerana Islam menuntut umatnya agar maju. Islam juga tidak mahu umatnya hidup dalam kemunduran.

"Saya tidak pandang dia Pas atau UMNO, yang saya pandang dia Islam. Saya tidak mahu perbezaan politik, lebih-lebih lagi pendidikan Islam wajib dan ia adalah fardu kifayah untuk ditunaikan kepada rakyat," katanya.

Tambahnya, melalui penekanan agama ia dapat melahirkan insan yang mencintai negara dan menghalang sebarang anasir tidak sihat untuk memecah-belahkan perpaduan kaum dan umat Islam di negara ini.

"Pendidikan agama dan ilmu pengetahuan dunia seperti sains menjadi keperluan untuk membentuk modal insan yang seimbang serta membimbing golongan muda ke arah mencapai matlamat negara maju pada 2020," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sultan Selangor dukacita

Posted:

Sultan Selangor dukacita

Sultan Selangor dukacita

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my


Sultan Sharafuddin Idris Shah meletakkan pedang sebagai tanda perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sambil diperhatikan oleh Hishammuddin Tun Hussein (belakang), Ismail Omar (dua kanan) dan Tun Hisan Tun Hamzah (kanan) di pekarangan IPK Selangor di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 23 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana ada sesetengah pihak di negeri ini suka mengritik dan mencaci pasukan polis.

Baginda bertitah, perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak baik serta perlu dielakkan kerana pegawai dan anggota polis juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati serta perasaan.

"Beta berasa dukacita kerana ada segolongan rakyat di negeri ini yang suka mengkritik dan mencaci pihak polis yang sedang menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.

"Ada juga rakyat yang sengaja tidak mahu mendengar dan degil dengan arahan-arahan yang diberi oleh pihak polis bagi mengelakkan kekacauan dan huru-hara," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Sultan Selangor menitahkan seluruh rakyat di negeri supaya terus mematuhi undang-undang serta menyokong tugas-tugas anggota polis bagi memastikan negeri ini terus aman dan damai.

"Beta menyeru kepada semua rakyat di negeri Selangor supaya menyokong tugas-tugas polis dan mematuhi undang-undang serta memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya negeri Selangor akan sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai serta rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup dalam harmoni dan selesa," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda berharap pihak polis dapat menjalankan tugas dengan baik serta ikhlas dalam menangani sesuatu kes jenayah dengan adil tanpa mengira kaum, agama, jantina, usia dan status.

"Apa yang penting, setiap anggota polis hendaklah menjalankan tugas mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis mencapai kepentingan peribadi," titah baginda.

Selain itu, baginda turut mengingatkan pasukan polis supaya menjaga disiplin dan integriti mereka termasuk memastikan bahan bukti untuk sesuatu kes dapat terus dijaga dengan rapi agar ia tidak hilang atau dirosakkan.

"Ini kerana, ia (kehilangan barang kes) boleh menjejaskan perbicaraan sesuatu kes serta boleh menyebabkan orang yang bersalah terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya.

"Kehilangan dan kerosakan bahan bukti juga boleh menyebabkan integriti pihak polis dipersoalkan oleh masyarakat," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

Gerakan seksualiti merdeka wajib ditolak - Dr. M

Posted:

Gerakan seksualiti merdeka wajib ditolak - Dr. M

Gerakan seksualiti merdeka wajib ditolak - Dr. M

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, gerakan seksualiti merdeka atau amalan seks bebas wajib ditolak kerana ia bukan sahaja berdosa malah boleh meruntuhkan struktur masyarakat negara ini.

Beliau berkata, meskipun setiap tegahan dalam agama tidak dinyatakan sebabnya tetapi penyakit HIV/AIDS telah mula dikesan di kalangan pengamal seks songsang di California, Amerika Syarikat (AS) dan sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut.

Seperkara lagi kata beliau, manusia yang bertamadun tidak akan menurut nafsu semata-mata namun budaya Barat pada masa ini menggalakkan manusia mengikut nafsu.

''Bagi mereka kebebasan bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.

''Sebenarnya sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri daripada terikut-ikut dengan kehendak nafsu. Nafsu perlu dibendung kerana tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya," katanya dalam blog http://chedet.cc/blog, baru-baru ini.

Awal bulan ini, negara telah digemparkan dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula pada 1 hingga 13 November kerana bertentangan dengan Islam dan moral kemanusiaan.

Dr. Mahathir berkata, selain menghalalkan seks songsang masyarakat Barat juga mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu antara lelaki dengan lelaki mahupun wanita dengan wanita.

''Akhirnya perlakuan seks dibebaskan di Barat sehingga mereka menerima apa sahaja yang dilakukan oleh masyarakat sebagai hak seseorang manusia. Anak perempuan dan anak lelaki belasan tahun pun boleh tidur dengan sesiapa sahaja, melakukan apa jenis seks sesuka hati mereka. Tidak ada lagi anak dara atau teruna semasa berkahwin.

''Sebenarnya kita sedang melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat Barat. Sementara agama mereka melarang seks songsang, paderi mereka secara terbuka mengamalkan seks songsang. Mereka ditugaskan untuk mengahwini sepasang lelaki dan perempuan. Apakah maknanya apabila mereka menasihati pasangan itu supaya setia kepada masing-masing?'' katanya.

Sesungguhnya, beliau berkata, institusi perkahwinan dan kekeluargaan sudah luput dalam masyarakat Barat dan akibatnya ramai di kalangan mereka tidak tahu siapa bapa masing-masing.

''Kemungkinan besar akan berlaku perkahwinan atau hubungan seks antara adik dengan abang, kakak dengan adik, bapa dengan anak, anak dengan ibu.

''Mereka yang taksub dengan kebebasan akan berkata apa salahnya jika ini berlaku. Percayalah, masyarakat selepas ini akan dipenuhi dengan manusia yang cacat tubuh-badan, cacat akal fikiran dan besar kemungkinan aneka jenis penyakit baru akan menyerang masyarakat itu," katanya lagi.

Dalam blognya Dr. Mahathir turut mempersoalkan kewajaran masyarakat negara ini menerima segala-galanya yang dilakukan di Barat memandangkan budaya serta nilai hidup mereka telah runtuh disebabkan ketaksuban terhadap kebebasan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved