Khamis, 24 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


BN janji selesai masalah air di Kelantan

Posted:

BN janji selesai masalah air di Kelantan

BN janji selesai masalah air di Kelantan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

TANAH MERAH 23 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji masalah air yang melanda Kelantan akan diselesaikan segera sekiranya rakyat negeri ini memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata, nasib rakyat Kelantan hanya akan terbela jika mereka menyokong BN memandangkan kerajaan Pas Kelantan sudah terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat meskipun telah memerintah selama 21 tahun di negeri ini.

Beliau berkata, bekalan air bersih yang diterima sebahagian rakyat Kelantan hari ini pun merupakan ihsan dan usaha yang dilakukan BN ketika memerintah Kelantan suatu ketika dulu.

"BN memberi jaminan masalah air ini akan diselesaikan segera. Kita jamin masalah rakyat adalah keutamaan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Pas tidak dapat memberikan apa-apa walaupun ini adalah perkara asas tetapi mereka gagal sampaikan anak-anak kita yang sedang membesar terpaksa menggunakan air kotor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat Parlimen Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan sebanyak RM1.4 juta untuk menyiapkan masjid di Kampung Belimbing.

Terdahulu ketika berucap, Ikmal turut memohon peruntukkan sebanyak RM4 juta daripada Kerajaan Pusat untuk untuk projek-projek kecil di daerah ini termasuk bekalan air bersih dan baik pulih masjid yang dapat memberi keselesaan kepada lebih 100,000 rakyat Tanah Merah.

Jelas beliau, rakyat Tanah Merah telah berjanji akan memberi sokongan padu kepada BN kerana kesedaran yang timbul bahawa nasib mereka hanya boleh dibela oleh kepimpinan BN.

"Banyak masjid dan surau di Tanah Merah yang teruk dan daif yang memerlukan perhatian kepemimpinan Pas tetapi langsung tidak diendahkan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Enam program berimpak tinggi

Posted:

Enam program berimpak tinggi

Enam program berimpak tinggi

Oleh HASHNAN ABDULLAH
dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 23 Nov. - Kerajaan hari ini mengumumkan enam program berimpak tinggi sebagai satu langkah untuk memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu berkembang sebanyak 8.7 peratus setahun menjelang tahun 2020 berbanding pada masa ini sekitar 6.5 peratus setahun.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, enam program tersebut adalah integrasi pendaftaran dan pelesenan penubuhan perniagaan, platform pengkomersilan teknologi, program pelaburan PKS, program going export (GoEx), program pemangkin dan inovasi keterangkuman.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan bagi membolehkan paras produktiviti PKS tempatan ditingkatkan daripada RM47,000 pada tahun lalu kepada RM91,000 menjelang tahun 2020.

''Kalau tanpa campur tangan kerajaan, PKS tempatan hanya dijangka berkembang sebanyak 6.5 peratus setahun tetapi kita nak lonjakkannya pada 8.7 peratus setahun.

''Dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa sekarang ini pula adalah 32 peratus tetapi kita mahu lonjakkan kepada 41 peratus, aspek guna tenaga sebanyak 59 kepada 62 peratus dan eksport pula daripada 19 kepada 25 peratus menjelang 2020," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) kali ke-12 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Najib memberitahu, mesyuarat itu turut menetapkan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) sebagai nadi dan agensi utama untuk pembangunan, menyelaras dan mengambil tindakan mengenai pembangunan PKS.

Justeru, beliau menambah, satu kajian semula akan dilakukan bagi membolehkan peranan SME Corp dapat diperkukuh dan dinaiktarafkan dengan diberi kuasa yang lebih.

''Majlis itu membincangkan sekiranya perancangan dalam pelan induk fasa kedua (2012-2020) itu nak dijayakan, maka cabaran yang paling besar adalah untuk menyelaraskan segala tindakan yang dlakukan oleh pelbagai kementerian dan agensi.

''Pada masa ini terdapat 56 buah kementerian dan agensi yang ada kaitan dengan pembangunan PKS," katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan tersebut, segala program yang dilakukan oleh 56 agensi dan kementerian itu akan dikaji semula untuk mengelak pertindihan dan menentukan bahawa peranan mereka lebih terselaras dan terfokus lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

PKPMI gesa Indonesia selesai ugutan bunuh

Posted:

PKPMI gesa Indonesia selesai ugutan bunuh

PKPMI gesa Indonesia selesai ugutan bunuh

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 23 Nov. - Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) menggesa pihak berkuasa Indonesia segera mencari penyelesaian terhadap ugutan bunuh ke atas pelajar Malaysia di negara itu.

Menurut Yang Dipertua PKPMI, Khairul Hafidz AlKhair Khairul Amin, persatuan itu juga mengharapkan pihak polis segera menjejaki individu yang mengancam membunuh pelajar Malaysia menerusi laman sosial Twitter pada Isnin lalu.

"Kami PKPMI mengharapkan agar kes ini diselesaikan dengan aman. Segala bukti telah pun diserahkan kepada pihak polis. Wajah individu itu juga telah dikenal pasti. Oleh itu, tidak perlu pihak polis melengahkan kes ini dan tangkapan harus dilakukan secepatnya," kata Khairul Hafidz dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Isnin lalu, sejurus selepas pasukan Garuda Muda kalah kepada Harimau Muda dalam final pertandingan bola sepak di kejohanan Sukan SEA ke-26, seorang pengguna Twitter dengan pengenalan @hikmat-maswara menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.

Ugutan berbunyi Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran (esok saya akan bunuh pelajar Malaysia di Universiti Padjajaran) di Jatinangor, Bandung turut disebarkan kepada sebahagian artis Malaysia.

Biarpun pengguna Twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu, namun kepada PKPMI, ugutan berkenaan tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis (Polsek) Jatinangor pagi semalam oleh YDP PKPMI cawangan Bandung, saudara Haikal Ambri Rosle bersama pimpinan PKPMI cawangan Bandung.

Menurut Khairul Hafidz, tujuan laporan berkenaan dibuat ialah sebagai langkah berjaga-jaga agar ugutan yang serupa tidak berlaku lagi pada masa depan.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu, PKPMI juga ingin mendapat jaminan daripada pihak polis tempatan mengenai keselamatan lebih 1,000 pelajar Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung.

"Saya juga memohon Universiti Padjadjaran agar dapat melindungi keselamatan pelajar Malaysia di fakulti perubatan, perubatan gigi dan juga farmasi.

"Bahkan PKPMI juga bersedia untuk duduk semeja berbincang bersama pihak universiti mengenai soal keselamatan pelajar," katanya.

PKPMI Pusat juga kata Khairul Hafidz, telah meminta semua 16 cawangan PKPMI di seluruh Indonesia memantau keselamatan semua pelajar kita di kawasan dan melaporkan kepada PKPMI Pusat seandainya berlaku sebarang ugutan atau provokasi pasca perlawanan bola sepak tempoh hari.

Biar sekalipun tercetus isu seperti ini, namun Khairul Hafidz berkata, hubungan baik pelajar-pelajar Malaysia dengan rakan-rakan dan tetangga Indonesia masih terpelihara.

"Sewaktu perlawanan kami 'bermusuh' buat sementara kerana masing-masing menyokong pasukan bola sepak kesayangan masing-masing namun setelah perlawanan kami tetap bersahabat baik, tiada yang berubah," jelas Khairul Hafidz lagi. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved