Khamis, 24 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Sampah diangkat selepas 2 minggu

Posted:

Sampah diangkat selepas 2 minggu

Sampah diangkat selepas 2 minggu

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
kota@utusan.com.my

SHAH ALAM 24 Nov. - Penduduk Seksyen 23, di sini menyatakan kekesalan terhadap kontraktor pengurusan sisa pepejal yang didakwa lewat melaksanakan operasi kutipan sampah di kawasan perumahan mereka sehingga menjejaskan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.

Wakil persatuan penduduk kawasan itu, Ibrahim Sabri mendakwa, kelewatan itu jelas dilihat apabila banyak sampah sama ada di kawasan perumahan termasuk rumah kedai tidak diangkut lebih daripada dua hingga tiga minggu.

Keadaan itu katanya telah menyebabkan sesetengah sampah di kawasan perumahan berada dalam keadaan berulat sehingga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

"Kami mahu kontraktor yang dilantik menjalankan tanggungjawab mereka mengutip sampah mengikut jadual yang sepatutnya. Sampah yang lewat diangkut ini menyebabkan bau busuk mengganggu keselesaan penduduk.

"Masalah kelewatan kutipan sampah ini bukan baru, sebelum ini difahamkan turut berlaku kelewatan kutipan sampah di kawasan ini selepas kerajaan negeri memutuskan menamatkan kontrak syarikat Alam Flora sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ibrahim berkata, penduduk menggesa kontraktor yang dilantik supaya bertindak lebih cepat mengangkut sampah di kawasan berkenaan kerana pihaknya khuatir kelewatan membuat kutipan sisa pepejal itu akan memberikan kesan pencemaran bau dan penyakit kepada para penduduk setempat.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya telah mengadakan tinjauan di kawasan tersebut petang semalam.

Katanya, MBSA telah mengarahkan kontraktor pengurusan sisa pepejal yang telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja kutipan sampah kawasan itu pada hari yang sama, termasuk di kawasan rumah kedai.

"Kami telah melakukan tinjauan di kawasan berkenaan sebaik menerima aduan daripada penduduk dan kami juga telah melaksanakan kutipan sampah di kawasan itu pada petang semalam.

"Pada masa yang sama, MBSA menerusi Jabatan Perkhidmatan Bandar akan mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa selepas ini. Justeru, sekiranya ada aduan, kami minta orang ramai supaya memaklumkan terus kepada MBSA untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Restoran abai isu kebersihan

Posted:

Restoran abai isu kebersihan

Restoran abai isu kebersihan

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my


Dr. Sallehudin Abu Bakar memeriksa dapur salah sebuah restoran yang didapati kotor ketika operasi yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan DBKL di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 24 Nov. – Walaupun tindakan keras sering dikenakan ke atas beberapa premis menjual makanan di ibu negara kerana kotor, namun ia nampaknya gagal menyedarkan segelintir pengusaha lain yang memandang remeh isu kebersihan.

Ia terbukti apabila lima buah lagi restoran diarahkan tutup selama seminggu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula hari ini kerana kotor manakala dua buah lagi dikenakan kompaun dalam operasi di Taman Maluri, Cheras.

Apatah lagi statistik menunjukkan sehingga bulan November tahun ini, sebanyak 376 buah kedai telah menerima notis penutupan daripada DBKL. Dalam tempoh yang sama sebanyak 2,548 kompaun telah dikeluarkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan DBKL, Dr. Sallehudin Abu Bakar berkata, kesemua restoran tersebut diarahkan ditutup kerana keadaan premis yang kotor dan tidak disenggara dengan baik.

"Notis perintah penutupan premis mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 diberikan kepada restoran terlibat kerana kegagalan mereka mematuhi peraturan pemakaian dan standard piawaian kebersihan.

"Arahan penutupan restoran ini bukan untuk menyekat pintu rezeki peniaga tetapi ingin memberi kesedaran agar mereka menjaga dan mengutamakan kebersihan premis perniagaan," katanya selepas mengetuai Ops Bersih itu semalam.

Sallehudin berkata, lantai premis berkenaan kotor manakala sisa basuhan terus dibuang ke longkang.

"Keadaan ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada pelanggan dan boleh menyebabkan berlaku keracunan makanan.

"Kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha kedai ini semuanya sama iaitu tidak disenggara dengan baik, lantai kotor dan licin dan air basuhan yang disalurkan terus ke longkang," katanya.

Tambah beliau, dalam tempoh penutupan itu, pemilik restoran dikehendaki melakukan pembersihan dan pembaikan semula restoran sehingga menepati piawaian ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan DBKL.

Katanya, pemeriksaan semula akan dilakukan oleh pegawainya di restoran berkenaan selepas seminggu dan pemilik hanya dibenarkan memulakan operasi semula jika Jabatan Kesihatan DBKL berpuas hati dengan tahap kebersihan restoran.

Full content generated by Get Full RSS.

Upah pengawal untuk cegah pecah rumah

Posted:

Upah pengawal untuk cegah pecah rumah

Upah pengawal untuk cegah pecah rumah

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Penduduk di Bukit Sri Bintang bercadang untuk mengupah pengawal keselamatan di kawasan kediaman mereka bagi membantu membanteras kegiatan mencuri dan pecah rumah yang banyak berlaku di kawasan itu.

Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, kecurian yang sering berlaku di kawasan itu membuatkan penduduk berasa takut dan bimbang akan menjadi mangsa seterusnya.

Katanya, oleh itu, penduduk telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sistem sekuriti bagi menyelamatkan harta benda serta nyawa mereka.

"Kawasan di Bukit Sri Bintang ini mempunyai empat lorong jadi mereka bercadang untuk mengupah empat pengawal keselamatan dengan bayaran RM1,500 setiap bulan dan menjadikan kos yang perlu ditanggung penduduk sebanyak RM6,000.

"Di sini terdapat 76 unit rumah dan jika semua berkerjasama maka setiap penduduk hanya perlu membayar sebanyak RM80 dan jika 50 orang penduduk jumlahnya pula RN120," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, notis mengenai perkara tersebut akan dihantar kepada setiap penduduk dan jika mendapat sambutan ia akan dijalankan secepat mungkin.

Beliau berkata, langkah seterusnya yang dibincangkan untuk mengatasi masalah jenayah di kawasan itu adalah dengan memasang pagar dan juga kamera litar tertutup (CCTV).

Sementara itu, seorang penduduk, Tan Jee Pong, 56, berkata, rumahnya baru sahaja di pecah masuk oleh pencuri dua minggu lalu yang menyebabkan dia kerugian kira-kira RM10,000.

"Ketika itu saya tidak berada di rumah dan hanya tinggal dua orang anak saya manakala pencuri itu pula empat orang.

"Kejadian itu berlaku antara pukul 4 ke 5 petang dan mereka telah menjaya mencuri komputer riba, komputer, iPod dan beberapa barang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Mar Jin Tho, 38, berkata, dia yakin dengan adanya sistem sekuriti, masalah kecurian ini dapat dikurangkan seperti yang dibuat oleh kawasan perumahan lain.

"Saya berharap inisiatif ini akan mendapat sambutan penduduk supaya keselamatan penduduk di kawasan ini dapat ditingkatkan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved