Khamis, 24 November 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau kembali lengkap

Posted:

Harimau kembali lengkap

Harimau kembali lengkap

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my



KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee mempunyai beberapa sebab untuk tersenyum menjelang perlawanan getir menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Pertama, tiga tonggak utama, Syahrul Azwari Ibrahim, Fadhli Shas dan Irfan Fazail dijangka cergas untuk kembali memperkuatkan kesebelasan utama dalam misi mengutip tiga mata penuh.

Hanya kemenangan mampu menghidupkan peluang kita untuk setidak-tidaknya merebut kedudukan naib juara Kumpulan C.

"Syahrul, Irfan berkemungkinan besar dapat diturunkan dan Fadhli yang tidak bermain menentang Syria kerana demam, patut tiada masalah untuk beraksi Ahad ini," kata Kim Swee yang akhirnya boleh menarik nafas lega selepas mengharungi jadual padat Sukan SEA dan menghadapi kekangan masa untuk membuat persiapan menentang Syria, kelmarin.

Rehat selama tiga hari merupakan peluang terbaik untuk seluruh skuad terutama sebilangan pemain yang terpaksa beraksi dalam dua perlawanan tegang berturut-turut dalam tempoh kurang dari 48 jam.

Bagi Kim Swee, dia sendiri juga mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persiapan dan percaturan taktikal lebih rapi berbanding ketika bertemu Syria.

"Saya tiada peluang untuk bermimpi pun," keluhnya merujuk kepada masalah kekangan masa.

Bagaimanapun persembahan bertenaga di luar jangkaan daripada kesebelasan terbaik yang dapat diturunkan kelmarin, telah membangkitkan keyakinan dalam dirinya bahawa peluang mengejutkan Bahrain adalah cerah dengan adanya skuad yang lebih lengkap dan cergas.

Aksi menakjubkan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Noor yang membuat penampilan sulung selepas lebih dua bulan tidak bermain, mendapat pujian Kim Swee.

"Saya agak terkejut Wan Zack mampu beraksi dengan sempurna sepanjang 90 minit permainan, ia satu keadaan yang agak luar biasa untuk seorang pemain yang diketepikan bagi tempoh panjang.

"Ini menunjukkan sepanjang tempoh dia tidak berlatih bersama kami, dia sendiri telah bersungguh-sungguh membuat latihan untuk mengembalikan sentuhan dan kecergasannya. Saya rasa sikap seperti ini patut dicontohi semua pemain," jelasnya.

Sementara itu, Kim Swee juga mengharapkan lebih ramai penonton membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk memberi kekuatan tambahan kepada pasukannya.

Beliau mengakui, kejayaan menumpaskan Indonesia pada final Sukan SEA XXVI, Isnin lalu menukar senario bola sepak negara.

Justeru, beliau berharap peminat terus memberi sokongan untuk anak-anak buahnya berdepan Bahrain. "Saya amat terharu dengan semangat penyokong yang setia bersama kami walaupun tewas 0-2 kepada Syria, mereka tidak berganjak dari tempat duduk. Kami akan membalas sokongan anda pada Ahad ini,"'' katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Beregu campuran lakar kejutan

Posted:

Beregu campuran lakar kejutan

Beregu campuran lakar kejutan

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


CHAN Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying menumpaskan beregu handalan China, Xu Chen-Ma Jin untuk mara ke suku akhir Siri Super Premier Terbuka China, semalam.


KUALA LUMPUR - Beregu muda negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melakar kejutan terbesar pada kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka China apabila menumbangkan pasangan campuran tuan rumah yang juga beregu No. 2 dunia, Xu Chen-Ma Jin untuk melangkah suku akhir, semalam.

Kemenangan 21-14, 11-21, 21-16 ke atas bintang China mencerahkan peluang pasangan No. 9 dunia itu untuk mencari tiket kelayakan Sukan Olimpik 2012.

Malah, kemenangan tersebut membuktikan beregu muda itu mampu mengalahkan sesiapa pun ketika berada di prestasi terbaik.

Awal bulan ini, Peng Soon-Liu Ying baru saja memenangi Terbuka Bitburger di Jerman, gelaran kedua selepas turut menjuarai Kejohanan Asia di India tahun lalu.

Menanti mereka di suku akhir hari iniialah pasangan berpengalaman Thailand yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Songphon Anugritaywon-Kunchala Voravivhitchaikul.

Mereka menumpaskan pasangan itu di suku akhir Terbuka India, April lalu.

Sementara itu, jaguh No.1 dunia, Lee Chong Wei dan beregu lelaki utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

Chong Wei membelasah Kenichi Tago 21-9, 21-7 untuk bertemu dengan seorang lagi pemain Jepun, Sho Sasasaki hari ini.

Dia dijangka tiada masalah untuk mara ke separuh akhir, sekali gus mengulangi pertemuan dengan Lin Dan, yang menewaskannya di separuh akhir Terbuka Hong Kong minggu lalu. Begitupun, Lin Dan perlu dulu melepasi cabaran pemain muda Denmark, Jan O Jorgensen.

Bagi Kien Keat-Boon Heong, selepas mudah menumpaskan Ingo Kindervater-Johannes Schoettler dari Jerman 21-7, 21-6 mereka sekali lagi akan berdepan beregu yang tidak pernah dikalahkan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea.

Kien Keat-Boon Heong kalah dalam semua lima pertemuan dengan beregu No.4 dunia Korea Selatan itu, terbaru kecundang kepada mereka pada Kejohanan Dunia di London, Ogos lalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved