Khamis, 24 November 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Najib tempelak pembangkang tuduh 'cekik' kebebasan

Posted:

Najib tempelak pembangkang tuduh 'cekik' kebebasan

Najib tempelak pembangkang tuduh 'cekik' kebebasan

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Tuduhan pembangkang kononnya Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dikemukakan kerajaan bertujuan 'mencekik' hak kebebasan berhimpun adalah tidak benar dan meleset sama sekali.

Sambil menempelak tindakan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rang undang-undang tersebut bertujuan memberi kebebasan berhimpun kepada rakyat selagi mana ia bersifat aman dan tanpa senjata.

Menurut beliau, kebenaran mengenai hakikat itu jelas kerana polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan yang dilakukan secara aman dan jika mengikut segala lunas peruntukan yang digariskan undang-undang.

Selain itu jelas Perdana Menteri, sesuatu perhimpunan boleh diteruskan di bawah perlindungan undang-undang meskipun pihak penganjur belum mendapat maklum balas pihak berkuasa selepas tempoh masa tertentu.

"Terbukti segala dakwaan pembangkang kononnya rang undang-undang ini mahu mencekik kebebasan berhimpun meleset sama sekali. Undang-undang ini bersifat revolutionary dan lompatan berganda berbanding undang-undang sedia ada.

"Kita sedar betapa murni pun niat kerajaan, pembangkang tetap dan sudah pun memukul canang bagi memburuk-burukkan undang-undang baru yang ingin kita bentang ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Najib, di bawah rang undang-undang baru itu nanti, pihak polis yang selama ini bertindak sebagai penentu izin akan berubah peranan menjadi pengawal selia serta pemudah cara dengan ruang lingkup tanggungjawab lebih luas.

Serentak dengan itu katanya, keperluan untuk lesen bagi sesuatu perhimpunan serta hukuman penjara akan dihapuskan dan yang kekal hanya hukuman denda bagi mereka yang masih berdegil melanggar undang-undang.

Sementara itu, ketika membuat bacaan kali kedua rang undang-undang tersebut Perdana Menteri berkata, walaupun ia digubal selaras dengan Perkara 10(1)(b) dan 2(b) Perlembagaan Persekutuan, tetapi hak orang lain juga diambil kira.

Katanya, jika kebebasan berhimpun itu didapati menganggu ketenteraman awam dan mencerobohi hak serta kebebasan orang lain, polis mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut bidang kuasa mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Pas lebih pentingkan ekonomi berbanding Islam – TPM

Posted:

Pas lebih pentingkan ekonomi berbanding Islam – TPM

Pas lebih pentingkan ekonomi berbanding Islam – TPM


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan cek replika untuk bantuan khas persekolahan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Daerah Kulim Bandar Baharu, Nor Asiah Abdul Ghalim pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dataran Serdang, Bandar Baharu, semalam.


BANDAR BAHARU 24 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kerajaan Pas Kedah kerana lebih mementingkan hasil ekonomi berbanding pembangunan syiar Islam apabila mahu merobohkan Madrasah Salihiah di Jalan Kanchut, Alor Setar.

Beliau menegaskan, rakyat mempersoalkan rancangan pembinaan itu kerana ia amat bertentangan dengan apa yang selalu dilaung-laungkan oleh Pas untuk memperjuangkan Islam dan umatnya.

"Apa yang biasa dikatakan mereka (Pas) ialah berjuang untuk Islam dan masyarakat Islam sedangkan institusi dan simbol yang kita bangunkan untuk bela masyarakat Islam terabai, tidak dihormati, apatah lagi kalau ia dirobohkan, maka ini menghapuskan sejarah 100 tahun yang sudah lama tertubuh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Jamuan Rakyat 1Malaysia dan Penyerahan Simbolik Wang RM100 kepada sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT), sekolah agama (SA) serta cek pinjaman Tekun Parlimen Kulim Bandar Baharu di Dataran Serdang di sini, hari ini.

Muhyiddin mengulas mengenai langkah kerajaan negeri mengeluarkan notis mengarahkan Madrasah Salihiah yang juga sebuah surau dikosongkan bagi membolehkan ia diruntuhkan untuk memberi laluan membina sebuah kompleks beli-belah di Alor Setar.

Muhyiddin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat mementingkan soal pembangunan pendidikan dan syiar Islam, namun Pas melakukan perkara yang amat bertentangan sekali.

Sementara itu, berucap pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia dan penyerahan simbolik wang RM100 kepada sekolah-sekolah sekitar Parlimen Kulim/Bandar Baharu di Dataran Serdang, Muhyiddin berkata, kerajaan kini menumpukan usaha memperkasakan sistem pendidikan sekolah harian berbanding menambah bilangan sekolah berasrama penuh (SBP).

Katanya, langkah berkenaan diambil bagi memastikan kualiti dan kecemerlangan sekolah harian biasa dapat ditingkatkan sejajar dengan keperluan pendidikan negara.

"Sebenarnya dasar kita sekarang adalah tidak membangunkan SBP dalam jumlah yang banyak. Ini kerana kita hendak menumpukan kepada sistem pendidikan sekolah harian sedia ada.

"Orang kata SBP ini seolah-olah sekolah elit. Namun, sekolah lain pun elit, banyak Sekolah Berprestij Tinggi (SBT) yang diiktiraf kerajaan sekarang terdiri daripada sekolah biasa.

"Maknanya, sekolah harian biasa juga ada potensi untuk dipertingkatkan agar ia menjadi sekolah pilihan semua (school of choice)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved