Ahad, 14 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Hormati bulan Ramadan

Posted:

Hormati bulan Ramadan

Hormati bulan Ramadan

Oleh ANI AWANG
utusaperak@utusan.com.my

IPOH 13 Ogos - Kerajaan negeri meminta para pengusaha restoran India Muslim di negeri ini tidak membuka restoran mereka pada waktu pagi sebagai menghormati bulan Ramadan.

Penasihat Agama kepada Menteri Besar Perak, Datuk Mohd. Najmuddin Elias al-Hafiz berkata, langkah itu bagi mengelak umat Islam yang tidak berpuasa membeli makanan di restoran berkenaan.

Beliau berkata, mereka boleh membuka restoran itu tetapi selepas pukul 2 petang.

"Kalau buka restoran awal pagi, ia akan mendedahkan mereka yang tidak berpuasa untuk membeli makanan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Najmuddin berkata, pihaknya memandang serius kerana masih ada restoran yang tidak peka dengan membuka kedai mereka pada awal pagi.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha yang masih berdegil kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

Menurut beliau, tindakan tegas juga akan diambil terhadap umat Islam yang membeli makanan di siang hari sepanjang bulan ini.

"Kita amat serius dalam memastikan umat Islam menghormati bulan Ramadan dengan tidak membeli makanan di restoran terbabit," ujarnya.

Sehubungan itu, umat Islam diminta membuat laporan bagi membolehkan Jaipk bertindak terhadap pengusaha restoran yang bersubahat menjual makanan kepada orang Islam pada siang hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

833 orang miskin terima zakat Securiforce

Posted:

833 orang miskin terima zakat Securiforce

833 orang miskin terima zakat Securiforce


Maznah Abdul Hamid bersama sebahagian anak-anak yatim dan fakir miskin pada majlis penyampaian sumbangan zakat di Masjid Kampung Kuala Sanglang, Jerlun, semalam.


JERLUN 13 Ogos - Kira-kira 833 orang kurang berkemampuan di kawasan ini menerima wang zakat perniagaan daripada Kumpulan Securiforce yang diagihkan sempena Aidilfitri.

Majlis penyerahan zakat tersebut berlangsung dalam dua majlis berasingan di Masjid Kampung Pering dan Masjid Kuala Sanglang, Ayer Hitam dekat sini yang disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Maznah Abdul Hamid.

Menurut Maznah, pemberian wang zakat tersebut melibatkan 550 fakir miskin, 200 mualaf, anak yatim dan ibu tunggal, 50 orang kurang upaya, 50 pelajar cemerlang miskin dan 33 imam masjid.

Katanya, selain wang tunai RM100, setiap seorang daripada mereka turut menerima sumbangan makanan dan baju raya.

"Sumbangan wang zakat ini diharapkan dapat membantu golongan terlibat dalam menyediakan kelengkapan Aidilfitri mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut di Masjid Kuala Sanglang di sini hari ini.

Menurut Maznah yang juga Ketua Wanita UMNO Kedah, pada majlis yang sama beliau turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada lima golongan kurang upaya.

"Inilah yang amat diharapkan dalam Islam, golongan berkemampuan membantu kumpulan kurang berada bagi membantu kehidupan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perak hapus tunggakan cukai sekolah bantuan modal

Posted:

Perak hapus tunggakan cukai sekolah bantuan modal

Perak hapus tunggakan cukai sekolah bantuan modal

IPOH 13 Ogos - Kerajaan Perak telah menghapuskan tunggakan bayaran premium tanah berjumlah RM10 juta oleh 278 buah sekolah bantuan modal di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata sekolah terbabit adalah sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah mubaligh.

"Dianggarkan setiap sekolah berkenaan terpaksa menanggung beban hutang sehingga mencecah RM100,000 disebabkan bayaran premium tanah itu.

"Dengan penghapusan jumlah tunggakan itu, dapat membantu meringankan beban kewangan pengurusan sekolah, sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar untuk belajar dengan lebih baik," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, serentak dengan penghapusan tunggakan itu kerajaan negeri akan memperluaskan pemberian bayaran premium tanah RM1 setahun kepada semua sekolah berkenaan.

Sebelum ini katanya, beberapa syarat dikenakan seperti hanya tapak sekolah saja diberi keistimewaan pembayaran premium tanah RM1 manakala tanah berstatus pertanian dan sebagainya tidak layak menerima pengecualian itu.

Dr. Mah berkata, sebelum ini juga kebanyakan sekolah bantuan modal yang dibina di atas tanah persendirian tidak menikmati pembayaran premium RM1 itu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved