Ahad, 14 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bekalan kelapa meruncing

Posted:

Bekalan kelapa meruncing

Bekalan kelapa meruncing

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 13 Ogos - Kerajaan negeri mengimport 300,000 biji kelapa dari Indonesia untuk memastikan bekalannya mencukupi sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, usaha mengimport kelapa dari negara jiran terpaksa dilakukan berikutan bekalannya yang agak meruncing sepanjang Ramadan ini.

Menurutnya, beliau mendapat banyak rungutan daripada orang ramai khususnya peniaga di bazar Ramadan di seluruh negeri berkaitan bekalan kelapa yang sedia ada di pasaran tidak mencukupi.

''Ada sesetengah kedai tidak menjual kelapa dan kalau ada pun dalam jumlah sedikit. Ini tidak mampu menampung permintaan yang meningkat sepanjang Ramadan.

''Walaupun agak meruncing tetapi terkawal dan langkah yang kerajaan luluskan untuk kita mengimport kira-kira 300,000 biji buah kelapa dijangka dapat menampung permintaan yang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesedaran Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) dan pengagihan bubur lambuk serta kibar Jalur Gemilang di perhentian teksi Melaka Sentral di sini, semalam.

Menurut Ghazale, sebagai permulaan, sebanyak 100,000 biji kelapa dari Indonesia akan dibawa masuk pada 21 Ogos ini manakala 200,000 biji kelapa lagi akan menyusul tiga atau empat hari sebelum sambutan Aidilfitri.

Ujarnya, langkah untuk mengimport kelapa terpaksa dibuat berikutan kejatuhan mendadak pengeluaran bekalan kelapa di beberapa pusat pengeluaran utamanya di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak perlu gusar atau panik untuk mendapatkan bekalan kelapa menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau menegaskan, jika orang ramai menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan kelapa, mereka boleh menghubungi Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dan cawangan berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sains serbu stor curi air

Posted:

Sains serbu stor curi air

Sains serbu stor curi air


SEORANG kakitangan Sains memotong sambungan haram yang dilakukan pemilik sebuah stor di kawasan Perindustrian Arab Malaysian, dekat Nilai, Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 13 Ogos - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) bertindak menyerbu sebuah stor menyimpan bahan binaan di kawasan Perindustrian Arab Malaysian, Nilai dekat sini, kelmarin, kerana dipercayai mencuri bekalan air.

Serbuan kira-kira pukul 10.30 pagi itu turut disertai sepasukan pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, ketika serbuan terdapat beberapa pekerja di stor menyimpan bahan binaan terbabit.

''Berdasarkan pemeriksaan, kita mendapati premis itu membuat satu sambungan haram dengan menggunakan paip bersaiz 32 milimeter dan paip utama Sains bagi mendapatkan bekalan air secara percuma.

''Hasil ujian klorin yang dijalankan di lokasi itu turut menunjukkan air yang digunakan di dalam premis itu adalah air terawat milik Sains," katanya di sini, semalam.

Ujarnya, aktiviti tidak bertanggungjawab itu dikesan selepas menerima aduan orang ramai dan hasil risikan yang dijalankan oleh pihak Sains selama seminggu.

Menurutnya, satu notis memaklumkan kesalahan dikeluarkan terhadap pemilik stor itu dan paip digunakan disita sebagai bahan bukti.

''Pemilik premis didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (AIPA 2006).

''Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Avillion rai anak yatim, fakir

Posted:

Avillion rai anak yatim, fakir

Avillion rai anak yatim, fakir

MELAKA 13 Ogos - Seramai 100 anak yatim dan fakir miskin diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Hotel Avillion Legacy Melaka di Jalan Hang Tuah di sini, kelmarin.

Pengurus Besar Hotel, Low Kee Nam berkata, kesemua anak yatim dan anak fakir miskin berkenaan merupakan penghuni Rumah Jalinan Kasih, Taman Krubong Perdana dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Jasin.

Menurut beliau, majlis itu yang dianjurkan buat tahun keenam itu merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial Avillion Legacy Melaka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved