Ahad, 14 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemandu teksi maut lepas sahur

Posted:

Pemandu teksi maut lepas sahur

Pemandu teksi maut lepas sahur

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
pengarang@utusan.com.my


ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Ismail Zainol Abidin seorang pemandu teksi yang maut dalam kemalangan jalan raya di lampu isyarat simpang tiga Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh AMJ, Cheng, Melaka, semalam.


MELAKA 14 Ogos - Seorang pemandu teksi dan seorang jururawat terbunuh apabila dua kereta yang dipandu mereka terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh AMJ, Cheng, di sini awal pagi ini.

Pemandu teksi jenis Proton Iswara itu ialah Ismail Zainol Abidin, 45, dan jururawat Hospital Mahkota, Cynthia Lim Ching Gek, 24, yang memandu Proton Saga BLM.

Ketika kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Ismail dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Melaka Sentral, manakala Ching Gek pula dari arah bertentangan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, sebaik sahaja tiba di persimpangan itu, Proton Saga membelok ke arah Batu Berendam dan ketika itulah teksi tersebut telah melanggar kereta terbabit.

"Pemandu kedua-dua kenderaan itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, isteri Ismail, Suraini Md. Derani, 40, berkata, suaminya baru bersahur bersamanya dan empat anak mereka di rumahnya di Taman Sri Kelemak, Alor Gajah di sini, pukul 3.30 pagi.

"Kami bersahur bersama tetapi arwah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik dan cuma makan sedikit sahaja hidangan nasi ayam dan makanan lain yang dibeli di bazar Ramadan.

"Arwah kemudian keluar untuk memandu teksi, namun pukul 5.40 pagi saya terkejut apabila anggota polis datang ke rumah memaklumkan suami saya kemalangan dan berada di hospital," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka di sini hari ini.

Tambahnya, semasa dalam perjalanan ke hospital, dia mendapat panggilan daripada pihak polis yang memaklumkan suaminya telah meninggal dunia.

"Saya terus menjadi lemah, tak tahulah bagaimana hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, tambahan pula bila mengenangkan arwah telah membuat persiapan awal membeli pakaian raya anak-anak tahun ini," katanya menahan sebak.

Arwah yang meninggalkan isteri dan empat anak berusia lima hingga 13 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, selepas Asar, petang ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suspek bunuh bapa ditahan ketika minum

Posted:

Suspek bunuh bapa ditahan ketika minum

Suspek bunuh bapa ditahan ketika minum

ALOR SETAR 14 Ogos - Seorang suspek yang diburu polis selepas membunuh bapanya, Seman Siron, tiga hari lalu, diberkas polis ketika sedang minum kopi sambil menonton televisyen di rumahnya di Kampung Pasir Putih, Kuala Nerang, dekat sini awal pagi ini.

Dalam serbuan pukul 1.45 pagi itu, suspek berusia 33 tahun ditahan selepas 54 anggota polis termasuk 24 daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung dan memasuki rumah tersebut melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.

Ketua Polis Daerah Kuala Nerang, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, penahanan suspek adalah hasil maklumat seorang jirannya yang melihat lampu di bilik lelaki itu menyala lalu bertindak menghubungi polis.

"Ketika serbuan, suspek yang hanya memakai seluar berwarna coklat dan tidak berbaju tidak sempat melawan kerana terkejut. Polis masih belum lagi menjumpai parang yang digunakan untuk menetak bapa dan ibunya.

"Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, Seman maut di Hospital Kuala Nerang akibat cedera parah di kepala, kedua-dua belah tangan dan putus pergelangan kaki kanan setelah ditetak anak lelakinya.

Isteri mangsa, Hasnah Abdul Majid, 58, pula terpaksa menerima lima jahitan di belakang kepala ekoran kecederaan yang dialaminya sepanjang 10 sentimeter, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved