Ahad, 14 Ogos 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Nurul Izzah hidup dalam khayalan anggap Pakatan Rakyat memerintah negara

Posted:

Nurul Izzah hidup dalam khayalan anggap Pakatan Rakyat memerintah negara

Nurul Izzah hidup dalam khayalan anggap Pakatan Rakyat memerintah negara

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disifatkan sebagai hidup dalam khayalan kerana menganggap Pakatan Rakyat seperti sebuah kerajaan yang memerintah negara ini.

Ini berikutan kenyataan oleh anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahawa pertemuan Pakatan Rakyat dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer baru-baru ini bakal mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan itu sememangnya amat tidak relevan memandangkan hubungan diplomatik hanya berlaku antara sebuah kerajaan dengan kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan dengan pertubuhan mahupun parti politik.

"Kenyataan Nurul Izzah itu memang tidak kena dan bagi saya ia tidak relevan. Ini juga menunjukkan betapa Nurul Izzah belum matang lagi dalam dunia politik.

"Dia ini seperti hidup dalam khayalan semata-mata kerana anggap sokongan rakyat kepada pembangkang seperti sokongan kepada sebuah kerajaan. Dia anggap Pakatan Rakyat macam sebuah kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah mengenai pertemuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw serta Nurul Izzah sendiri dengan Hoyer pada Selasa lalu.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan yang turut disertai oleh Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Gruber itu adalah membabitkan perhimpunan haram yang didalangi oleh pihak pembangkang pada 9 Julai lalu.

Nurul Izzah dalam blognya, http://www.nurulizzah.com kemudian menyifatkan pertemuan itu satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan Jerman.

Zahrain berkata, pembangkang seolah-olah cuba memberi gambaran kepada negara luar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak demokratik dan bahawa ramai rakyat negara ini menyokong perjuangan mereka itu.

"Itu adalah apa yang pembangkang cuba lakukan. Ini semua penipuan mereka. Ini semua juga bermula daripada bapa Nurul Izzah sendiri yang telah memberi gambaran buruk tentang banyak perkara mengenai Malaysia di mata luar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ezam anggap Tsu Koon dangkal

Posted:

Ezam anggap Tsu Koon dangkal

Ezam anggap Tsu Koon dangkal

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tidak patut terikut-ikut dengan kedangkalan pemimpin pembangkang berhubung isu 'pembakaran' portal propembangkang The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor yang mengeluarkan kenyataan bersedia 'membakar' kedua-dua portal itu berkata, kedua-dua entiti portal propembangkang itu sebenarnya tidak boleh 'dibakar' secara fizikal kerana sifatnya yang hanya wujud di alam siber.

"Justeru ia (kenyataan untuk membakar dua portal) jelas simbolik kemarahan terhadap kebiadapan portal berita itu terhadap agama Islam selaku agama rasmi negara ini.

"Sebelum ini saya biarkan kenyataan dangkal Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan konco mendesak tindakan terhadap saya sebagai satu jenayah termasuk menyamakan pembakaran portal berita dengan kebakaran rusuhan London kerana (ia) jelas satu perbandingan bodoh.

"Tetapi apabila seorang menteri (Tsu Koon) bersuara, saya wajar jawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Tsu Koon menyatakan kekesalan dengan kesediaan Ezam 'membakar' kedua-dua portal propembangkang itu ekoran 'penipuan' kedua-dua agensi berhubung laporan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Ezam menegaskan, kenyataan Tsu Koon itu jelas dangkal dan terkeluar daripada konteks sebenar kerana beliau langsung tidak berhasrat membakar para wartawan serta bangunan kedua-dua portal tersebut.

Justeru itu, Ezam hairan bagaimana Tsu Koon sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab menjaga perpaduan kaum di negara ini begitu cepat menyelar ucapannya tetapi membiarkan kedua-dua portal propembangkang itu 'membakar' hati umat Islam sejak sekian lama.

"Saya ingatkan menteri yang jaga perpaduan ini (Tsu Koon), kesan hati umat yang dibakar lebih parah dan boleh menghancurkan perpaduan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved