Ahad, 14 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Minyak masak, gula mencukupi

Posted:

Minyak masak, gula mencukupi

Minyak masak, gula mencukupi

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NORutusankelantan@utusan.com.my

BACHOK 13 Ogos - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan memberi jaminan bekalan minyak masak di negeri ini mencukupi menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarahnya, Fauzi Haron berkata, masalah bekalan minyak serta gula bagi negeri ini tidak serius dan tidak membimbangkan pengguna.

"Kadar biasa bekalan minyak masak ialah 3,922 tan metrik sebulan. Tapi dengan penambahan kuota sebanyak 10 peratus menjadikan 4,314 tan metrik. Setakat kelmarin, kita hanya baru gunakan 1,549 metrik tan," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Jalur Gemilang dan penyampaian zakat syarikat Tanjung Pauh Group Sdn. Bhd. kepada kira-kira 250 penduduk di ruang legar kilang itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Tanjung Pauh Group (Tanjung Pauh), Datuk Helmi Yusoff.

Fauzi berkata, sehingga hari ini pihaknya belum menerima sebarang rungutan mahupun aduan pengguna mengenai berlaku kekurangan bekalan barangan berkenaan.

Katanya, PPDNKK juga membuat perjumpaan dengan hampir kesemua pembungkus minyak di negeri ini bagi mendapatkan kerjasama dalam mengatasi kemungkinan masalah tersebut.

"Kita sudah bertemu dan bincang perkara ini dengan semua syarikat pembungkus minyak. Mereka semua tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan kita," katanya.

Sementara itu, Pengarah Tanjung Pauh, Martinie Elmi Helmi berkata, minyak masak jenama DW7 keluaran syarikatnya mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal nanti.

"Saya rasa tidak perlu mengulas panjang kerana apa yang pasti bekalan bahan itu yang dikeluarkan syarikat saya (Tanjung Pauh) adalah mencukupi.

"Malah dengan penambahan kuota 10 peratus itu, saya percaya ia akan lebih daripada mencukupi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

'Kami tetap buat nasi dagang'

Posted:

'Kami tetap buat nasi dagang'

'Kami tetap buat nasi dagang'


Intan Baizura Abdullah (kanan) bertanya khabar Hamid Mustafa (kiri) dan Suriani Sulong selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga tersebut di Kampung Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 13 Ogos - Walaupun dua anak kembarnya terbunuh dalam kebakaran pada bulan lalu, Suriani Sulong tetap akan menghidangkan makanan kegemaran mereka iaitu nasi dagang pada Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Suriani, 40, berkata, mereka sekeluarga akan menyambut hari raya tahun ini secara ala kadar kerana masih bersedih dengan kehilangan kedua-dua puterinya itu.

"Mereka berdua sama seperti budak-budak lain di sini yang suka makan nasi dagang dan ketupat pada pagi hari raya.

"Walaupun mereka sudah tidak ada, kami akan tetap buat nasi dagang pada hari raya nanti untuk orang yang datang ke rumah," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di rumah ibu mertuanya di Kampung Durian Mas, Manir di sini, hari ini.

Sumbangan berupa cek bernilai RM4,000 dan pakaian itu diserahkan wakil Bakti, Datin Intan Baizura Abdullah yang juga isteri kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam kejadian 5 Julai lalu, pasangan kembar berkenaan, Nor Fatin Farzana Hamid dan Nor Fatin Farzanah Hamid, 3, ditemui mati dalam keadaan berpelukan di atas timbunan pakaian yang hangus terbakar dalam sebuah bilik di rumah mereka.

Ketika kejadian, bapa mereka sedang tidur di bahagian ruang tamu manakala ibu mereka pula keluar bekerja.

Menurut Intan Baizura, pihaknya terpanggil menghulurkan bantuan tersebut bagi meringankan beban keluarga mangsa sempena hari raya yang akan disambut tidak lama lagi.

"Saya juga difahamkan keluarga ini boleh menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada hari raya nanti kerana rumah itu sudah siap hampir 80 peratus," katanya.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Hamid Mustafa, 44, nyata masih sugul dan tidak dapat menahan sebak ketika ditanya mengenai persiapan menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran dua permata hatinya itu.

"Saya berterima kasih kepada pihak yang prihatin dengan keluarga kami," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

3 maut dalam kemalangan dua treler

Posted:

3 maut dalam kemalangan dua treler

3 maut dalam kemalangan dua treler

KOTA BHARU 13 Ogos - Tiga termasuk sepasang suami isteri maut apabila treler yang mereka naiki bergesel dengan lori lain sebelum hilang kawalan lalu merempuh sebuah lagi treler yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 106 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi, mangsa yang terkorban ialah pemandu treler, Mohammad Zu Yusoff, 47, isterinya, Kamariah Ibrahim, 43, dan kelindan Nik Mohd Shahrizan Yaacob, 32, yang kesemuanya berasal dari Tawang, Bachok.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Suprintendan Abdul Rahman Ja'apar berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori yang masih belum dikenal pasti nombor pendaftarannya, cuba memotong treler dipandu Mohammad Zu dari Gua Musang ke Kuala Krai, sebelum kedua-dua kenderaan terbabit bergesel.

"Pergeseran itu menyebabkan mangsa (Mohammad Zu) terjatuh ke atas jalan raya sebelum digilis tayar belakang trelernya dan mengakibatkan mayatnya berkecai.

"Treler tanpa pemandu itu kemudian melanggar belakang sebuah lagi treler yang berhenti di bahu jalan berhampiran lokasi kejadian, mengorbankan isteri Mohammad Zu dan kelindan treler terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, pemandu treler yang berhenti di bahu jalan itu dan membawa muatan barangan runcit tiada dalam kenderaan semasa kejadian kerana turun membeli buah- buahan di gerai berhampiran.

Kejadian berhampiran simpang tiga Sungai Sam-Dabong itu juga menyebabkan muatan dedak yang dibawa treler Mohammad Zu bertaburan di bahu jalan.

Abdul Rahman berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga mereka.

Katanya, siasatan lanjut kemalangan itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved