Ahad, 14 Ogos 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Cari alternatif teksi

Posted:

Cari alternatif teksi

Cari alternatif teksi

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


ORANG ramai mendakwa pemandu teksi yang menunggu di stesen-stesen sistem rel pengangkutan awam merupakan kumpulan yang sering tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang yang keterlaluan.


SUBANG JAYA 14 Ogos - Isu pemandu teksi tidak menggunakan meter dan mengenakan caj yang melampau bukan satu isu baru tetapi masih tidak dapat diatasi sepenuhnya walaupun pendedahan demi pendedahan dan tindakan penguatkuasaan dibuat.

Maklumat daripada orang ramai menyatakan bahawa 'lubuk' kepada kumpulan pemandu teksi cekik darah itu ialah di stesen-stesen transit aliran ringan (LRT) dan stesen komuter di seluruh Lembah Klang.

Tinjauan Utusan Malaysia di stesen komuter Subang Jaya mendapati, maklumat tentang kewujudan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter memang berasas.

Penulis yang cuba bertanyakan tambang untuk ke Pusat Perniagaan Taipan di USJ 10 yang jaraknya tidak sampai enam kilometer terkejut apabila diminta membayar sebanyak RM20.

Apabila cuba mempersoalkan tindakan tersebut, pemandu berusia pertengahan 40-an itu tanpa berselindung berkata, teksi di situ memang tidak menggunakan meter dan jika tidak mahu mendapatkan teksi di situ, penulis diminta ke pusat beli-belah Subang Parade.

Namun, agak mengejutkan juga apabila mendapati sekumpulan pemandu teksi yang berkumpul di hadapan Subang Parade juga tidak menggunakan meter. Pengguna seolah-olah tiada pilihan.

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Sharipah, 26, berkata, dia sudah lali dengan situasi itu dan berpendapat, terpulang kepada diri masing-masing ketika berhadapan dengan keadaan itu.

"Tepuk dada tanya selera!. Jika kita tidak mahu, carilah alternatif lain. Tidak ada gunanya kita marah-marah, menyalahkan pengusaha dan pemandu teksi kerana jika ditanya mereka sudah pasti ada alasan tersendiri," katanya ketika ditemui.

Katanya, ketika ini, apa yang diharapkan oleh orang ramai ialah pihak yang dipertanggungjawab memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini, segera mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu itu.

Dalam tinjauan itu, penulis juga dapat melihat seorang lelaki yang membatalkan niatnya untuk menaiki teksi ke USJ5 kerana tidak berpuas hati dengan tambang yang diminta.

Dia yang pada awalnya dilihat sedang berunding dengan seorang pemandu teksi dilihat berlalu dengan wajah masam dan marah.

Ketika ditemui, Ahmad Solehan Omar, 25, berkata, dia membatalkan hasratnya itu kerana merasakan RM10 sebagai tidak munasabah kerana dia boleh menjimatkan lebih RM3 jika menaiki teksi bermeter.

Seorang pelajar, Azawani Sulaiman, 21, berkata, tidak tegas dan tidak berterusan dalam soal penguatkuasaan menyebabkan pemandu teksi di situ semakin berani.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Komputer riba 1Malaysia diagihkan

Posted:

Komputer riba 1Malaysia diagihkan

Komputer riba 1Malaysia diagihkan

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Seramai 400 pelajar di enam buah sekolah sekitar Lembah Pantai di sini menerima komputer riba 1Malaysia untuk kegunaan harian dan juga bagi membantu meningkatkan penguasaan pelajaran mereka.

Mereka terdiri daripada pelajardari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pantai seramai 120 orang, SMK (P) Methodist (20), SMK Dharma (40),SMK Bukit Bandaraya (50), SMK Petaling (85) dan SMK Bangsar (85).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, penyerahan itu adalah sebahagian daripada 5,623 komputer riba yang akan diagihkan kepada sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, penyerahan di kawasan Parlimen Lembah Pantai itu adalah yang pertama dan ia akan diteruskan di kesemua 12 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan selepas ini.

Ujarnya, pemberian itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar menggunakan kecanggihan teknologi untuk memudahkan proses pembelajaran mereka.

"Diharapkan ia akan digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar supaya ia dapat memberi manfaat kepada mereka terutamanya dalam meningkatkan prestasi pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan komputer riba 1Malaysia bagi Parlimen Lembah Pantai di Pusat Komuniti Lembah Pantai di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Tengah, Zakiah Ali.

Sebanyak satu juta komputer riba 1Malaysia diperuntukkan menerusi inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada tahun lalu.

Komputer riba tersebut akan diberikan kepada pelajar sekolah menengah yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

Sementara itu, Zakiah berkata, SKMM akan cuba mempercepatkan proses pengagihan komputer riba 1Malaysia di seluruh negara dan ianya dijangka selesai dalam masa terdekat.

Katanya, selain itu, antara objektif lain pemberian ini adalah untuk mencapai sasaran penembusan jalur lebar pada kadar 50 peratus akhir 2010 dan 75 peratus menjelang akhir 2015.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

UMNO BTR pastikan premis judi tidak bertapak semula

Posted:

UMNO BTR pastikan premis judi tidak bertapak semula

UMNO BTR pastikan premis judi tidak bertapak semula


Rizalman Mokhtar (dua dari kanan) bersama Naib Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Azami Mohamad (kanan) meninjau pusat judi haram yang telah diserbu oleh polis selepas mendapat bantahan penduduk di Bandar Tun Razak, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 14 Ogos - UMNO Bahagian Bandar Tun Razak akan terus mengawasi sebuah premis judi di Jalan Jujur di situ yang diserbu pihak berkuasa baru-baru ini untuk memastikan ia tidak beroperasi semula.

Baru-baru ini, premis judi itu diserbu pihak polis selepas kira-kira 200 penduduk tanpa mengira parti politik telah membuat demonstrasi aman untuk membantah kewujudan pusat judi berkenaan.

Susulan daripada itu pihak berkuasa dengan serta-merta merampas sebanyak 34 komputer di premis tersebut dan mengarahkannya ditutup daripada beroperasi.

Tinjauan Utusan Malaysia di situ mendapati premis pusat judi siber tersebut sudah kosong.

Bagaimanapun, bimbang premis itu beroperasi semula seperti yang berlaku sebelum ini walaupun selepas polis menyita barangan di dalamnya, UMNO Bahagian Bandar Tun Razak mengambil inisiatif untuk mengawasi premis itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar berkata, sejak pusat judi itu beroperasi tiga bulan lalu ia telah beberapa kali dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, namun selang beberapa hari selepas itu, ia dibuka kembali.

"Kita harus membanteras gejala ini di peringkat awal sebelum ia menjadi lebih meluas lagi khususnya di Bandar Tun Razak ini.

"Kita tidak mahu remaja menghabiskan masa dan wang mereka dengan perkara tidak berfaedah," katanya ketika meninjau semula premis judi tersebut.

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd. Ali Baharom berkata, dia berharap pihak berkuasa akan sentiasa memantau aktiviti judi haram di Bandar Tun Razak.

Katanya, majoriti penduduk di kawasan itu beragama Islam, jadi adalah tidak wajar premis judi diwujudkan di situ.

Ujarnya, tinjauan pihaknya mendapati sejak akhir-akhir ini terdapat kira-kira 30 pusat judi wujud di sekitar Bandar Tun Razak dan penduduk berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

"UMNO dan penduduk akan sentiasa bersama pihak berkuasa untuk memastikan kegiatan ini dihapuskan di Bandar Tun Razak," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved