Ahad, 14 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Guru maut dilanggar lari

Posted:

Guru maut dilanggar lari

Guru maut dilanggar lari

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 13 Ogos – Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Universiti 4 maut selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jalan Pendidikan, Taman Universiti di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 8.35 malam itu, mangsa, Khuzainah Omar, 52, dikatakan keluar dari rumahnya di Jalan Pertanian, untuk ke kedai dengan menunggang motosikal.

Bagaimanapun, motosikal jenis Suzuki yang baru dibeli mangsa bulan lalu, dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Honda Accord berwarna biru sebelum mangsa terjatuh dan pemandu kereta bertindak melarikan diri.

Suami mangsa, Mohammad Amir Marjonid, 52, berkata, ketika kejadian dia ke masjid untuk menunaikan solat tarawih sebelum dimaklumkan kejadian tersebut oleh anak sulungnya, Khairul Bariyah, 24.

"Bila saya pergi ke tempat kejadian, keadaan dia (isteri) agak parah sebelum dia dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Bagaimanapun, doktor yang merawatnya memaklumkan isteri saya sudah meninggal dunia pukul 2.45 pagi," katanya kepada pemberita di pekarangan bilik mayat HSA di sini, hari ini.

Mohammad Amir yang merupakan Guru Besar Sekolah Agama Taman Universiti berkata, isterinya yang mengajar subjek Bahasa Inggeris tidak menunjukkan sebarang perubahan sejak akhir-akhir ini.

Khairul Bariyah pula berkata, ibunya yang mempunyai enam anak berusia 12 hingga 24 tahun itu selalu keluar rumah menaiki kereta namun semalam, bapanya menggunakan kenderaan tersebut untuk ke masjid.

"Ibu jarang menunggang motosikal yang baru dibeli itu. Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan agak terkilan kerana tidak sempat menyambut Aidilfitri bersamanya," katanya.

Jenazah mangsa dibawa ke kampung halamannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Masjid di Pontian sebelum solat Zohor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden itu merupakan kemalangan langgar lari berdasarkan penemuan beberapa serpihan kereta di lokasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perniagaan 2A Bersatu mahu kekal juara

Posted:

Perniagaan 2A Bersatu mahu kekal juara

Perniagaan 2A Bersatu mahu kekal juara


Mohd. Rahim Amatermin (kaca mata) bersama Abdul Halim Amatermin (kiri) menunjukkan trofi yang dimenanginya tahun lepas pada pertandingan menghias premis perniagaan sempena kemerdekaan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, kelmarin. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 13 Ogos - Perusahaan mencuci kereta, Perniagaan 2A Bersatu berhasrat mempertahankan kedudukan sebagai juara dalam kategori bangunan swasta dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka, walaupun menyedari saingan dalam pertandingan tahun ini lebih sengit.

Pengurus Perniagaan 2A Bersatu, Abdul Halim Amatermin, 40, berkata, persaingan lebih sengit dijangkakan kerana buat kali pertama pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai dalam semua kategori yang dipertandingkan.

"Kalau boleh kami mahu mempertahankan gelaran juara tetapi tujuan kami membuat hiasan bendera sebegini adalah kerana semangat patriotik, ada hadiah wang tunai atau tidak bukan perkara utama.

"Tahun ini kita bukan sahaja memperbanyakkan bendera Jalur Gemilang dan negeri-negeri malah turut meletakkan logo 1Malaysia di samping 'trademark' replika kapal terbang yang sinonim dengan tempat mencuci kereta ini," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Selain itu, katanya, pelanggan yang mencuci kereta di sini juga akan dapat melihat replika Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan beberapa hiasan lain yang diperbuat daripada barangan terpakai.

Tambah Abdul Halim, Perniagaan 2A Bersatu juga bekerjasama dengan kumpulan basikal anak muda di kampung berdekatan, Bike Classic Crew untuk meronda di kawasan persekitaran untuk meningkatkan semangat kemerdekaan.

Sebanyak tujuh kategori pertandingan dengan hadiah wang tunai ditawarkan dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan itu bertujuan mengiktiraf dan menghormati individu atau organisasi dengan semangat patriotik yang tinggi.

Kategori tersebut adalah Bangunan Kerajaan (RM3,000), Bangunan Swasta (RM3,000), Kampung Tradisi/Kampung Baru Cina/Estet/Felda (RM10,000), Taman Perumahan (RM10,000), Sekolah (RM5,000), Pintu Gerbang (RM5,000) dan Individu (RM2,000).

Kriteria penilaian adalah berdasarkan kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat penerangan negeri di talian 07-2279480/385/730 atau muat turun borang di www.penerangan.gov.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved