Ahad, 14 Ogos 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Mental Arithmetic asah minda kreatif

Posted:

Mental Arithmetic asah minda kreatif

Mental Arithmetic asah minda kreatif

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


Kanak-kanak genius dari China menunjukkan bakat mereka dalam teknik mengira menggunakan kaedah Abacus Mental Arithmetic di Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KAEDAH Abacus Mental Arithmetic (AMA) kini semakin luas penggunaannya di China kerana keberkesanan dalam melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kanak-kanak genius.

Kaedah AMA mampu membantu dalam mentransformasikan bidang pendidikan negara ini dengan melahirkan generasi yang mempunyai daya pemikiran tinggi tanpa kebergantungan yang kuat terhadap teknologi khususnya mesin pengira elektronik.

Justeru, Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL), melalui Bengkel Niaga Ala-Cina (BENA) mengadakan demonstrasi keupayaan kaedah AMA di Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah Program, Clive Einstein Naga berkata, bengkel yang dikendalikan Profesor Xu Si Zhong bersama 13 muridnya dari China itu bertujuan memberi kesedaran dan maklumat tentang kepentingan penggunaan AMA dalam memberi rangsangan secara langsung terhadap penggunaan otak kanan dan kiri.

"Program ini tertumpu kepada kanak-kanak seawal usia empat hingga lapan tahun yang mana mindanya masih berkembang dengan cepat terhadap rangsangan terutama melalui AMA.

"Malah, penggunaan kedua-dua bahagian otak yang dirangsang secara serentak mampu melahirkan modal insan berfikiran kelas pertama pada usia yang sangat muda," jelasnya.

Menurut beliau, Profesor Xu Si Zhong yang merupakan pengasas kaedah pembelajaran ini telah diisytiharkan sebagai satu daripada 100 aset negara China yang sangat berharga terutama dalam bidang pendidikan.

"Buku teks beliau kini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran China untuk digunakan oleh kanak-kanak prasekolah, tahun satu dan tahun dua di peringkat sekolah rendah di seluruh negara China," ujarnya.

Tambah beliau lagi, program AMA ini telah diasaskan sejak 30 tahun dahulu dan Profesor Xu Si Zhong merupakan salah seorang fasilitator BENA yang dibarisi oleh pelajar-pelajar dan graduan beberapa universiti tempatan.

"Buku Teks AMA dalam bahasa Malaysia (BM) sedang dalam perancangan untuk diterjemahkan bagi kegunaan kanak-kanak di negara kita dan ia dikendalikan oleh pihak Profesor Xu Si Zhong dengan kerjasama PUSMAL dan BENA di Universiti Malaya.

"Selepas buku teks tersebut siap, pihak PUSMAL – BENA akan melatih pengusaha tadika, guru sekolah rendah dan pusat-pusat berkenaan untuk menjalankan kursus AMA di seluruh Malaysia," terangnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pasangan kembar johan cabaran kulinari kebangsaan

Posted:

Pasangan kembar johan cabaran kulinari kebangsaan

Pasangan kembar johan cabaran kulinari kebangsaan

PASANGAN kembar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Justin Yap Zi Xian dan Jordon Yap Zi Yuan diumumkan pemenang Cabaran Kulinari Taylor's Kebangsaan 2011 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dekan Sekolah Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Taylor's, Neethiahnanthan Ari Ragavan berkata, pertandingan ini merupakan salah satu cara terbaik untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang industri hospitaliti terutamanya bidang seni kulinari.

"Pertandingan peringkat kebangsaan ini membuka pintu bagi para pelajar untuk meneroka minat dan kesungguhan mereka dalam bidang kulinari serta memberi pendedahan kepada peluang kerjaya yang begitu luas dalam bidang berkenaan," katanya.

Menurutnya, menjadi tukang masak terkenal bukan hanya perlu hebat dalam masakan, pelbagai kemahiran diperlukan termasuklah kreativiti, ketelitian, pengurusan dan lain-lain.

Sementara itu, Justin memberitahu, kemenangan tersebut membakar semangat mereka untuk meneruskan impian menjadi tukang masak berjaya pada masa akan datang.

"Kami akan mengambil jurusan seni kulinari apabila tamat persekolahan nanti dan sasaran kami adalah untuk mengubah gaya dan tabiat pemakanan masyarakat di negara ini yang gemar mengambil makanan kurang berkhasiat," jelasnya.

Selaku juara, pasangan itu membawa pulang hadiah berupa pakej percutian ke Perancis, pingat emas, wang tunai bernilai RM1,000,

sijil serta sebuah trofi untuk sekolah.

Tempat kedua diraih oleh SMK Taman Mutiara Rini, Johor Bahru yang diwakili Ummu Syakirah Mohd. Nizam dan Nur Amira Hussein. Manakala Najiha Md. Khadri dan Elyza Md. Eddy dari Sekolah Menengah Stella Maris, Kota Kinabalu mendapat tempat ketiga.

Sebanyak 16 pasukan sekolah menengah dari seluruh negara bertanding pada pertandingan akhir Cabaran Kulinari Taylor's Kebangsaan 2011 yang bertemakan masakan "Fusion" itu.

Sekolah-sekolah ini merupakan pasukan yang terbaik daripada 113 pasukan yang bertanding pada peringkat negeri yang diadakan di Pulau Pinang, Johor, Lembah Klang serta di Sabah dan Sarawak.

Pemarkahan diberi oleh barisan juri profesional berdasarkan gaya persembahan, gaya penyampaian, rasa, penggunaan bahan, kemasan dan kebersihan.

Para peserta diperuntukkan masa selama kurang 90 minit bagi menyediakan masakan mereka dan markah akan ditolak jika penyediaannya melebihi masa yang ditetapkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved