Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


PTPL dekati masyarakat desa

Posted:

PTPL dekati masyarakat desa

PTPL dekati masyarakat desa

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian pelajar Kolej PTPL Cawangan Kota Bharu menjayakan program Siswa Masuk Kampung di Kampung Kuau, Bachok, baru-baru ini. - Utusan/YATIMIN ABDULLAH


KOTA BHARU 5 Julai - Proses mengenal erti sebuah kehidupan sememangnya tidak mungkin boleh diperoleh menerusi buku mahupun teori dalam dunia pembelajaran termsuk di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) semata-mata.

Sebaliknya, proses tersebut perlu digabungkan dengan pengalaman dalam dunia sebenar yang dilihat akan lebih membawa pengertian dan kefahaman, seterusnya mematangkan pemikiran untuk merencana urusan kehidupan seharian.

Lantaran itu, berbekalkan semangat untuk menabur bakti dan menimba pengalaman, seramai 42 penuntut, termasuk dua pensyarah Kolej Pusat Teknologi dan Penguasaan Lanjutan (PTPL) Kota Bharu turun padang dan berkampung di Kampung Kuau, Bachok, baru-baru ini, bagi menjayakan program Siswa Masuk Kampung.

Pengarah program Norsafinah Abu Tahir berkata, program anjuran Unit Pembangunan Pelajar kolej itu mendapat sokongan penuh daripada penduduk melalui kerjasama Jawatankuasa Rukun Tetangga kampung berkenaan.

Katanya, program yang melibatkan 20 buah keluarga ini bertujuan mendekatkan para pelajar dengan masyarakat dan membuka peluang kepada mereka merasai suasana kehidupan di desa, selain mempelajari budaya serta aktiviti harian penduduk.

"Kesemua peserta telah ditempatkan di rumah keluarga angkat masing-masing dengan hasrat untuk merapatkan hubungan antara pelajar PTPL dengan penduduk kampung. Melalui cara ini kita dapat membina satu ukhuwah yang kukuh, seterusnya para pelajar dapat berkongsi pengalaman dan peluang pembelajaran di kolej.

"Sepanjang berkampung selama dua hari satu malam itu, program tersebut diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti, antaranya majlis ramah mesra, sukaneka, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, kenduri sekampung dan lawatan ke pusat industri desa kampung tersebut seperti membuat batik, budu dan makanan ringan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Norsafinah memberitahu, pihaknya turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung bagi mengesan penyakit kencing manis serta tahap obesiti, selain memberi khidmat nasihat tentang penjagaan kesihatan.

Sementara itu, seorang peserta, Nor Sa'adah Aziz, 21, pelajar tahun akhir jurusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan berkata, aktiviti ini sebagai salah satu khidmat komuniti para pelajar kepada masyarakat.

"Saya bangga kerana ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan bagi manfaat penduduk kampung dan yakin inilah yang sepatutnya disumbangkan oleh pelajar IPT," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMK gondol Piala Sultan Zainal Abidin

Posted:

UMK gondol Piala Sultan Zainal Abidin

UMK gondol Piala Sultan Zainal Abidin


Kelab Debat Bahasa Inggeris UMK mencipta kejayaan hebat apabila merangkul juara Pertandingan Debat Piala Sultan Zainal Abidin dalam kategori Bahasa Inggeris anjuran UiTM Dungun, Terengganu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 5 Julai - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melakar kejutan apabila muncul johan Debat Piala Sultan Zainal Abidin anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, baru-baru ini.

Kejayaan itu menyaksikan UMK menewaskan pencabar lain, termasuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), UiTM Machang, UiTM Dungun, UiTM Pahang dan UiTM Kuala Terengganu.

Penasihat Kelab Debat Bahasa Inggeris UMK, Arifuddin Abdullah berkata, pencapaian ini amat membanggakan kerana ia adalah kejayaan pertama universiti itu dalam pertandingan piala berprestij tersebut.

"Kejayaan ini membuktikan walaupun UMK masih baharu, namun kita sebenarnya sudah setaraf dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lain.

"Pihak universiti cukup bangga dengan pencapaian ini. Melalui kejayaan ini ia akan menjadi dorongan kepada para pelajar lain untuk merealisasikan impian UMK dalam pertandingan atau penyertaan lain pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, UMK telah menghantar dua kumpulan untuk bersaing dalam pertandingan tersebut dan ia membuktikan UMK mampu mencapai kegemilangan di peringkat kebangsaan.

"Ini membuktikan sekiranya diberi peluang, UMK mampu bersaing dengan universiti-universiti ternama di negara ini," ujarnya.

Katanya, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan debat serta warga universiti di atas sokongan padu yang mereka berikan.

Beliau percaya, melalui penyertaan dalam pertandingan seumpama ini mampu mengukuhkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar UMK demi pembangunan pendidikan dan modal insan cemerlang di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMT anjur program skuba untuk pelajar

Posted:

UMT anjur program skuba untuk pelajar

UMT anjur program skuba untuk pelajar


Para pelajar diberi bimbingan ketika menyertai Program Pengenalan Selam Skuba di Pulau Bidong, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 5 Julai - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung-julung kalinya menganjurkan Program Pengenalan Selam Skuba di bawah Program Penggalakan Sains dan Teknologi 2011 kepada para pelajar sekolah menengah.

Seramai 40 pelajar tingkatan empat di lima buah sekolah sekitar Kuala Terengganu dipilih untuk menyertai program empat hari itu di Pulau Bidong baru-baru ini, dalam usaha mendedahkan mereka dengan pengalaman baru.

Lima sekolah yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah, SMK Padang Kemunting, SMK Seri Nilam, SMK Bukit Besar dan SMK Ibrahim Fikri.

Program itu dianjurkan di bawah Jabatan Sains Perikanan dan Akuakultur UMT manakala pemilihan sekolah dan peserta dibuat dengan kerjasama Jabatan Pelajaran.

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman, program penggalakan sains itu merupakan aktiviti tahunan UMT, tajaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan kerajaan negeri.

''Program itu juga memainkan peranan aktif kepada pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan melalui penyediaan perkhidmatan terutamanya kepada komuniti sekitar," ujarnya.

Beliau berkata, ia mendedahkan para pelajar tentang asas-asas selam skuba yang diharap dapat menarik minat mereka untuk mendapatkan lesen skuba dan seterusnya menjadi seorang penyelam skuba.

Menurut Aziz lagi, ia turut mendekatkan pelajar dengan kegiatan berasaskan alam laut, sekali gus membuka peluang kepada mereka mengenali pengajian di UMT.

Bagi peserta terpilih yang menyertai program tersebut merasa cukup teruja untuk mempelajari aktiviti skuba.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved