Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Peneroka Jengka semakin mewah

Posted:

Peneroka Jengka semakin mewah

Peneroka Jengka semakin mewah

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


SALMIAH @ Hamidah Ismail bersama anaknya, Idris Mohamad serta cucu di hadapan rumah yang bernilai RM1.2 juta.


MARAN 6 Julai - Sejak tanah rancangan Felda Wilayah Jengka dibuka, majoriti rumah asal peneroka telah berubah wajah.

Lebih membanggakan, ada rumah milik peneroka di tanah rancangan Felda Jengka bernilai lebih RM1.2 juta yang layak dipanggil banglo mewah.

Dalam konteks ini, Felda menyediakan skim pinjaman pembesaran rumah yang membolehkan peneroka membuat pinjaman mudah sehingga RM40,000 supaya warga Felda tinggal di kediaman moden dan lebih selesa.

Menurut seorang penerokawati, Salmiah @ Hamidah Ismail, 70, dari Kampung Anggerik Felda Jengka 1, dia kini amat selesa tinggal di banglo mewahnya bernilai lebih RM1 juta hasil kelapa sawit.

Menurutnya, banglo yang mempunyai enam bilik yang dibina dua tahun lalu itu sebenarnya tidak pernah diimpikan.

''Dua anak saya yang juga merupakan peneroka bersetuju membiayai pembinaan rumah ini,'' katanya.

Salmiah yang merupakan balu kepada peneroka, Allahyarham Mohamad Kamdan merupakan pasangan pertama ketika Felda Jengka Tiga Segi sekitar 1960-an.

Seorang peneroka Felda Sungai Tekam, Hashim @ Abdul Manaf Kadir, 76, mengakui Felda telah mengubah status sosioekonomi peneroka termasuk diri dan keluarganya.

''Saya mampu membina rumah bernilai lebih RM120,000 melalui pinjaman skim pembesaran rumah Felda bagi membolehkan kami mendiami kediaman yang lebih baik," katanya.

Tegasnya, Felda sebuah agensi yang sangat berjasa kepada orang Melayu, perlu dipertahankan daripada 'pengkhianat' bangsa.

''Saya sebagai saksi pernah melihat betapa sukarnya menjadi peneroka Felda Sungai Tekam pada 1962 kerana ada rakan sekampung dari Kampung Pulau Tawar dibaham harimau dan ditelan ular sawa," katanya.

Waris pahlawan Mat Kilau itu mahu orang Melayu terutama peneroka mengenang jasa Felda dan pemimpin kerajaan yang ditunjangi UMNO yang berjaya mengangkat martabat mereka.

Bagi peneroka Felda Seroja, Jengka 18, Abd. Razak Mohamad, 52, dan isteri, Siti Shahira Ahmad, 40, mereka berbangga kerana hasil usaha mereka berjaya membina rumah sendiri bernilai hampir RM200,000.

Kata mereka, pembinaan rumah itu merupakan hasil jualan kelapa sawit dan aktiviti sampingan sebagai kontraktor dan mengusahakan sebuah pusat kecantikan.

''Saya mampu memiliki empat kenderaan mewah dan beberapa buah lori untuk mengangkut buah sawit," kata Abd. Razak.

Peneroka Felda Dahlia Jengka 3, Idris Mohamad,48, berbangga dan bersyukur kerana Felda memberi banyak peluang untuk memajukan diri dan keluarga.

Katanya, warga peneroka jangan melupakan akan peranan pegawai Felda yang banyak memberi motivasi untuk keluar dari 'kepompong kegelapan' asalkan sanggup berubah ke arah lebih baik.

''Melalui aktiviti ekonomi sebagai kontraktor kelas F dan hasil sawit yang harganya sangat baik ketika ini, saya mampu membina rumah bernilai lebih RM600,000," katanya.

Idris mengakui Felda yang diasaskan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan para pemikir Melayu ketika itu sangat berjasa kepada orang Melayu dan Islam.

''Kini saya mampu memiliki enam kenderaan mewah setelah berusaha keras untuk memajukan diri dan keluarga," katanya.

Peneroka Felda Jengka 1, Khapandi @ Zainal Bero, 63, dan isterinya, Asmah Taleb, 61, yang meraikan perkahwinan ke-45 bersyukur kerana kehidupannya yang mewah ketika ini.

''Saya mampu membina rumah bernilai lebih RM100,000 dan membeli 10 hektar tanah sawah di Rompin hasil daripada jualan ladang kelapa sawit,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM84.3 juta skim pinjaman besar rumah

Posted:

RM84.3 juta skim pinjaman besar rumah

RM84.3 juta skim pinjaman besar rumah

MARAN 6 Julai - Felda meluluskan sebanyak RM84.3 juta kepada 2,736 peneroka di bawah skim pinjaman pembesaran rumah membabitkan 37 tanah rancangan Felda Wilayah Jengka sehingga akhir bulan Mei lalu.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, pinjaman itu membolehkan peneroka membaik pulih rumah supaya lebih luas, selesa dan seronok untuk didiami.

Menurutnya, skim pinjaman pembesaran perumahan itu diwujudkan khas oleh Felda bagi membantu peneroka Felda mendapat dana membesarkan rumah berikutan jumlah ahli keluarga yang semakin bertambah.

Beliau berkata, skim itu masih diteruskan supaya lebih ramai peneroka mendapat pinjaman pembesaran rumah pada masa akan datang.

''Suasana penempatan Felda Wilayah Jengka lebih kondusif di samping persekitaran yang lebih ceria, bersih dan indah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kata Saari, Felda turut memberi penekanan terhadap usaha meningkat pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan generasi pertama dan kedua Felda.

Tambahnya, Felda menyediakan skim pinjaman komputer kepada peneroka dan generasi baru Felda.

Sehingga akhir bulan lalu, beliau memberitahu, sebanyak RM695,000 dikeluarkan kepada 284 pelajar sekolah dan universiti tempatan.

Tambahnya, Felda Wilayah Jengka juga mengeluarkan perbelanjaan pinjaman pendidikan tinggi kepada 108 generasi baru Felda membabitkan RM1.19 juta sehingga akhir Januari lalu.

Menurutnya, segala bantuan itu membuktikan keprihatinan Felda untuk mengangkat martabat kaum peneroka setanding dengan masyarakat lain yang lebih maju.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenangi jasa pemimpin wujud Felda basmi kemiskinan rakyat

Posted:

Kenangi jasa pemimpin wujud Felda basmi kemiskinan rakyat

Kenangi jasa pemimpin wujud Felda basmi kemiskinan rakyat

MARAN 6 Julai - Orang Melayu perlu mengenang jasa pemimpin terdahulu yang mewujudkan Felda sekali gus berjaya membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat negara ini.

Sejak ditubuhkan lebih 50 tahun lalu, Felda berjaya memajukan kira-kira sejuta hektar tanah dengan tanaman getah, sawit dan tebu di 11 wilayahnya di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, seramai 112,636 peneroka atau kira-kira tiga juta warganya telah merealisasikan matlamat penubuhan Felda.

Menurut beliau, kehidupan warga Felda amat tersusun dengan organisasi mantap yang diketuai pengurus rancangan dengan dibantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan/Kampung (JKKR/K).

''Pada masa sama, warga peneroka sangat bertuah kerana Felda dan kerajaan sentiasa memberi perhatian apa juga keperluan sama ada dari segi ekonomi, sosial, infrastruktur dan pendidikan.

''Jangan sama sekali ada yang menafikan peranan besar kerajaan dan Felda mengangkat status sosioekonomi mereka yang setanding dengan golongan berpendapatan tinggi di luar sana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tan Mohd. Aminuddin yang juga Ahli Lembaga Felda mengingatkan peneroka perlu kekal bersama kerajaan supaya agenda pembangunan untuk generasi baru yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Katanya, banyak telah dirancang dan dilaksanakan seperti menyediakan kemudahan sukan, rekreasi, kemudahan awam dan perumahan generasi baru Felda.

Beliau kesal ada segelintir warga Felda menyokong pembangkang sedangkan golongan itu adalah pengacau ketenteraman masyarakat Felda.

''Warga Felda harus mengakui hakikat hanya Felda mampu mengangkat martabat peneroka berbanding pembangkang yang hanya pandai beretorik," katanya.

Justeru, tegasnya, peneroka perlu mempertahankan Felda yang menyediakan tapak kukuh pemilikan hartanah dalam kalangan orang Melayu.

''Golongan miskin yang diterima masuk menjadi peneroka berjaya mengubah taraf kehidupan seratus peratus," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib menegaskan, warga Felda perlu 'berjihad' mempertahankan Felda daripada ditembusi pengaruh pembangkang yang boleh menghakis kepentingan mereka.

Tambahnya, pembangkang mempunyai banyak muslihat untuk memperdayakan masyarakat bagi tujuan menarik undi pada pilihan raya.

''Jangan gadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu di Felda hanya kerana terpesona dengan janji manis pembangkang sedangkan mereka selama ini banyak menikmati pembangunan," katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Ismail menambah, Felda mempunyai keupayaan kewangan dan kepakaran untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada warga Felda.

''Ini bermakna warga Felda tidak memerlukan pembangkang di Felda," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved