Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Naik taraf politeknik sebaris IPT

Posted:

Naik taraf politeknik sebaris IPT

Naik taraf politeknik sebaris IPT

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar dan ibu bapa yang hadir untuk pendaftaran pelajar baru Politeknik Port Dickson bagi sesi Jun 2011 di Dewan Wawasan PPD, Telok Kemang, baru-baru ini. - UTUSAN/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN


TELOK KEMANG 5 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan penaikan status beberapa politeknik di seluruh negara setaraf dengan intitusi pengajian tinggi (IPT) menjelang 2015.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik KPT, Mejar (K) Md. Nor Yusof berkata, langkah itu selari dengan peredaran masa, di mana kursus yang ditawarkan di politeknik kini mampu melahirkan modal insan dan tenaga kerja mahir.

Menurutnya, lebih menarik, lepasan politeknik juga didapati tidak menghadapi masalah untuk mencari pekerjaan sebaik mereka menamatkan pengajian kerana kumpulan tersebut mempunyai nilai pasaran yang tinggi dalam lingkungan industri masa kini.

''Meskipun ia masih berada di peringkat rancangan, namun inisiatif untuk menaik taraf beberapa politeknik ini telah digariskan di bawah pelan strategik dan transformasi pendidikan KPT.

''Ini bermakna kita akan berdiri sebaris bersama-sama IPT lain di persada pendidikan negara, sekali gus menjadi serta memikul tangungjawab sebagai pelopor dalam pendidikan teknikal tempatan," katanya.

Md. Nor berkata demikian pada sesi perjumpaan bersama ibu bapa dan pelajar pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2011 di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson (PPD) dekat sini, baru-baru ini.

Jelasnya, buat masa ini, sebanyak 22 kursus peringkat diploma ditawarkan di politeknik khusus untuk lepasan sekolah melanjutkan pengajian mereka dalam bidang kemahiran.

''Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke politeknik, PPD ini yang keenam ditubuhkan di negara ini dan sejak ia diwujudkan 20 tahun lalu, ia telah berjaya melahirkan ribuan graduan berkemahiran tinggi.

''Saya percaya dengan komitmen dan usaha berterusan dari kalangan warga kerja PPD ini, kita akan berjaya mencapai sasaran yang ditentukan dalam pelan perancangan strategik 2015," ujarnya.

Dalam pada itu, Md. Nor menambah, lebih banyak program ke arah memantapkan jalinan kerjasama bersepadu antara semua pihak telah dirangka dari semasa ke semasa.

''Program seperti jalinan kerjasama dengan IPT, KPT dan agensi lain samada kerajaan, swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dipertingkatkan.

''Ini bertujuan membuka minda pelajar terhadap dunia luar agar mereka dapat menyesuaikan diri sebaik melangkah ke alam pekerjaan kelak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanam azam, guna peluang capai kejayaan

Posted:

Tanam azam, guna peluang capai kejayaan

Tanam azam, guna peluang capai kejayaan

TELOK KEMANG 5 Julai - Rata-rata lepasan sekolah yang diterima masuk melanjutkan pengajian ke Politeknik Port Dickson dekat sini, melahirkan rasa syukur serta menanam azam untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin untuk berjaya dalam kursus yang ditawarkan.

Menurut seorang pelajar, Farahatiqah Mohd Adli, 18, dia berasa amat bertuah kerana diberi peluang meneruskan pengajiannya ke tahap yang lebih tinggi.

''Saya akan belajar bersungguh-sungguh dalam jurusan yang saya minati ini dan saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan ini.

''Rugi kalau kita lepaskan peluang ini kerana saban hari peluang untuk lepasan sekolah melanjutkan pelajaran mereka ke pusat pengajian tinggi semakin sukar berikutan saingan yang tinggi," katanya yang ditawarkan jurusan kejuruteraan awam.

Tambah Farahatiqah yang merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik itu, kesemua adik beradikanya sebelum ini mendapat pengajian di politeknik dan kesemua mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing.

''Ini membuatkan saya lebih yakin dengan kemampuan institut ini," ujarnya.

Bagi Yazrul Yahya, 26, dia amat gembira diterima masuk selepas tiga kali memohon untuk memasuki politeknik.

''Saya rasa gembira dan bangga kerana dalam persaingan yang banyak, saya terpilih jua akhirnya bagi menuntut ilmu di sini.

''Saya amat minat dengan bidang yang saya mohon ini dan dalam perancangan, saya akan sambung ke peringkat lebih tinggi lagi sejurus habis belajar di sini," ujarnya yang ditawarkan kursus kejuruteraan elekrik.

Jelas seorang lagi pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan awam, Masturi Syuhadah Yunus, 18, dengan kemajuan negara masa kini, ilmu merupakan aspek yang amat penting sekali kerana tanpa ilmu agak sukar untuk seseorang itu berjaya.

''Saya akan lebih fokus dalam pelajaran berbanding sebelum ini supaya selepas habis menuntut ilmu di sini, saya akan memperoleh pekerjaan yang baik,"ujarnya.

Menurut Nursyazwani Donya, 18, peluang melanjutkan pelajaran ke politeknik akan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan dia dapat membantu keluarganya apabila berjaya kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

300 warga IPT jayakan seminar PMM

Posted:

300 warga IPT jayakan seminar PMM

300 warga IPT jayakan seminar PMM


GAN Tian Loo melihat ciptaan tangga bangku baru yang dihasilkan pelajar sempena Seminar Pengkomersialan Produk Inovasi PMM di Jasin, Melaka, baru-baru ini.


JASIN 5 Julai - Kira-kira 300 penyertaan terdiri daripada institusi pengajian tinggi dan sektor swasta yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS) menyertai penganjuran Seminar Pengkomersilan Produk Inovasi Politeknik Merlimau Melaka (PMM) di sini, baru-baru ini.

Seminar yang bertujuan mengetengahkan kepentingan inovasi dan menjadi salah satu tahap pengukur pencapaian Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Belia negeri, Datuk Gan Tian Loo dan turut dihadiri Pengarah PMM, Dr. Arshad Kassim.

Menurut Dr. Arshad, selain membantu mengetengahkan pelbagai hasil inovasi untuk pasaran tempatan, ia juga membetulkan salah konsep kepada inovasi dan mengemukakan satu dimensi baru dalam bentuk inovasi namun tidak terlalu akademik.

''Kita juga berhasrat mengumpul semua idea inovatif dalam pelbagai bidang yang dihasilkan daripada individu, syarikat, badan bukan kerajaan, masyarakat dan institusi pendidikan bertujuan memberi mereka peluang berinteraksi dan membina rangkaian di kalangan mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Demonstrasi Produk Inovasi PMM oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Belia, Datuk Gan Tian Loo.

Kata Dr. Arshad, seminar sehari itu dikendalikan Unit Perhubungan dan Latihan Industri dengan Unit Penyelidikan, Keusahawanan dan Inovasi dengan kerjasama Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Kreativiti, Inovasi Dan Pengkomersilan (R&Dcic) Melaka.

Ujarnya, sebanyak 16 produk inovasi dibentangkan pensyarah PMM yang disediakan melalui penyelidikan inovasi selain menumpukan usaha kepada penyertaan produk inovasi bagi tujuan sepadanan industri dan pencipta produk.

Sementara itu, menurut Tian Loo, penganjuran Seminar Pengkomersilan Produk Inovasi bersesuaian dengan peranan PMM sebagai institusi pengajian awam yang menumpukan kepada penyelidikan teknologi.

''Usaha ini selaras dengan hasrat dan komitmen kerajaan negeri yang ketika ini giat berusaha menjadikan Melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau pada tahun 2020.

''Oleh itu, pembangunan negeri dan negara amat bergantung kepada kreativiti, inovasi dan nilai tinggi yang ada pada rakyat negara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved