Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kerajaan sedia bersemuka

Posted:

Kerajaan sedia bersemuka

Kerajaan sedia bersemuka

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 5 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia bertemu dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi membincangkan hasrat pihak berkenaan mengadakan perhimpunan di stadium berbanding di jalanan sebelum ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, keputusan Bersih membatalkan perhimpunan haram pada Sabtu ini adalah tepat kerana mampu mengelakkan kejadian yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan negara.

''Kita bersedia berjumpa dengan pihak berkenaan supaya perhimpunan diadakan di stadium dengan syarat mereka pergi dengan aman, berhimpun dengan aman dan balik dengan aman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Urus Tadbir Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di sini, hari ini.

Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk tidak mengadakan sebarang demonstrasi jalanan.

Ini kerana, tegas beliau, jika berlaku sebarang perkara tidak diingini seperti tercetus huru-hara, kerosakan harta benda atau kecederaan membabitkan mana-mana individu dalam perhimpunan haram, pihak penganjur perlu dipertanggungjawabkan.

Ditanya bila beliau menemui Seri Paduka, Perdana Menteri menjawab: "Bila saya jumpa Agong dan sebagainya itu adalah hak saya, Perdana Menteri merupakan penasihat utama kepada Yang di-Pertuan Agong.''

Najib berharap, pihak penganjur perhimpunan Bersih akan menepati janji untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Menurut Perdana Menteri, demonstrasi jalanan boleh memudaratkan orang ramai, justeru beliau perlu mengambil berat tentang kepentingan awam dan mahu melindungi mereka daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Menjawab satu soalan mengenai tindakan ke atas mereka yang memakai kemeja T Bersih di stadium, beliau berkata, ia terpulang kepada pihak polis menentukannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga ketetapan jayakan negara inovasi

Posted:

Tiga ketetapan jayakan negara inovasi

Tiga ketetapan jayakan negara inovasi


NAJIB Tun Razak berbincang dengan Teo Chee Hean ketika kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura itu di pejabatnya di Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 5 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tiga ketetapan untuk merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara inovasi.

Perdana Menteri berkata, untuk ke arah itu, keputusan utama yang perlu diambil adalah dengan menggabungkan pendekatan membina sebuah ekosistem yang boleh mendukung hasrat berkenaan.

Menurutnya, pendekatan itu boleh dilihat melalui pembangunan modal insan tentang bagaimana cara untuk menyuntik pemikiran inovatif dan kritikal dalam negara terutamanya dalam kemahiran berfikir serta dalam bidang berkaitan.

"Keduanya, kita perlu melihat dari segi dana yang boleh mendukung usaha inovasi yang dapat menjalankan hasrat tersebut seperti dengan memperbanyakkan modal ekuiti swasta.

"Ketiga, melihat hasil penyelidikan dan pembangunan dalam negara yang boleh dikormesialkan umpamanya dari segi harta intelek universiti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan kali pertama mesyuarat Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Malaysia (AIM) di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Datuk Kamal Jit Singh.

Najib berkata, sehingga kini terdapat sekitar 1,000 harta intelek universiti dalam negara.

"Daripada jumlah itu kita boleh mengenal pasti seberapa banyak mana harta intelek itu dapat diterjemahkan kepada projek komersial," katanya.

Beliau menambah, hasil pertemuan untuk kali pertama itu adalah bagi menggabungkan pendekatan berdasarkan pembangunan ekosistem dan mengenal pasti projek yang boleh dikomersialkan.

Sementara itu, Kamal Jit berkata, pertemuan tersebut dapat membincangkan draf yang diperlukan dalam menghasilkan polisi menjadi sebuah negara inovasi.

"Apa yang diperlukan kini adalah sebuah rangka kerja untuk mencapai matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi ekonomi (ETP) serta Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rangka transformasi ekonomi kini lengkap

Posted:

Rangka transformasi ekonomi kini lengkap

Rangka transformasi ekonomi kini lengkap

KUALA LUMPUR 5 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap selepas kerajaan mengumumkan penubuhan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), hari ini.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, SRI merupakan tambahan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi meningkatkan lagi daya saing Malaysia sebagaimana digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Jelas beliau, selaku komponen kedua terpenting ETP, inisiatif tersebut terutamanya SRI Kewangan Awam akan mencipta ruang kewangan RM13 bilion bagi membolehkan kerajaan melangsai hutang dan melabur pada masa depan.

"Rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap dengan adanya SRI. Ia membolehkan kita membangun ekonomi dan bersaing dengan mantap di persada antarabangsa," katanya sempena pengumuman SRI, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain SRI Kewangan Awam, lima lagi ini inisiatif ialah Peranan Kerajaan dalam Perniagaan; Pembangunan Modal Insan; Penyampaian Perkhidmatan Awam; Standard Antarabangsa dan Liberalisasi serta Mengurangkan Perbezaan.

Daripada enam inisiatif tersebut, Najib akan menerajui dua SRI iaitu Kewangan Awam serta Peranan Kerajaan dalam Perniagaan dan beliau akan dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadziah (Kewangan Awam).

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, untuk membawa transformasi kepada ekonomi negara, beliau sedar bahawa kerajaan perlu mempunyai fokus yang tajam dalam aspek pelaksanaan terutamanya di sektor awam.

Tambah beliau, fokus terhadap pelaksanaan di sektor awam penting bagi menyakinkan pihak swasta, selaku enjin kepada pembangunan negara bahawa kerajaan hari ini komited untuk melakukan yang terbaik.

"Sehubungan itu, indeks prestasi saya serta menteri yang berkenaan akan diselaraskan mengikut SRI kerana terdapat garis masa jelas mengenai pelaksanaannya. Kami semua komited untuk melaksanakan pembaharuan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved