Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Keselamatan tanggungjawab polis - Ambiga

Posted:

Keselamatan tanggungjawab polis - Ambiga

Keselamatan tanggungjawab polis - Ambiga

KUALA LUMPUR 6 Julai – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan atau rusuhan ketika berlangsungnya perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Sebaliknya Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menjelaskan, perintah awam di negara ini terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab polis dan bukannya Bersih.

Bagaimanapun beliau berkata, bagi memastikan keselamatan pada hari tersebut tidak dicemari dengan perbuatan serta tindakan ganas pihak tertentu, Bersih akan menyediakan 5,000 orang yang ditugaskan sebagai marshal keselamatan.

"Dalam menjalankan perintah awam, ia bukan di bawah tanggungjawab Bersih tetapi polis. Sehubungan itu adalah diingatkan kepada semua pihak supaya tidak melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang ketika hadir di perhimpunan ini.

"Polis mempunyai kuasa untuk menahan dan mendakwa mereka yang melakukan sebarang kesalahan. Bersih sendiri tidak boleh menerima sebarang tindakan ganas daripada mana-mana pihak kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ambiga selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam menyatakan persetujuan Bersih untuk membatalkan demonstrasi jalanan dan menerima tawaran kerajaan mengadakannya di stadium.

Dalam pada itu, Ambiga berkata, berdasarkan keluasan Stadium Merdeka, Bersih menganggarkan lebih 50,000 rakyat akan hadir pada perhimpunan tersebut.

Pada sidang akhbar sama, beliau turut menuntut kerajaan membebaskan keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat atau menghadapkan mereka ke mahkamah.

"Kami juga menuntut pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan Bersih ditarik balik atau digugurkan, manakala mereka masih ditahan dibebaskan tanpa syarat.

"Kami juga mahu selepas ini, mereka memakai baju kuning Bersih tidak lagi dikenakan tindakan. Kami berharap tuntutan ini dipenuhi selepas kami menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium," katanya.

Mengenai pemilihan Stadium Merdeka, Ambiga berkata, ia disebabkan lokasinya strategik, mempunyai kemudahan pengangkutan awam baik selain merupakan tempat bersejarah.

"Tambahan pula, perhimpunan ini hanya diadakan selama dua jam iaitu antara pukul 2 sehingga 4 petang. Oleh itu, kami memerlukan satu lokasi yang amat bersesuaian bagi memudahkan orang ramai datang dan menyertai perhimpunan ini," katanya.

Namun, beliau mengakui pihaknya masih belum diberi kebenaran untuk menggunakan Stadium Merdeka kerana ia masih dalam proses permohonan.

Ambiga turut mempelawa semua pihak termasuk UMNO serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hadir dalam perhimpunan tersebut.

Mengenai permit, beliau berkata, berdasarkan pandangannya Bersih tidak perlu memohon permit kerana kerajaan sendiri menawarkan gabungan itu mengadakan perhimpunan di stadium.

Berhubung penglibatan parti pembangkang, jelasnya, Bersih tidak ada hak untuk menghalang mereka menyertai perhimpunan itu.

"Mereka juga rakyat Malaysia, tetapi Bersih mahu menjelaskan di sini bahawa mereka yang hadir dilarang memakai baju parti masing-masing atau membawa bendera parti. Bersih adalah gabungan bebas daripada pengaruh politik," katanya.

Beliau berkata, Bersih juga melarang sesiapa sahaja membawa sebarang senjata pada perhimpunan tersebut.

Berhubung memorandum, Ambiga berkata, ia akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong selepas tamat perhimpunan dan ahli rombongan yang akan menyerahkannya tidak lebih daripada 10 orang.

"Kita akan menyerahkan memorandum itu kepada pihak istana tanpa sebarang perarakan iaitu selepas program perhimpunan selesai. Selain itu, kita juga mahu menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secepat mungkin," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suami bomoh Thai ditangkap

Posted:

Suami bomoh Thai ditangkap

Suami bomoh Thai ditangkap

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 6 Julai - Setelah lebih dua minggu diburu polis berhubung kes kematian seorang pemuda semasa menerima rawatan tradisional, 15 Jun lalu, Norhisham Mustapa, 33, suami kepada seorang bomoh warga Thailand akhirnya ditahan di sebuah rumah di Rantau Panjang, Kelantan, malam semalam.

Bagaimanapun, isterinya yang dikenali sebagai Kak Yah atau Kak Mah selaku suspek utama masih gagal dikesan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu hasil maklumat orang ramai.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bomoh wanita itu telah menghilangkan diri lebih awal dan tidak berada di rumah bersama suaminya.

"Bagaimanapun, kita percaya bomoh itu masih bersembunyi di sempadan Malaysia-Thailand," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Bomoh wanita dan suaminya itu diburu polis ekoran kematian Faisal Harun, 26, dari Kampung Gong Beris, Marang, semasa menjalani rawatan bagi mengubati penyakit pemuda tersebut.

Dalam kejadian itu, mangsa dipaksa minum air melalui hos getah kononnya untuk mengeluarkan jin dalam badannya sehingga tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Mercang untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Manoharan memberitahu, penahanan suami kepada bomoh tersebut diharap akan membantu menguatkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Katanya, dengan penahanan lelaki itu juga, diharap bomoh tersebut akan tampil menyerah diri secepat mungkin.

"Buat masa ini, polis menahan reman lelaki itu selama tujuh hari bermula semalam dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved