Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


SK Jalan Bahagia, 99 sekolah menengah terima Utusan Malaysia tajaan IMDB

Posted:

SK Jalan Bahagia, 99 sekolah menengah terima Utusan Malaysia tajaan IMDB

SK Jalan Bahagia, 99 sekolah menengah terima Utusan Malaysia tajaan IMDB


Hizwani Hassan (baris ketiga, enam dari kanan), Mohd. Nasir Ali dan Mohd. Ali Mohd. Yusof (baris ketiga, empat dari kanan) bersama murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh, semalam.


TEMERLOH 6 Julai – Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bahagia di sini merupakan satu-satunya sekolah rendah daripada 100 sekolah yang terpilih menerima akhbar Utusan Malaysia tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Sebanyak 99 sekolah lagi yang menerima tajaan bernilai RM147,000 bagi memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) adalah sekolah menengah.

Pengarah Eksekutif Tanggungjawab Sosial Korporat 1MDB, Hizwani Hassan berkata, penajaan ADaP pada setiap Khamis bagi sekolah menengah dan Rabu bagi sekolah rendah itu merupakan tanggungjawab sosial syarikat tersebut.

''Penajaan akhbar Utusan Malaysia bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar dan memperkasakan institusi pendidikan terutama di luar bandar.

"Syarikat mengagihkan akhbar tajaan ini dengan memilih antara lapan hingga 10 sekolah di setiap negeri dan setiap sekolah akan menerima 50 naskhah Utusan Malaysia bersama-sama sisipan ADaP," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menyerahkan sisipan ADaP dan akhbar Utusan Malaysia kepada Guru Besar SK Jalan Bahagia, Mohd. Ali Mohd. Yusof di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali.

1MDB merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan yang memberi fokus kepada pembangunan dalam sektor hartanah strategi, tenaga, pelancongan dan agrobisnes.

Menurut Hizwani, agihan akhbar Utusan Malaysia bersama sisipan ADaP kepada sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara itu telah bermula sejak Mac lalu.

Sementara itu, Mohd. Ali berharap ADaP dapat membantu lebih ramai murid tahun enam sekolah berkenaan mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Pada tahun lalu, katanya, seramai 22 murid sekolah itu mendapat keputusan 5A dalam UPSR.

''Saya yakin dengan adanya ADaP dan Utusan Malaysia, ia dapat memberikan pendedahan kepada murid tahun enam mengenai teknik pembelajaran yang lebih ceria," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved