Khamis, 7 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Bersih tetap pertubuhan haram

Posted:

Bersih tetap pertubuhan haram

Bersih tetap pertubuhan haram

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

KLANG 6 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap kekal sebagai sebuah pertubuhan haram kerana ia tidak pernah didaftarkan.

Justeru, Perdana Menteri berkata, sebarang rancangan kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan secara tertutup termasuk di Stadium Merdeka adalah bergantung kepada keputusan pihak berkuasa terutama polis.

''Sekiranya terdapat permohonan rasmi, kumpulan itu juga perlu patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti pihak yang memohon mestilah merupakan sebuah pertubuhan berdaftar.

''Kita serahkan kepada pihak berkuasa terutama polis untuk menentukan dari segi keselamatan dan sebagainya. Polis akan kenakan syarat keselamatan demi kepentingan orang ramai dan keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia dan Pusat Penyelidikan Keusahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien di sini, petang ini.

Perdana Menteri ditanya mengenai keputusan terbaru Bersih yang bercadang mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka selepas membatalkan rancangan awal mengadakan perhimpunan haram di jalan raya pada Sabtu ini.

Najib menjelaskan, pihak berkuasa akan membuat keputusan sekiranya terdapat permohonan rasmi daripada pihak terbabit. bagaimanapun setakat ini belum ada permohonan diterima.

''Sebarang keputusan akan dibuat oleh pihak berkuasa, saya katakan kerajaan dan ia boleh jadi mana-mana satu. Kerajaan tidak bermakna saya secara spesifik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib umum dana skim mikro kredit RM30j

Posted:

Najib umum dana skim mikro kredit RM30j

Najib umum dana skim mikro kredit RM30j


Najib Tun Razak melihat kek yang digunakan sebagai simbolik perasmian Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien, Klang, Selangor, semalam. – Utusan/Mohd Shaharani Saibi


KLANG 6 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pinjaman sejumlah RM30 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit yang akan diuruskan oleh Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia untuk golongan wanita memperluas atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Perdana Menteri berkata, ini adalah kali pertama kerajaan memperkenalkan skim berkenaan dengan menggunakan model yang unik iaitu menampilkan kerjasama kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan komuniti.

Kata beliau, yayasan tersebut akan mengendalikan skim berkenaan bagi mengagihkan kepada lebih 4,500 pemohon yang layak selain bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran balik mengikut tempoh ditetapkan

''Cara ini lebih menjimatkan apabila kerajaan tidak perlu mengeluarkan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan agensi lain, menambah pegawai dan membuat pejabat dan sebagainya.

''Setakat ini, kerajaan perlu melihat terlebih dahulu sama ada akan turut menyalurkan dana bagi skim yang sama kepada NGO lain kerana pada masa ini sudah wujud agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (Tekun)," katanya pada sidang akhbar di Dewan Persatuan Hokkien di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perjuangan pesilat diperlu setiap masa

Posted:

Perjuangan pesilat diperlu setiap masa

Perjuangan pesilat diperlu setiap masa


Najib Tun Razak menganugerahkan darjah tertinggi persilatan kepada Mahaguru Omardin pada sambutan Ulangtahun Ke-50 Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia di PWTC, semalam. Turut kelihatan Abdullah Ahmad Badawi.


KUALA LUMPUR 6 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan pesilat-pesilat bukan hanya ketika memakai baju persilatan, sebaliknya ia perlu dilakukan pada setiap masa terutama dalam usaha mentransformasikan negara.

Perdana Menteri berkata, seni silat merupakan wahana dan wadah perjuangan yang amat baik dan berkesan untuk membentuk jati diri seterusnya melahirkan modal insan negara yang berjaya.

"Saya mahu anak-anak silat terutama anak-anak Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) bukan sahaja berani berdepan musuh durjana, tetapi menjadi modal insan negara yang berani membuat perubahan.

"Untuk membentuk jati diri dan modal insan negara yang berjaya, ia perlu melalui latihan amali persilatan yang sebaik-baiknya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan PSSLM sempena 50 tahun pertubuhan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Penaung PSSLM, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Perdana Menteri yang juga Ulul Amri III PSSLM berkata, kerajaan tidak pernah mendidik anak-anak Malaysia termasuk dalam arena persilatan untuk menderhaka kepada negara.

"Kita (kerajaan) tidak pernah mendidik anak-anak negara ini menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara, sebaliknya kita didik dengan baik dan penuh dengan nilai-nilai murni," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved