Khamis, 7 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


'Kami mahu jambatan gantung'

Posted:

'Kami mahu jambatan gantung'

'Kami mahu jambatan gantung'

MOIN MAT
Kampung Dong, Rompin


MOIN Mat (kiri) memohon pihak kerajaan menyediakan kemudahan seperti jambatan gantung bagi membolehkan murid sekolah menyeberangi Sungai Rompin dengan selamat.


Saudara Pengarang,
PARA penduduk khususnya murid sekolah dari Kampung Dong, Rompin menghadapi kesukaran untuk ke Kampung Buluh Nipis kerana menggunakan bot usang untuk menyeberangi Sungai Rompin.

Apa yang ingin saya luahkan di ruangan Rakan Pahang ini ialah tentang masalah 30 murid kampung ini yang terpaksa menyabung nyawa setiap hari ke Sekolah Kebangsaan (SK) Buluh Nipis kerana menggunakan bot terbabit untuk menyeberangi sungai.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan ibu-bapa terutama pada musim tengkujuh berikutan paras air Sungai Rompin akan naik hingga mengundang rasa takut kepada anak-anak mereka.

Keadaan ini menyebabkan ramai dikalangan murid di sini terpaksa ponteng sekolah kerana khuatir nyawa mereka terancam kerana bot sedia ada juga sukar mengawal arus deras pada waktu itu.

Masalah iu sudah lama diajukan kepada pihak bertanggungjawab, namun hingga sekarang ia masih belum diatasi.

Ia melibatkan murid sekolah rendah sahaja yang terpaksa berulang alik menggunakan jalan air ke sekolah, memandangkan pelajar sekolah menengah tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Ibam.

Ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka seawal pagi untuk menuruni Sungai Rompin dan setelah sampai ke Kampung Buluh Nipis mereka terpaksa berjalan sejauh kira-kira tiga kilometer untuk sampai ke sekolah.

Justeru, saya mewakili penduduk kampung ini memohon kerajaan negeri membina jambatan gantung menghubungkan kedua-dua kampung Orang Asli itu bagi kemudahan murid yang semakin bertambah saban tahun.

Saya berharap peruntukan segera dapat disalurkan bagi membina jambatan tersebut sebagai perhubungan dan keselamatan penduduk setempat terutama murid sekolah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada tindakan aduan takungan air depan rumah di Sungai Jan

Posted:

Tiada tindakan aduan takungan air depan rumah di Sungai Jan

Tiada tindakan aduan takungan air depan rumah di Sungai Jan

INSAN MURAM
Sungai Jan, Jerantut


SEORANG penduduk di tanah lot Sungai Jan, Jerantut, Pahang menunjukkan takungan air yang menimbulkan bau busuk kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.


Saudara Pengarang,
SUDAH tujuh tahun saya mendiami sebuah kawasan tanah lot di Sungai Jan, Jerantut sering menghidu bau busuk akibat limpahan air tercemar dari paya terbiar berdekatan.

Ia berpunca pihak tertentu tidak menyelenggarakan sistem perparitan, selain takungan berkenaan menjadi habitat nyamuk yang mengundang penyakit berjangkit di kalangan ahli keluarga kami dan jiran tetangga.

Pelbagai aduan lisan dan surat rasmi diajukan tetapi seolah-olah dipandang sepi oleh pihak berwajib sehingga keluarga saya kian menanggung keperitan.

Keadaan tempat tinggal saya dan jiran kian teruk pada musim tengkujuh menyebabkan takungan air paya terbiar itu melimpah dan masuk ke halaman serta dalam rumah.

Oleh kerana tidak tahan dengan limpahan air berwarna hitam dan berbau busuk, saya bersama jiran mengeluarkan sedikit modal membina penghadang air daripada masuk ke dalam rumah.

Keadaan lebih menyulitkan apabila air takungan itu melimpah ke atas jalan raya dan ditumbuhi lumut menyebabkan kenderaan mengalih ke laluan lain untuk ke bandar Jerantut.

Selain tempat pembiakan jentik-jentik, takungan berkenaan menjadi habitat ikan dan labi-labimembiak dan ia merunsingkan kami.

Tanpa serik dan malu, kami terus membuat aduan kepada pihak berwajib pada 26 November tahun lalu, tetapi setelah enam bulan menunggu jawapan masih tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah itu.

Setiap laporan terdahulu yang kami kemukakan cuma dicop pengesahan 'Terima Aduan', tetapi tindakan tidak diambil selepas itu.

Melalui Rakan Pahang, saya merayu pihak berwajib menyelenggarakan sistem perparitan itu secepat mungkin dengan menaik taraf pembetung air dari paya berkenaan supaya menceriakan kembali kawasan tempat tinggal kami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saliran tersumbat di Medan Selera Bandar Inderapura

Posted:

Saliran tersumbat di Medan Selera Bandar Inderapura

Saliran tersumbat di Medan Selera Bandar Inderapura

AHMAD OMAR
Bandar Jerantut


SEORANG peniaga menolak air yang melimpah di kawasan medan selera berikutan banjir kilat yang berlaku di Bandar Baru Inderapura, Jerantut, baru-baru ini.


Saudara Pengarang,
DUA malam yang lalu, saya sekeluarga makan malam di sebuah medan selera di Bandar Baru Inderapura, Jerantut.

Sewaktu menikmati juadah, tiba-tiba hujan lebat sehingga para pelanggan yang memenuhi kedai makan berkenaan mencari ruang selamat.

Saya melihat para peniaga bukan sahaja sibuk mengubah kerusi meja sahaja, tetapi mengambil penyapu untuk menolak air yang memasuki premis mereka ke saliran berdekatan.

Senario itu menimbulkan suasana kurang selesa di kalangan pelanggan apabila terpaksa mengubah tempat duduk masing-masing berikutan terdapat bumbung bocor di premis itu.

Saya terpanggil menulis menerusi Rakan Pahang kerana masih wujud sistem perparitan yang sempit dan tidak bersistematik serta dibina berdekatan premis medan selera terbabit.

Saya mendapati hujan yang mencurah dari atap premis berkenaan tidak masuk ke dalam longkang sehingga bahagian permukaan saliran ditutupi dengan penutup besi menyebabkan air melimpah masuk ke dalam premis.

Tinjauan juga mendapati air daripada bahagian bumbung premis dialirkan menerusi saluran yang disambungkan ke bahagian bawah simen menyebabkan air keluar memenuhi permukaan lantai.

Lebih menyedihkan apabila limpahan air itu turut membawa sampah sarap yang terapung sekali gus menutup selera kebanyakan pelanggan di medan selera tersebut.

Saya berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera memperbaiki sistem perparitan di kawasan premis itu selain mengenal pasti saliran tersekat di disebabkan projek perumahan yang rancak berdekatan Bandar Baru Inderapura.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved