Khamis, 7 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Dilatih untuk antikerajaan - Anuar Shaari

Posted:

Dilatih untuk antikerajaan - Anuar Shaari

Dilatih untuk antikerajaan - Anuar Shaari

KUALA LUMPUR 7 Julai - Sikap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan haram seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang cenderung antikerajaan bukan sesuatu yang baru dalam arena politik negara.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, golongan terbabit telah dibiayai oleh pertubuhan luar negara yang mempunyai agenda mahukan seorang pemimpin yang mengikut telunjuk mereka menerajui Malaysia.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri secara langsung menerima tajaan dari Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) bagi membiayai program latihan pemimpin dan ahli mereka.

"Malah, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dan ramai pemimpin PKR telah hadir atau dihantar menyertai kursus dan program dua badan itu di serata dunia yang mempromosi kebebasan dan keadilan ala Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar berkata, kedegilan Bersih untuk meneruskan perhimpunan disebabkan pertubuhan haram itu sudah terlalu banyak mendapat dana asing.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, banyak lagi NGO di negara ini antaranya Institut Kajian Dasar (IKD) yang berkiblatkan kepada Anwar mendapat dana dari luar.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pendedahan Chandra bahawa Bersih menerima dana daripada Open Society Foundations (OSF) bagi membiaya perhimpunan haram itu adalah suatu yang serius.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis perlu bertindak tegas menyiasat dakwaan itu dan jika benar tindakan sewajarnya perlu diambil.

"Mengambil kira semua aspek mengenai perhimpunan Bersih seperti menerima dana asing, penemuan senjata berbahaya dan elemen komunis, maka kerajaan wajar mempertimbangkan mengeluarkan 'kertas putih' agar rakyat mengetahui kebenaran di sebalik perbuatan Bersih.

"Desakan Perkasa ada asasnya demi memastikan rakyat tidak dikelirukan dan ada pihak mendapat keuntungan politik atas kesengsaraan rakyat dan mencemar nama baik negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPR tidak tahu-menahu Ambiga calon PRU ke-13

Posted:

SPR tidak tahu-menahu Ambiga calon PRU ke-13

SPR tidak tahu-menahu Ambiga calon PRU ke-13

PUTRAJAYA 7 Julai - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof tidak tahu-menahu kemungkinan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga yang beria-ria hendak menganjurkan satu perhimpunan haram bercita-cita besar mahu menjadi calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Namun, kata beliau, berdasarkan pengamatannya pada perhimpunan haram Bersih pertama pada 2007, kebanyakan yang terlibat dalam demonstrasi itu ada yang kini sudah bergelar wakil rakyat pembangkang setelah bertanding dalam PRU 2008.

"Saya tak tahu yang itu (cita-cita Ambiga mahu jadi calon PRU), tetapi beberapa orang yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 1.0 sudah jadi wakil rakyat.

"Bagi SPR, Bersih yang diterajui Ambiga ini sudah tidak ada objektif, dia sudah jadi alat," katanya sambil enggan mengulas lanjut sama ada Ambiga kini menjadi 'kuda tunggangan' pakatan pembangkang.

Abd. Aziz ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2011 di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.

Menurut Abd. Aziz, sikap Ambiga kini begitu angkuh dengan menolak sama sekali rundingan dengan SPR meskipun kedatangan Pengerusi Bersih itu bersama kumpulannya untuk menemui Abd. Aziz Disember lalu dilayan dengan mesra serta diberi penjelasan yang secukupnya tentang perjalanan proses pilihan raya.

"Kata Ambiga, sudah terlambat (untuk Bersih berunding dengan SPR)...yang bermaksud dia tidak mahu jumpa dengan SPR. Padahal semua maklum Bersih yang diketuainya adalah pertubuhan haram," katanya.

Beliau turut mempersoalkan motif Ambiga enggan menyerahkan memorandum seperti yang dikehendakinya dalam matlamat menganjurkan perhimpunan haram apabila diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved