Khamis, 7 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Beri peluang golongan muda

Posted:

Beri peluang golongan muda

Beri peluang golongan muda

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan hadiah kepada pelajar Sekolah Menengah (P) Kuen Cheng yang dinobatkan johan Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Julai - Golongan muda perlu diberi peluang serta ruang yang secukupnya untuk meluahkan pemikiran masing-masing mengenai hala tuju masa depan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana generasi muda hari ini mempunyai idealisme tersendiri yang mana kelebihan itu jika digilap mampu memberi sumbangan bermakna kepada kemajuan, perpaduan dan keamanan negara.

"Kita akan dapat melahirkan generasi yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap peranan untuk memelihara perpaduan dan keamanan negara jika golongan muda diberi ruang meluahkan fikiran mereka.

"Semangat ini boleh disemai melalui pelbagai aktiviti seperti pidato, forum dan syarahan yang membincangkan secara khusus mengenai kepentingan mengekalkan kewujudan sebuah negara yang bersatu padu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan sempena Festival Bahasa dan Sastera 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Festival kali ini menyaksikan 600 murid dan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), sekolah menengah kebangsaan dan Sekolah Menengah Persendirian Cina mengambil bahagian dalam enam acara dipertandingkan.

Pelajar yang mengambil bahagian diwajibkan bertutur dalam bahasa Melayu bagi menanam rasa kecintaan terhadap bahasa kebangsaan selaku medium penyatuan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menyentuh mengenai Festival Bahasa dan Sastera, Muhyiddin menyeru syarikat milik kerajaan (GLC) agar tampil bersama-sama dengan DBP mulai tahun depan bagi menjayakan lagi usaha membudaya bahasa kebangsaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih tetap pertubuhan haram

Posted:

Bersih tetap pertubuhan haram

Bersih tetap pertubuhan haram

PUTRAJAYA 6 Julai – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap sebuah pertubuhan haram seperti mana diisytiharkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemakaian baju T berlogo Bersih juga adalah haram dan tidak dibenarkan.

"Mereka (yang memakai kemeja T Bersih) boleh ditahan kerana ia menyalahi undang-undang. Bukannya susah untuk mereka menukar baju lain, melainkan mereka ada motif lain," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga semalam bahawa pertubuhan haram itu menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Bersih masih diharamkan dan tiada siapa boleh meletakkan diri di atas undang-undang.

"Perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong tidak bermakna mereka telah menjadi pertubuhan yang sah.

"Tetapi memandangkan mereka mahu mengadakan perhimpunan, banyak platform yang boleh digunakan dan mereka tidak semestinya menggunakan platform Bersih," katanya.

Hishammuddin berkata, Bersih mesti memohon permit polis sekiranya mahu mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium.

Selain itu, katanya, mereka juga tidak harus meletakkan sebarang syarat kepada kerajaan.

"Keputusan untuk pergi ke stadium merupakan suatu pilihan yang rasional tetapi janganlah pula letak syarat-syarat lain seperti tak mahu memohon permit, hendak pilih stadium dan sebagainya.

"Kita tidak boleh pertimbangkan (syarat-syarat ini) sekarang kerana ia mesti bergantung kepada permohonan mereka, lagi cepat mereka memohon lagi cepat polis boleh memproses," katanya.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, perhimpunan akan dibenarkan di stadium sekiranya pihak penganjur memenuhi semua kriteria permohonan.

"Jika permohonan diluluskan maka mereka boleh berhimpun dan menjalankan aktiviti selagi (ketenteraman) orang ramai tidak terjejas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM rasmi Hari Koperasi Negara 9 Julai

Posted:

PM rasmi Hari Koperasi Negara 9 Julai

PM rasmi Hari Koperasi Negara 9 Julai

KUALA LUMPUR 6 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan sambutan terbesar Hari Koperasi Negara (HKN) 2011 yang dijangka disertai lebih 10,000 pengunjung di Putrajaya, pada Sabtu ini.

Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) bertemakan 'Transformasi Koperasi Menjana Ekonomi Rakyat' selama tiga hari bermula Jumaat ini, akan diadakan di Medan Letak Kereta, Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya.

Jurucakap Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkata, perasmian Hari Koperasi Negara kali ke-10 itu dijangka akan bermula pukul 9 pagi.

Katanya, bertepatan dengan tema sambutan tahun ini, pengisian program dan acara akan lebih menjurus kepada usaha gigih kerajaan mentransformasikan koperasi melalui Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020.

''Ia bertujuan merubah landskap sektor koperasi yang selama ini dianggap hanya sebagai gerakan perniagaan dan perkhidmatan luar bandar,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya lagi, lebih 300 buah koperasi dan usahawan akan terlibat dalam acara jualan dan pameran selama tiga hari ia berlangsung.

Jurucakap itu berkata, sempena HKN yang bermula 8 pagi hingga 10 malam itu, pelbagai acara disediakan antaranya pertandingan makan durian, karaoke, motosikal klasik dan berkuasa tinggi, kereta mewah serta acara sukan tradisional yang dibuka untuk penyertaan orang ramai.

Selain itu terdapat acara senaman poco-poco bersama artis antaranya Dafi AF5, Sixth Sense, Tilu Band, Adam & V.I.P serta Deejay Ikhwan Hot FM.

Bagi pengisian program keagamaan, kata jurucakap itu, Forum Perdana Ehwal Islam diadakan dengan menampilkan ahli panel terdiri daripada Datuk Dr. Md. Fadzilah Kamsah, Badlishah Alauddin dengan moderator Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved