Khamis, 7 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Rokiah handal jerat helang

Posted:

Rokiah handal jerat helang

Rokiah handal jerat helang

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


ROKIAH Bakar memegang burung helang yang ditangkapnya ketika ditemui di rumahnya di Pantai Air Papan, Mersing, baru-baru ini.


MERSING 6 Julai - Burung helang tidak seperti kebanyakan unggas lain yang mudah ditangkap. Sifatnya sebagai burung pemangsa menyebabkan hanya penjerat yang benar-benar pakar dan memiliki ilmu serta petua boleh menangkapnya.

Namun, segagah dan sekuat manapun helang itu akhirnya ia 'tunduk' juga terutama apabila dicabar oleh seorang wanita bernama Rokiah Bakar, 55.

Nama Rokiah tidak asing khususnya di Pantai Air Papan, dekat sini kerana kepakarannya menangkap burung helang.

Lebih mengagumkan, Rokiah tidak pernah gagal walaupun sekali setiap kali keluar untuk menangkap burung helang sama ada di dalam hutan, pesisiran pantai atau di tengah laut.

Hingga kini, lebih 40 ekor burung helang pelbagai jenis termasuk helang hutan dan helang laut berjaya ditangkap.

Rokiah memberitahu, dia mula menangkap burung helang sejak 10 tahun lalu dengan berbekalkan sedikit ilmu dan petua selain kemahirannya memasang racip.

"Menangkap burung helang ini bukannya seperti menangkap burung biasa kerana helang biasanya berlegar-legar di udara dan tidak akan turun ke tanah tanpa sebab.

"Selain itu, untuk menangkap burung helang ini ada masanya dan saya kebiasaannya hanya akan menangkap burung tersebut antara pukul 9 hingga 10 pagi," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Rokiah berkata, pengalaman mengikut bapanya masuk ke dalam hutan berhampiran rumah mereka di Tanjung Resang, Mersing semasa kecil ternyata memberi kelebihan untuk menjinakkan haiwan tersebut.

Ini kerana kawasan hutan yang pernah menjadi 'tempat permainannya' suatu ketika dahulu kini menjadi tempatnya apabila hendak menangkap helang hutan.

Berbeza pula apabila mahu menangkap helang 'winston', tempat yang kebiasaannya helang jenis itu boleh didapati adalah di kawasan pesisiran pantai.

Untuk menangkap helang laut tidak menjadi masalah kepadanya kerana dia merupakan seorang nelayan sentiasa mencari rezeki di laut dan sempat mencuri masa untuk menangkap helang tersebut.

"Nak menangkap helang ini memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa helang itu turun untuk memakan umpan yang diletakkan pada racip.

"Berdasarkan pengalaman, helang jenis Winston adalah paling sukar untuk ditangkap berbanding helang laut dan hutan," katanya.

Kebolehan Rokiah akhirnya mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk kerabat diraja yang mahu mendapatkan burung helang peliharaan.

Bagaimanapun, dia tidak pernah menjual burung helang yang ditangkapnya itu selain akan melepaskannya apabila tiba waktunya.

Kini, Rokiah tidak lagi menangkap burung helang seperti dahulu kerana ketiadaan waktu memandangkan dia terpaksa mencari rezeki di laut ekoran keadaan suaminya, Wan Musa Wan Mustafa, 61, yang uzur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga anak warisi kepakaran tangkap helang

Posted:

Tiga anak warisi kepakaran tangkap helang

Tiga anak warisi kepakaran tangkap helang


ROKIAH Bakar dan Wan Mohd. Taufik Wan Musa bersama dua ekor helang yang berjaya ditangkap.


MERSING 6 Julai - Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan amat sesuai dengan kisah kehebatan Rokiah Bakar apabila kepakarannya menangkap burung helang itu turut diwarisi oleh tiga anak lelakinya iaitu Wan Mohd. Taufik Wan Musa, 38; Wan Mohd. Safri, 37; dan Wan Mohd. Zaki, 32.

Tiga anak lelaki daripada 10 beradik itu boleh dikatakan mahir menangkap burung helang kerana selalu mengikut ibu mereka menangkap burung tersebut sebelum ini.

Rokiah memberitahu, anak sulungnya, Wan Mohd. Taufik paling berpengalaman kerana dia juga seorang nelayan dan menghabiskan banyak masa dengannya.

"Kadangkala bila kami turun ke laut untuk menangkap ikan, saya akan menangkap burung helang tersebut dan dari situlah anak-anak saya mendapat kemahiran tersebut.

"Bagaimanapun, saya tidak memaksa mereka untuk memiliki kemahiran tersebut cuma mungkin sudah darah daging kami," katanya.

Wan Mohd. Taufik pula berkata, kebiasaannya dia akan menyediakan umpan dan racip setiap kali hendak membantu ibunya menangkap burung helang.

Menurutnya, umpan yang biasanya digunakan adalah daging ikan selain daging ayam kerana kedua-duanya itu merupakan makanan kegemaran burung helang.

Meskipun memiliki kemahiran tersebut, Wan Mohd. Taufik tidak serius untuk menangkap burung helang kerana kesibukannya mencari rezeki setiap hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved