Khamis, 7 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pokok mati ancam pengguna jalan

Posted:

Pokok mati ancam pengguna jalan

Pokok mati ancam pengguna jalan

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


KEADAAN pokok mati yang sudah kering mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya sekiranya ia tumbang dan jatuh ke atas kenderaan di Jalan Lui Muda, baru-baru ini.


JEMPOL 6 Julai - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta menyegerakan penebangan pokok serta dahan reput sepanjang jalan raya di sekitar kawasan Felda Lui Muda, dekat sini kerana dikhuatiri mengundang kecelakaan kepada orang ramai yang menggunakan laluan tersebut.

Kebimbangan orang ramai itu semakin memuncak terutamanya ketika hujan lebat serta angin bertiup kencang di kawasan berkenaan kerana dahan mereput itu boleh jatuh di atas jalan sehingga mampu menjuruskan kepada kemalangan.

Menurut seorang pengguna jalan raya, Othman Baharin, 59, senario itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan sekali gus menyebabkan kecederaan dan maut.

''Kadang-kadang kita bimbang kerana kawasan ini banyak pokok yang sudah tua dan mereput. Jika ia tumbang atau jatuh ke atas jalan raya, nahas akan berlaku.

''Ia bukan sahaja mampu mencemarkan imej kawasan ini, malah, masalah ini membuatkan penduduk berhampiran bimbang untuk memandu terutamanya ketika waktu hujan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dia berharap agar pihak PBT dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera demi menjamin keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya di laluan terbabit.

Bagi Mohd. Nor Ujud, 52, setiap kali menggunakan laluan tersebut untuk ke Bandar Seri Jempol, dia perlu lebih berhati-hati selain mengelakkan dahan jatuh di atas jalan.

''Keadaan ini amat membahayakan, lebih-lebih lagi macam saya yang sering menunggang motosikal," tegasnya.

Seorang pengguna jalan terbabit, Ahmad Faiz Rashid, 28, berharap pihak berkenaan peka serta mengambil langkah awal bagi menangani masalah itu yang bakal mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

''Perkara seperti ini tidak boleh dipandang remeh apatah lagi pokok tersebut sudah tua dan dahannya boleh patah bila-bila masa saja.

''Jangan tunggu sehingga ada yang terkorban kerana dihempap dahan atau pokok yang tumbang, baru hendak ambil tindakan," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum dengan perkara itu dan akan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.

''Saya telah panjangkan masalah ini dalam mesyuarat tindakan pembangunan daerah baru-baru ini dan akan pastikan pihak berkenaan menyelenggara segera kawasan yang telah dikenal pasti.

''Ini bukan masalah kecil kerana ia membabitkan keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beli input tani swasta dikesali

Posted:

Beli input tani swasta dikesali

Beli input tani swasta dikesali

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN ahli pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-34 Lembaga Pertubuhan Peladang di Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 6 Julai - Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Melaka (LPPNM) kecewa dengan sikap sebahagian daripada kira-kira 17,000 ahlinya di negeri ini yang lebih gemar membeli input pertanian daripada pihak swasta berbanding Kedai Input Peladang.

Pengarahnya, Sulaiman Embung berkata, ia menyebabkan semua Kedai Peladang yang terdapat di lima kawasan di negeri ini tidak mencapai jualan tahunan yang disasarkan sebanyak RM1 juta.

"Kita harap supaya ahli-ahli dapat beli keperluan pertanian mereka seperti baja, racun dan peralatan pertanian di kedai-kedai input peladang di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai tanda sokongan mereka.

"Jangan jadikan harga yang mahal 10 sen atau 20 sen berbanding swasta sebagai alasan kerana ahli perlu tahu mereka ada saham di kedai ini yang akan dibayar dalam bentuk dividen," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-34 di Hotel Belia Sedunia, Ayer Keroh. Perasmian disempurnakan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Zainal Dahalan.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, LPPNM akan terus memastikan kesemua lima Kedai Input Peladang negeri masing-masing terletak di Merlimau, Jasin, Malim, Alor Gajah dan Masjid Tanah mempunyai barangan yang cukup untuk keperluan petani.

"Kita juga akan pastikan barangan keperluan yang cukup di kedai-kedai ini supaya ahli tidak menjadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk membeli dengan pihak swasta," katanya.

Pada majlis itu, PPNM turut menjelaskan zakat perniagaan sebanyak RM7,875.80 kepada wakil daripada Pusat Zakat Melaka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek pembangunan bertingkat gagal patuhi syarat

Posted:

Projek pembangunan bertingkat gagal patuhi syarat

Projek pembangunan bertingkat gagal patuhi syarat

MELAKA 6 Julai – Semua projek pembangunan bertingkat di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) didapati masih gagal memenuhi syarat-syarat kelulusan bangunan seperti ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Ketua Ahli Majlis MBMB, Mohd. Yusof Abu Hasan berkata, antara syarat yang gagal dipatuhi ialah mendirikan penghadang yang kukuh setinggi 3.6 meter antara laluan awam dan tapak projek.

Syarat lain yang tidak dipatuhi katanya, tidak memasang jaring pada projek bangunan bertingkat sebagai langkah keselamatan kepada pekerja dan orang awam sekiranya objek binaan terjatuh dan menyediakan rumah kongsi yang teratur untuk pekerja.

"Semua kesalahan itu terus berlaku sehingga hari ini kerana semua pemaju hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan penjagaan alam sekitar dan keselamatan yang boleh membahayakan orang ramai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu meninjau satu projek membina sebuah hotel butik lima tingkat di Melaka Raya yang tidak memenuhi syarat kelulusan bangunan yang ditetapkan MBMB.

Menurut beliau, antara syarat yang gagal dipatuhi pemaju tersebut ialah membuang sampah binaan di tempat yang tidak sepatutnya, tidak mempunyai penghadang setinggi 3.6 meter jaring keselamatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Unit Penguatkuasaan Kawalan Bangunan MBMB mengenakan tindakan tegas kepada pemaju yang gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan PBT itu.

"Memang kita sudah beberapa kali mengenakan kompaun antara RM250 hingga RM500 bagi setiap kesalahan, namun cara tersebut didapati kurang berkesan untuk memberi kesedaran kepada pemaju yang melakukan kesalahan.

"Pihak berkaitan perlu melihat bentuk undang-undang lain yang boleh dikenakan seperti mengarahkan projek dihentikan serta merta sehingga pemaju memenuhi semua syarat kelulusan bangunan yang ditetapkan," katanya.

Tambahnya, kedegilan pemaju memenuhi syarat tersebut secara tidak langsung akan menjejaskan imej Melaka sebagai negeri maju di kalangan pelancong dari dalam dan luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved