Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


DBKL ceriakan ibu tunggal

Posted:

DBKL ceriakan ibu tunggal

DBKL ceriakan ibu tunggal

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


KEceriaan jelas terpancar pada wajah Aishah Abdullah ketika menunjukkan rumahnya yang sudah dibaiki oleh DBKL ketika ditemui di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 6 Julai – Seorang ibu tunggal yang kecewa kerana diberikan rumah yang rosak teruk dan tidak sesuai didiami tidak pernah menyangka akan mendapat khabar gembira tentang rumahnya itu dalam waktu yang singkat.

Mengikut jangkaannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mungkin memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk membaiki rumah itu kerana banyak kerosakan berlaku.

Namun, tanpa disangka-sangka, dalam masa hanya seminggu selepas kisah rumahnya itu disiarkan oleh Utusan Malaysia, dia yang mahu dikenali sebagai Aishah Abdullah, 42, mendapat panggilan daripada seorang pegawai Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL.

Pegawai itu memaklumkan bahawa rumahnya sudah siap diperbaiki dan sedia diduduki.

Bagi Aishah, panggilan yang diterimanya itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan dan umpama magis, segala masalah yang bersarang di kepalanya hilang dalam sekelip mata.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu kerana masih sukar untuk percaya rumah itu sudah siap diperbaiki sedangkan seminggu sebelum itu, rumah itu sangat teruk," katanya ketika ditemui di sini.

Setelah mengambil kunci dan melihat sendiri keadaan rumah itu, dia sangat bersyukur kerana rumah itu merupakan anugerah yang tidak ternilai kepadanya, malah memberi harapan dan cahaya baru dalam hidupnya.

Ketika ditemui, dia sudah lebih dua minggu menduduki rumah tersebut tetapi wajah ceria dan kegembiraan masih jelas terpancar ketika menceritakan kisahnya itu kepada Utusan Malaysia.

"Syukur kepada Allah SWT dan terima kasih yang tidak terhingga kepada DBKL khususnya Jabatan Pengurusan Perumahan kerana telah merealisasikan impian saya selama ini," ujar sambil tersenyum lebar.

Pada 6 Jun lalu, Utusan Malaysia menyiarkan rasa kecewa ibu tunggal itu kerana mendapati rumah yang ditawar oleh DBKL kepadanya rosak teruk dan tidak sesuai diduduki.

Selain keadaan rumah tersebut yang sangat kotor dan banyak peralatan yang hilang, bekalan elektrik dan air juga sudah dipotong.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan rumah ibu tunggal itu sangat berbeza daripada keadaan sebelumnya dan sudah dilengkapi dengan beberapa barangan seperti dapur, meja makan dan televisyen.

"Saya kini tinggal bersama anak sulung yang kebetulan masih dalam cuti pengajian manakala tiga anak yang lain hanya datang pada hujung minggu," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes Aishah dikategori kecemasan

Posted:

Kes Aishah dikategori kecemasan

Kes Aishah dikategori kecemasan

KUALA LUMPUR 6 Julai - Kes rumah rosak teruk yang dialami oleh ibu tunggal, Aishah Abdullah dikategorikan sebagai kes kecemasan dan memerlukan kerja-kerja baik pulih disegerakan.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sukiman Surahman berkata, perkara itu diputuskan selepas pihaknya menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima.

Sehubungan itu, katanya, kerja-kerja baik pulih melibatkan pendawaian elektrik dan air serta mengecat terus dilakukan oleh 'flying squad' dan hanya mengambil masa kurang seminggu untuk disiapkan.

"Apa yang diharapkan dia dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa bersama anak-anaknya, menjaga rumah itu dan lebih penting mematuhi syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebagai penyewa," ujarnya.

Mengikut prosedur, DBKL biasanya memerlukan tempoh dua hingga tiga minggu untuk membaiki rumah-rumah yang rosak sebelum penyewa boleh mula berpindah masuk.

"Bagaimanapun, disebabkan kesemua 36 kontraktor DBKL telah tamat kontrak pada Disember tahun lalu, berlaku kelewatan dalam membaik pulih rumah berkenaan.

"Kini, Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Pentadbiran masih dalam proses melantik kontraktor baru dan kerja-kerja baik pulih hanya boleh dijalankan selepas kontraktor dilantik,'' ujar Sukiman.

Pada masa ini, terdapat lebih 2,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang ditawarkan kepada orang ramai masih tidak sesuai didiami kerana rosak teruk.

Kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mencuri beberapa peralatan seperti wayar, sinki dan meter air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaunter aduan khas diwujud

Posted:

Kaunter aduan khas diwujud

Kaunter aduan khas diwujud

Oleh Roslah Othman
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Julai - Kaunter aduan khusus untuk penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) akan dilancarkan pada 17 Julai ini.

Dikenali sebagai Klinik Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 200,000 penduduk di 25 PPR dan PA di ibu negara.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, satu pangkalan data khas bagi mengemas kini senarai penghuni di kawasan perumahan berkenaan juga akan diwujudkan dalam masa kira-kira tiga bulan.

Menurutnya, dengan cara itu, bukan sahaja maklumat terkini penghuni dapat dikumpul tetapi pada sama mengenal pasti sebarang masalah serta keperluan penduduk terlibat.

"Buat permulaan, PPR Desa Tun Razak dipilih sebagai lokasi pertama penubuhan klinik itu dan saya sendiri akan melancarkannya sebelum siri penjelajahan diteruskan ke PPR dan PA yang lain," ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat penubuhan klinik berkenaan di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Amin Nordin Abdul Aziz.

Saravanan menjelaskan, klinik itu akan digunakan oleh agensi kerajaan seperti DBKL dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menemui penduduk secara langsung, selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemas kini data pengundi.

"Saya juga akan cuba berada di setiap klinik secara bergilir-gilir untuk bertemu dan mendengar masalah penghuni pada setiap hari Ahad bermula pukul 10 hingga 2 petang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved