Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Jepun tawar UTM geran RM7.8 juta

Posted:

Jepun tawar UTM geran RM7.8 juta

Jepun tawar UTM geran RM7.8 juta

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 5 Julai - Kerajaan Jepun menawarkan geran penyelidikan berjumlah RM7.8 juta kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menjalankan penyelidikan dan membangunkan masyarakat rendah karbon di Iskandar Malaysia dan rantau ini.

Ketua Penyelidik projek berkenaan, Dr. Ho Chin Seong berkata, UTM akan mengetuai penyelidikan tersebut dengan kerjasama pasukan saintis alam sekitar dan penyelidik dari Universiti Kyoto, Insitut Pengajian Alam Sekitar Jepun (NIES), dan Universiti Okayama selain pegawai Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Beliau berkata, selain menjalankan penyelidikan dan membangunkan model masyarakat yang rendah karbon di Iskandar Malaysia yang kini giat berkembang, universiti berkenaan juga akan menjadi hab kajian rendah karbon bagi negara di rantau Asia.

"Antara tujuan penyelidikan untuk menentukan jumlah penggunaan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida di Iskandar Malaysia.

"Selain itu, ia juga bagi memupuk kesedaran kepada kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pihak berkepentingan dan masyarakat untuk mewujudkan sebuah negara maju tanpa perlu merosakkan alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Simposium dan Bengkel Rendah Karbon Asia di Hotel Puteri Pacific di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong; Pesuruhjaya Persekutuan IRDA, Datuk Datuk Benjamin Hasbie dan wakil NIES, Universiti Kyoto dan Universiti Okoyama.

Simposium dan bengkel yang dihadiri 110 peserta termasuk dari Jepun, Korea, Indonesia dan Vietnam itu merupakan anjuran bersama UTM, IRDA, NIES, Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST) dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

Ia dianjurkan sempena pelancaran masyarakat rendan karbon (LCS) di Iskandar Malaysia yang bertujuan menggalakkan dialog antara penggubal dasar dan penyelidik serta mewujudkan rangkaian untuk membantu peningkatan kapasiti bagi menggalakkan dasar rendah karbon di negara Asia.

Chin Seong berkata, hasil penyelidikan tersebut kelak akan memberi manfaat sepenuhnya kepada kelestarian alam sekitar bukan hanya di Iskandar Malaysia, malah di seluruh rantau ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SECOM 2011 medan uji H-11

Posted:

SECOM 2011 medan uji H-11

SECOM 2011 medan uji H-11


Zaini Ujang menguji H-11 sambil diperhati oleh Pakharuddin Mohd. Samin (dua dari kiri) pada majlis pelancaran kenderaan mesra alam tersebut di UTM, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 5 Julai - Sempena pertandingan Shell Eco-Marathon (SECOM) 2011 peringkat Asia yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang bermula esok hingga Sabtu ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil peluang untuk menguji 'kehebatan' kereta mesra alam, H-11.

Kenderaan yang dihasilkan Persatuan Kejuruteraan Automotif (SAE) UTM yang dianggotai 22 mahasiswa dalam bidang kejuruteraan, automotif, pengurusan mekanikal dan industri dan menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, UTM mengambil masa setahun untuk menjalankan kajian terhadap enjin sama ada untuk menggunakan sel minyak atau hidrogen sebagai bahan bakar.

"Pertandingan ini lebih kepada pertandingan menghasilkan kederaan yang mesra alam sekitar dan bukan dinilai dari sudut kelajuan sesuatu kenderaan.

"Ia juga dinilai penggunaan mencari sumber alternatif bagi menggantikan bahan bakar yang sedia ada," katanya selepas melancarkan dua kenderaan itu di sini, semalam.

Kenderaan dengan berat 190 kilogram itu menggunakan bahan gentian kaca dan polikarbonat di bahagian badannya dengan kos keseluruhan RM70,000.

Sementara itu, Penasihat Akademik SAE, Prof. Madya Pakharuddin Mohd. Samin berkata, UTM akan menghantar tiga pasukan iaitu dua daripada UTM Kampus Skudai dan satu daripada UTM Kampus Kuala Lumpur yang akan berentap bersama 129 kumpulan dari seluruh Asia.

"Selain H-11 yang bertanding dalam kategori Konsep Urban, kami juga menyertai kategori Prototaip dengan menggunakan Claria V3, sebuah kenderaan roda tiga yang menggunakan gasolin sebagai bahan bakar. UTM juga memberikan peruntukan sebanyak RM140,000 bagi tujuan penyediaan dua kenderaan tersebut.," katanya lagi.

Pakharuddin berkata, SAE menghasilkan kenderaan dengan reka bentuk menarik dan mencapai objektif iaitu menggunakan peralatan yang mempunyai berat minimum bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar.

"Pemenang pertandingan itu akan ditentukan mengikut jarak yang mampu dicapai bagi setiap kenderaan dengan penggunaan satu kilogram hidrogen. Sasaran yang ingin dioptimumkan pasukan UTM catatan 700 kilometer, di mana rekod sedia ada kini ialah 635 kilometer," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved