Rabu, 6 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


MCA pertikai tindakan Selangor salur RM15,000 kepada Bersih

Posted:

MCA pertikai tindakan Selangor salur RM15,000 kepada Bersih

MCA pertikai tindakan Selangor salur RM15,000 kepada Bersih

KUALA LUMPUR 6 Julai - MCA Bahagian Ampang hari ini mempertikaikan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalurkan dana RM15,000 kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini untuk mengadakan perhimpunan haram.

Ketuanya, Low Kim Mang berkata, tindakan Abdul Khalid menggunakan wang rakyat untuk kepentingan parti seolah-olah menggambarkan beliau seorang diktator.

Menurutnya, wang yang disalurkan kepada pertubuhan haram itu seharusnya digunakan untuk membaik pulih masalah jalan dan perumahan di negeri tersebut.

"Duit rakyat seharusnya dipulangkan kepada rakyat, bukan digunakan untuk kepentingan politik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kim Mang turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang langsung tidak mempedulikan masalah penduduk Ampang.

Katanya, masalah kehilangan penutup lubang longkang berhampiran Dewan Komuniti Pekan Ampang yang sudah berlarutan lebih sebulan, langsung tidak diendah.

Menurutnya, lubang besar seluas tayar kereta itu mengundang risiko kepada pengguna jalan raya terutama penghuni di sekitar kawasan tersebut.

Tambahnya, keadaan itu juga membahayakan pemandu yang meletakkan kenderaan di tepi jalan berkenaan terutama pada waktu malam kerana lubang sukar dilihat ekoran kerosakan lampu jalan sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, melihat pada saiz lubang longkang yang terdedah itu, ia bukan sahaja boleh menyebabkan orang dewasa terjatuh ke dalamnya tetapi juga boleh mengakibatkan tayar kenderaan terperosok.

"Mereka yang sering ke kawasan itu mungkin mengetahui tentang ketiadaan penutup lubang longkang tetapi bagi mereka yang jarang ke situ, mereka berisiko untuk terjatuh ke dalam longkang," katanya.

Sehubungan itu, beberapa wakil penduduk berhimpun secara aman sambil menunjukkan risalah tertulis 'Jangan bersembunyi di belakang, datang depan dengar masalah rakyat, Ahli Majlis kamu di mana dan apakah kerajaan pembangkang sedar lubang ini boleh membahayakan nyawa'.

Kim Mang juga memberitahu, sudah tiga tahun pakatan pembangkang merampas Selangor tetapi penduduk tidak pernah melihat kelibat wakil rakyat dan ahli majlis kerajaan tempatan di kawasan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar wajar dikenakan tindakan undang-undang

Posted:

Anwar wajar dikenakan tindakan undang-undang

Anwar wajar dikenakan tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR 6 Julai - Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat laporan palsu berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan dirinya dengan pelacur dari China.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah (gambar) berkata, membuat laporan palsu di balai polis adalah salah di sisi undang-undang negara dan pihak yang bertanggungjawab melakukannya perlu dikenakan tindakan.

"Kami mahu pihak polis dan juga Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan segera terhadap Anwar kerana membuat laporan palsu. Ia merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan Anwar sepatutnya dihukum.

"Kami juga mahukan Karpal Singh dan Ambiga (Datuk S. Ambiga) yang merupakan 'pakar undang-undang' di negara ini untuk menjelaskan bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap Anwar," katanya.

Penjelasan daripada kedua-duanya adalah penting bagi memastikan bahawa 'pemahaman' mereka terhadap undang-undang adalah demi keadilan negara dan bukannya untuk kepentingan diri serta konco-konconya sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan salah seorang trio 'Datuk T', Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik supaya pihak polis serta Jabatan Peguam Negara menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar pada 28 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menafikan penglibatannya dalam rakaman video berkenaan.

Sedangkan, kata Abdul Rahim, bukti daripada laporan forensik oleh dua pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa individu dalam rakaman tersebut adalah 99.9 peratus menyamai Anwar.

Abdul Rahim serta dua lagi trio 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 24 Jun lalu atas tuduhan menayangkan adegan hubungan seksual antara seorang lelaki yang dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan Cina.

Kejadian tersebut didakwa dilakukan di antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, pada 21 Mac lalu di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, di sini.

Melalui fakta kes yang dibentangkan ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu dua pakar dari AS itu, Profesor Hany Farid serta Profesor Lorenzo Torresani telah menjalankan analisis ke atas rakaman video berkenaan dan mendapati bahawa rakaman tersebut adalah tulen iaitu tidak ada sebarang tampering (diubah-ubah) atau superimpose (pertindihan imej) dilakukan.

Analisis pengecaman wajah oleh kedua-dua pakar tersebut terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video itu juga mendapati ia menyerupai Anwar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved