Sabtu, 11 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Rokok harga murah dikesan

Posted:

Rokok harga murah dikesan

Rokok harga murah dikesan

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

PARIT 10 Jun - Kerajaan negeri bimbang dengan tindakan sesetengah pengilang yang didakwa memaksa penjual menjual rokok dengan harga murah kerana ia boleh menggagalkan usaha menghentikan tabiat merokok di kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, tindakan itu dilakukan pengilang dengan memberi 'subsidi' kepada penjual rokok keluaran mereka.

"Mereka (pengilang) memaksa penjual menjual rokok dengan harga murah berbanding dengan yang ditetapkan kerajaan untuk mengaut keuntungan, sebaliknya ia membahayakan kesihatan pengguna," katanya.

Beliau menjelaskan demikian selepas merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat negeri di Dewan Seminar Undercroft Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Hang Soon berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pengilang dan penjual terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

"Tindakan tegas ini merupakan usaha kerajaan bagi mengurangkan bilangan perokok tegar di negeri ini. Sejumlah RM3 juta dibelanjakan perokok setiap hari di negeri ini," ujarnya.

Kata beliau, golongan remaja paling ramai merokok iaitu 45 hingga 50 peratus manakala golongan wanita yang merokok bertambah dari empat peratus kepada lapan peratus.

"Pertambahan golongan tersebut membimbangkan kerajaan kerana bagi wanita mengandung, merokok boleh membahayakan janin," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhenti merokok demi memastikan gaya hidup yang sihat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua ditahan pancing ikan di taman laut

Posted:

Dua ditahan pancing ikan di taman laut

Dua ditahan pancing ikan di taman laut


Mohd. Nizam Ismail (dua kiri) bersama kakitangannya menunjukkan ikan yang di rampas di Kedah, semalam.


ALOR SETAR 10 Jun - Dua pemancing ditahan oleh pegawai Jabatan Taman Laut negeri di sini hari ini kerana didapati memancing ikan di kawasan Taman Laut Pulau Segantang, Pulau Langkawi yang merupakan kawasan larangan memancing ikan sejak 1989.

Pengarah Jabatan Taman Laut Kedah, Mohd. Nizam Ismail berkata, mereka ditahan ketika berada di kawasan 0.4 batu nautika dari Pulau Segantang kira-kira pukul 7 pagi.

"Pihak kami telah menjalankan intipan di kawasan Taman Laut Pulau Payar, Pulau Segantang dan pulau-pulau berhampiran yang menjadi kawasan larangan menangkap ikan, sejak dua hari lalu.

"Ketika bot kami menghampiri sampan pemancing ini, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan," katanya di pejabat Jabatan Taman Laut Kedah hari ini.

Menurut beliau, mereka didapati menangkap lima ekor ikan kerapu, seekor ikan merah, empat ekor jenahak dan seekor ikan alu-alu dengan nilai keseluruhan RM500.

"Pemancing memang memilih ikan jenis gred A iaitu kerapu dan jenahak untuk dipancing kerana harga pasarannya tinggi. Namun, mereka tidak sedar perbuatan itu mengganggu ekosistem di kawasan terumbu karang kerana ikan kerapu adalah pemangsa yang berada di atas piramid makanan di dalam kawasan terumbu karang," jelasnya.

Mohd. Nizam memberitahu, sejak Januari hingga Jun tahun ini, 34 orang ditahan kerana didapati menceroboh kawasan Taman Laut Pulau Payar.

"Mereka beri alasan tidak tahu kawasan ini adalah kawasan larangan menangkap ikan, namun ia tidak boleh diterima. Ini kerana sebelum mereka mendapat lesen memancing, mereka telah dimaklumkan mengenai perkara ini terlebih dahulu," katanya.

Tambah beliau, pemancing yang didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 41(1) Akta Perikanan 1985 dan boleh didenda minimum RM500 atau maksimum RM2,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sampah: Penduduk berang MPSP lepas tangan

Posted:

Sampah: Penduduk berang MPSP lepas tangan

Sampah: Penduduk berang MPSP lepas tangan

NIBONG TEBAL 10 Jun - Penduduk Pangsapuri Mutiara Jaya dekat Bandar Tasek Mutiara di sini makin hilang sabar ekoran sikap 'lepas tangan' Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berhubung pelbagai masalah yang dihadapi mereka.

Sudah hampir setahun, penduduk pangsapuri itu menderita ekoran masalah sampah yang menimbun gara-gara tong sampah tidak mencukupi, gangguan anjing liar, lembu berkeliaran serta ketiadaan dewan untuk menjalankan sebarang aktiviti kemasyarakatan.

Menurut Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pangsapuri itu, Harun Zakaria, 39, dia telah beberapa kali membuat aduan serta menghantar surat kepada MPSP berhubung perkara itu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan sewajarnya diambil.

Katanya, MPSP umpama tidak mengendahkan dengan aduan tersebut alah jawapan yang diterima apabila diajukan masalah tong sampah juga amat mengecewakan.

"Selepas beberapa kali menghantar surat termasuk dengan gambar keadaan sampah yang menimbun di tempat pembuangan ini, MPSP hanya menjawab tiada peruntukan untuk membeli tong sampah baru di kawasan ini.

"Malah mereka juga bagaikan menuding jari kepada pihak pemaju kawasan ini yang didakwa sepatutnya menyediakan tong sampah dan bukannya pihak MPSP," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Harun, kontraktor yang mengutip sampah juga sering membiarkan sampah di luar tong menyebabkan ia dipenuhi lalat serta menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Lebih memburukkan keadaan, peniaga pasar malam di Taman Puteri Gunung di hadapan pangsapuri ini turut datang membuang sampah di kawasan ini," jelasnya.

Pendapat sama diakui ahli jawatankuasa KRT itu, Khairul Azman Abdul Manan, 33, yang memaklumkan masalah anjing liar berkeliaran di kawasan tersebut pada waktu malam juga semakin membimbangkan.

Menurutnya, terdapat beberapa kejadian kanak-kanak dikejar oleh haiwan berkenaan selain pernah berlaku kes seorang warga emas digigit anjing liar yang berkeliaran.

"Selain itu kawasan flat ini juga menjadi lokasi lembu berkeliaran menyebabkan tahi lembu bertaburan di jalan raya serta padang permainan.

"Pemilik lembu ini pula bagaikan kebal daripada tindakan MPSP apabila berani bertengkar dengan kami apabila ditegur supaya tidak membiarkan lembunya berkeliaran di kawasan flat," katanya.

Sementara itu bagi Nashif Ruzi, 34, MPSP perlu lebih prihatin dengan nasib penduduk serta mendengar rintihan mereka yang bagaikan tinggal di rumah setinggan dengan keadaan yang tidak terurus ini.

"Selama 11 tahun tinggal di flat ini, memang keadaan semakin hari semakin menyedihkan dengan masalah yang dihadapi dan kami bagaikan merempat di bumi sendiri," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved