Sabtu, 11 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Ejen politik pilihan raya masjid

Posted:

Ejen politik pilihan raya masjid

Ejen politik pilihan raya masjid

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

BUTTERWORTH 10 Jun - Kebimbangan banyak pihak berhubung anasir politik kepartian dalam pilihan raya masjid di Pulau Pinang ternyata berasas apabila kelibat 'ejen' parti politik tertentu sudah mula membayangi perjalanan pemilihan menjelang proses penamaan calon yang bermula esok.

Difahamkan, aktiviti lobi-melobi ejen parti politik dikesan sebaik sahaja Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pilihan raya berkenaan baru-baru ini.

Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff ketika mendedahkan perkara itu berkata, sudah ada gerakan secara aktif untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan tertentu menjelang pilihan raya itu kelak.

Menurutnya, senarai nama calon yang dihantar kepada pejabat tadbir agama juga dibuat secara berkumpulan-perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ada jawatankuasa kariah masjid menghubungi saya bahawa mereka ada hantar salinan nama-nama (calon) yang difikirkan layak, tetapi kemudian ada orang politik membuat senarai lain dan dihantar kepada pejabat tadbir agama.

"Sudah nampak 'perlumbaan' untuk menjadi calon, pihak yang menghantar ini pula orang politik. Bayangkan kalau setiap kumpulan ada senarai sendiri, tidakkah ia akan mengundang pergeseran nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mohd. Yussof berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar pergolakan dalam beberapa jawatankuasa masjid di Pulau Pinang ketika pemilihan secara terbuka dibuat pada sekitar awal 1990-an.

Ketika itu, katanya, pemilihan berlangsung tegang kerana prosedur yang lemah sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.

"Sebab itu kaedah tersebut diubah dan digantikan dengan sistem pemilihan yang dilaksanakan pada masa ini. Kekecohan tidak mustahil boleh berulang, malah mungkin lebih teruk kerana prosedur pemilihan kali ini juga sangat longgar.

"Saya minta tolong, jangan untuk mentadbir rumah Allah pun kita nak bertelagah apatah lagi kerana politik. Cukup-cukuplah kita berpecah, jangan bawa sampai ke masjid. Mari cari jalan yang lebih sesuai demi kepentingan bersama," ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd. Yussof berkata, persatuan itu akan mengadakan mesyuarat tergempar Rabu depan bersama kepimpinan kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MAIPP jangan hanya ikut telunjuk

Posted:

MAIPP jangan hanya ikut telunjuk

MAIPP jangan hanya ikut telunjuk

PULAU PINANG 10 Jun - Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) perlu mempunyai pendirian dan ketetapan sendiri mengenai pilihan raya masjid yang dijadualkan diadakan pada pertengahan bulan ini dan bukan hanya melaksanakannya seperti diarahkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sikap tegas dan tidak mengikut telunjuk perlu ditunjukkan MAIPP supaya keyakinan masyarakat Islam di negeri ini terhadap peranan majlis agama itu tidak tergugat.

Jelas beliau, selaku badan yang menyelaras pentadbiran agama Islam, MAIPP perlu menolak dan memberi nasihat tentang perkara yang tidak betul dan bukan hanya mengikut arahan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim.

"MAIPP patut tahu apa yang perlu dilakukannya dalam isu pilihan raya masjid yang secara terang-terangan salah kerana dibuat tanpa merujuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam negeri terlebih dahulu.

"Jika majlis agama ini hanya akur dan tunduk dengan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang, saya rasa lebih baik MAIPP ditutup sahaja dan biarkan pemimpin negeri berbuat apa sahaja yang mereka suka. Sekarang ini pun mereka sudah memulakan tindakan ke arah itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia Isnin lalu mendedahkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatankuasa masjid mulai tahun ini-perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Menurut Aminah yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), tindakan MAIPP untuk meneruskan pemilihan itu seperti yang diarahkan adalah tidak betul kerana perkara berkaitan agama adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Saya cukup kesal dengan apa yang berlaku. Besar sangatkah kuasa Exco dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) berbanding Yang di-Pertuan Agong sampaikan MAIPP perlu mengikut telunjuk mereka.

"Kalau betul Kerajaan DAP Pulau Pinang berkuasa, saya cabar mereka supaya tidak menaikkan harga barang di negeri ini. Kalau boleh laksanakan barulah boleh tunjukkan kuasa.

"Baharu mentadbir sebuah negeri, DAP sudah berani membelakangkan kuasa Yang Di-pertuan Agong. Saya tidak tahu apa akan jadi jika mereka terus diberi kuasa pada masa depan," katanya,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelab Isteri Taat mahu cari publisiti

Posted:

Kelab Isteri Taat mahu cari publisiti

Kelab Isteri Taat mahu cari publisiti

KOTA BHARU 10 Jun - Kelab Isteri Taat hanya mahu mencari publisiti apabila mengeluarkan pelbagai kenyataan pelik seperti 'melayan suami seperti pelacur kelas pertama' dan 'isteri perlu berpakaian seksi' bagi menarik lebih ramai ahli.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, semua pihak perlu melihat secara mendalam siapa di sebalik penubuhan kelab tersebut kerana ia berpunca daripada isteri-isteri berpoligami di bawah sebuah pertubuhan, Global Ikhwan.

Beliau bimbang, kelab itu digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk mencapai kepentingan peribadi bagi berpoligami biarpun tidak berkemampuan.

"Pada saya, kenyataan yang dibuat oleh kelab ini bersifat populis seperti wanita berpakaian seksi, ia tidak perlu sebenarnya. Adakah seorang wanita akan bertudung labuh dan memakai sarung kaki jika di rumah. Kita semua tahu bagaimana cara berpakaian di rumah," katanya, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved