Sabtu, 11 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bakar aluminium secara terbuka

Posted:

Bakar aluminium secara terbuka

Bakar aluminium secara terbuka

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 10 Jun - Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) Negeri Johor membuat laporan polis terhadap sebuah kilang besi buruk di Kampung Puteri Menangis Laut, Benut, Pontian kerana melakukan pembakaran dan memasak aluminium secara terbuka.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemantau PPPM Johor, T. Saravanan di Balai Polis Pontian dekat sini kelmarin selepas menerima aduan orang ramai.

Menurut Saravanan, aduan mengenai aktiviti tersebut telah dibuat oleh penduduk kawasan berkenaan sejak 4 Jun lalu kepada PPPM ekoran timbul kebimbangan berhubung kesan ke atas manusia dan alam sekitar.

"Pihak kami telah memantau kilang tersebut sejak beberapa hari lalu, malah kami sudah bertemu dengan pemilik premis itu yang mempunyai bahagian simpanan barang dan tempat untuk membakar.

"Susulan daripada itu berdasarkan bukti dan hasil pemeriksaan yang kami buat, kita bertindak membuat laporan polis kelmarin," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sehubungan itu, PPPM menggesa pihak terlibat antaranya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Daerah Pontian dan polis mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis terbabit.

Sementara itu, Pemangku Pengarah JAS Negeri Johor, Mokthar Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat PPPM dan menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan susulan.

"Kita sudah terima dan pihak kami akan melakukan lawatan ke kilang terbabit untuk menjalankan siasatan sama ada berlaku pembakaran yang dilarang seperti sisa industri dan juga bahan elektronik.

"Mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu denda maksimum RM500,000 atau dan penjara tidak lebih 5 tahun," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk dakwa pembahagian tanah pertanian 688 ekar tidak adil

Posted:

Penduduk dakwa pembahagian tanah pertanian 688 ekar tidak adil

Penduduk dakwa pembahagian tanah pertanian 688 ekar tidak adil


SEBAHAGIAN penduduk DUN Sungai Balang berkumpul sambil menunjukkan memorandum untuk dihantar ke pejabat Menteri Besar Johor mengenai isu tanah di Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, Nusajaya, kelmarin


NUSAJAYA 10 Jun - Kira-kira 160 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, Muar, kecewa dengan tindakan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Muar berhubung pembahagian tanah pertanian seluas 688 hektar di kawasan berkenaan yang didakwa tidak adil.

Ekoran itu, kesemua penduduk bersepakat menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar di sini, dengan menaiki dua buah bas dan beberapa buah kereta.

Wakil Jawatankuasa Bertindak kumpulan berkenaan, Mohd. Fakarudin Paijalah, 29, berkata, tanah tersebut yang ditanam dengan kelapa sawit telah diteroka oleh kira-kira 300 penduduk daripada pelbagai kampung sejak 1976.

Menurutnya, tanah yang terletak dalam DUN Sungai Balang, Muar itu terletak di kawasan paya bakau dan mendapat kebenaran PTD Muar untuk dilakukan kerja-kerja meneroka.

"Saya terkilan kerana setelah hampir 35 tahun kami mengusahakan tanah berkenaan dari satu generasi ke generasi yang lain, ia akhirnya diberikan kepada orang lain.

"Orang kampung telah menggunakan kudrat mereka untuk menebang pokok dan menambak kawasan paya berkenaan bagi ditanam dengan kelapa sawit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Mohd. Fakarudin, ketika kerja-kerja meneroka selesai, generasi pertama yang membuka tanah berkenaan telah membuat permohonan kepada PTD, namun ditolak dan sejak itu permohonan berterusan dibuat dengan maklum balas serupa tanpa alasan munasabah.

Katanya, PTD pada Mac lalu telah mengeluarkan geran tanah, namun yang mengecewakan, ramai orang luar yang memperolehnya dan peneroka asal pula seolah-olah dipinggirkan.

Selain itu, katanya, keluasan tanah turut dikecilkan kepada 0.4 hektar seorang berbanding kawasan yang diteroka lebih 2.5 hektar.

Sementara itu, seorang peneroka, Sidek Madisan, 77, turut mempersoalkan cara pembahagian tanah tersebut sehingga menyebabkan dia yang merupakan generasi pertama tidak mendapat tanah berkenaan.

"Saya mengusahakan tanah tersebut menggunakan kudrat tulang empat kerat dan modal yang banyak, namun akhirnya menjadi sia-sia.

"Demi memperjuangkan hak, saya sanggup turun dari Muar ke Nusajaya untuk mengemukakan sendiri masalah ini kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman," katanya.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan usaha penduduk untuk menyerahkan memorandum tersebut gagal kerana tiada wakil daripada pihak Menteri Besar hadir untuk menerimanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved