Sabtu, 11 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


PKU UMT tawar 2 khidmat baru

Posted:

PKU UMT tawar 2 khidmat baru

PKU UMT tawar 2 khidmat baru

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 10 Jun - Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bakal menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian dan pengimejan (x-ray) kepada warga kampusnya bermula tahun ini.

Pengarahnya, Dr. Arnie A. Rahim berkata, penyediaan kedua-dua perkhidmatan itu akan memberi keselesaan kepada kira-kira 7,000 warga kampus universiti berkenaan tidak lama lagi.

Katanya, pusat itu kini mempunyai kemudahan lengkap seperti perkhidmatan yang ditawarkan di hospital awam biarpun baru ditubuhkan kira-kira 10 tahun lalu.

"Jika sebelum ini warga kampus terpaksa ke klinik panel milik swasta untuk mendapatkan rawatan pergigian, kini mereka boleh ke PKU yang dibuka lapan jam sehari untuk mendapatkan rawatan itu.

"Selain itu, di PKU juga kita menyediakan rawatan pesakit luar, wad sementara dan perkhidmatan ambulans dengan kekuatan seramai 28 orang kakitangan bertugas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Pengarah dan Ketua PKU Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-22 di Permai Inn di sini kelmarin.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Pusat Pembangunan dan Kebajikan Pelajar UMT, Prof. Madya Zainal Ashirin Shahardin dihadiri 50 peserta dari kalangan pegawai perubatan, pegawai pergigian serta ketua jururawat PKU IPTA.

Dalam pada itu Arnie berkata, pada mesyuarat kali ini yang melibatkan penyertaan 20 IPTA seluruh negara, beberapa agenda utama diberi penumpuan dalam usaha menambah baik perkhidmatan PKU kepada warga kampus.

Jelasnya, antara agenda tersebut adalah tentang isu kenaikan pangkat kakitangan PKU melalui tempoh perkhidmatan, penyelarasan skim perkhidmatan kesihatan penuntut serta kursus perubatan secara berterusan kepada kakitangan.

Tambahnya, isu kenaikan pangkat yang dibincangkan menjadi topik pilihan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tentang pelaksanaan sistem itu tahun lalu agar ia dilaksanakan bagi menarik minat doktor untuk berkhidmat dalam agensi kerajaan.

"Kita berharap melalui mesyuarat ini kakitangan PKU dapat berkongsi pandangan mengenai isu tersebut yang saya yakin semua kakitangan mahu ia dilaksanakan.

"Ia satu usaha awal untuk menggalakkan doktor berkhidmat lebih lama termasuk di PKU kerana peluang kenaikan pangkat tidak hanya bergantung kepada kekosongan jawatan sehingga mereka ke hospital swasta yang lebih mudah naik pangkat," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tukang urut dinobatkan keluarga terbilang

Posted:

Tukang urut dinobatkan keluarga terbilang

Tukang urut dinobatkan keluarga terbilang


ASHA'ARI Idris (dua dari kiri) memakaikan jubah kepada Salleh Md. Zin sambil diperhatikan Nazri Yusof di Majlis Anugerah Keluarga Mithali DUN Langkap 2011 di Sutra Beach Resort and Spa Setiu, baru-baru ini.


SETIU 10 Jun - Seorang tukang urut tradisional, Salleh Md. Zin, 66, dari Kampung Seri Aman, Sungai Tong di sini dinobatkan sebagai keluarga terbilang bagi Anugerah Keluarga Mithali peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap kelmarin.

Kemenangan itu membolehkan Salleh yang mempunyai lapan orang anak membawa pulang wang tunai RM1,000 sejurus diumumkan sebagai penerima anugerah itu pada majlis anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Pejabat DUN Langkap.

Pemilihan beliau sebagai keluarga terbilang dinilai berdasarkan warga emas itu sering terbabit dalam pelbagai kegiatan masyarakat selain tiga orang anaknya cemerlang dalam akademik.

Pada program yang berlangsung di Sutra Beach Resort & Spa Merang dekat sini itu, seorang guru tabika, Serimas Sulaiman, 51, dari Kampung Langkap pula diisytiharkan sebagai Ibu Tunggal Terbilang dengan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Lain-lain pemenang ialah Abdullah Che Mat, 65, dari Kampung Padang Muar, Sungai Tong bagi kategori Keluarga Gemilang sekali gus mendapat RM700 diikuti Ramlah Seman, 66, dari Kampung Tayor Tengah bagi kategori Ibu Tunggal Gemilang (RM700) dan Mohamed Ripin Ya, 63, dari Kampung Bukit Nenas untuk kategori Keluarga Cemerlang (RM500).

Dua penerima lain ialah Mohamad Nasir Abd. Hamid, 52, dan Mohd. Daud Othman, 59, masing-masing mendapat hadiah sagu hati RM250.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah YPKT, Nazri Yusof dan Pegawai YPKT Parlimen Setiu, Wan Zul Fazlee Mustaffa.

Dalam pada itu, Nazri ketika ditemui berkata, pelaksanaan program berkenaan bagi memantapkan institusi keluarga yang merupakan asas terpenting dalam membangunkan masyarakat dan negara.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui YPKT menganjurkan majlis seumpama itu bagi memberi pengiktirafan serta memartabatkan ibu bapa atas pelbagai pengorbanan mereka melahirkan keluarga cemerlang dan terbilang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masalah kekurangan bilik darjah selesai tahun depan

Posted:

Masalah kekurangan bilik darjah selesai tahun depan

Masalah kekurangan bilik darjah selesai tahun depan

KUALA TERENGGANU 10 Jun - Masalah kekurangan bilik darjah sehingga wujudnya sistem persekolahan dua sesi di beberapa sekolah di negeri ini dijangka selesai menjelang tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia berikutan pembukaan beberapa buah sekolah baru dan pembinaan bangunan tambahan di sekolah-sekolah sedia ada.

Menurutnya, setakat ini terdapat kira-kira 10 peratus daripada lebih 200 buah sekolah di negeri ini masih melaksanakan sistem persekolahan dua sesi.

"Antara sekolah baru yang bakal dibuka pada sesi persekolahan awal tahun depan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram dan SMK Seri Tembesu di Kuala Terengganu serta SMK Merang di Setiu.

"Usaha ini bagi memastikan lebih banyak sekolah mengadakan persekolahan satu sesi supaya proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lebih lancar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Buku Negeri Terengganu 2011 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Hashim Mohd. Zin.

Tambah Ahmad Razif, penyelesaian masalah sekolah dua sesi selaras dengan konsep Kementerian Pelajaran untuk menjadikan setiap sekolah satu sesi.

"Setiap sekolah yang bakal disiapkan kelak mampu menempatkan kira-kira 1,200 pelajar dan jumlah itu selaras dengan kapasiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dalam pengurusan sesebuah sekolah," ujarnya.

Pada majlis itu, 18 buah buku karya 13 orang anak Terengganu turut dilancarkan seperti Mungkin Nanti tulisan Anita Aruszi, Cinta Usah Dinanti (Aimi Husna), Manisnya Alunan Rindu (Nur Hazma) dan Penderhaka (Marsli N.O).

Turut dilancarkan, buku Detik Cemas Mavi Marmara (Fatimah Syarha), Senyuman Manismu (Rania Firdaus), Memburu Rentak (Sharif Putera), Berikan Aku Rindu (Indah Hairani) dan Di Bawah Unggun Api (Rahman C.M).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved