Sabtu, 11 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Najib lancar myplan

Posted:

Najib lancar myplan

Najib lancar myplan

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menunjukkan logo myplan pada majlis pelancaran myplan-Rancangan Malaysia Ke-10 Anda (myplan) di Putrajaya semalam. Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


PUTRAJAYA 10 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang bertujuan mentransformasikan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi memerlukan sokongan dan dokongan menyeluruh daripada rakyat.

Justeru, kata Perdana Menteri, kandungan RMK-10 perlu diterjemahkan dalam bentuk yang mudah difahami bagi membolehkan rakyat menerimanya sebagai dokumen yang bertujuan membawa manfaat secara keseluruhannya.

"Jika tidak, mungkin mesej yang terkandung dalam RMK-10 tidak dapat disampaikan dan mungkin ada yang terkeliru atau membuat terjemahan berbeza antara satu sama lain mengenainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan myplan-Rancangan Malaysia Ke-10 Anda (myplan) iaitu penjenamaan baru kepada RMK-10 sempena ulang tahun pertama pelancarannya di sini hari ini.

Myplan merupakan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan kesedaran serta mendidik rakyat mengenai apa yang mereka boleh kecapi menerusi RMK-10, seterusnya membantu merealisasikan Wawasan 2020.

Najib menambah, menerusi myplan juga, kerajaan akan menggunakan pelbagai pendekatan seperti media cetak dan elektronik bagi memastikan rakyat benar-benar memahami kandungan serta maksud pelaksanaannya.

Dengan cara itu juga, tambah beliau, rakyat dapat melihat RMK-10 dari perspektif faedah secara langsung dan tidak langsung yang mereka boleh terima.

"Memandangkan myplan adalah 'dokumen kerana dan untuk rakyat Malaysia' maka ia mestilah difahami dalam bentuk sedemikian rupa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wasatiyyah mampu capai kebaikan dunia, akhirat

Posted:

Wasatiyyah mampu capai kebaikan dunia, akhirat

Wasatiyyah mampu capai kebaikan dunia, akhirat


NAJIB Tun Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Wasatiyyah kepada Allahyarham Dr. Muhammad Abdul Rauf yang diwakili oleh balunya, Puan Sri Buthaina sambil diperhatikan oleh anaknya, Imam Feisal Abdul Rauf pada majlis perasmian Konvensyen Wasatiyyah di Putrajaya, semalam. Turut sama (dari kanan) Yusof Mohd. Noor, Jamil Khir Baharom dan Mohamed Khaled Nordin.


PUTRAJAYA 10 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) di negara ini amat perlu dititikberatkan sesuai dengan kepelbagaian agama dan budaya yang diamalkan di kalangan rakyatnya.

Menurut Perdana Menteri, konsep kesederhanaan itu bukanlah satu pilihan, sebaliknya sesuatu yang imperatif (mesti dipatuhi) yang boleh memacu rakyat mencari hasanah (kebaikan) di dunia dan akhirat (mencapai konteks al-Falah).

Katanya, hasil amalan wasatiyyah sejak berdekad-dekad lamanya juga, Malaysia berjaya muncul sebagai sebuah negara Islam demokratik serta negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

"Kita juga telah berjaya menyanggah tanggapan stereotaip selama ini tentang kononnya sebuah negara Islam itu lazimnya tidak demokratik, bersifat autokratik dan walaupun kaya dengan sumber asli, tetapi gagal menguruskannya dengan baik serta tiada pula keadilan sosial," katanya.

Beliau berucap merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam di Nusantara anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pertubuhan Nadi Dialog Malaysia (Nadi), di sini hari ini.

Konvensyen itu menganugerahkan Tokoh Wasatiyyah 2011 kepada Allahyarham Tan Sri Dr. Muhammad Abd. Rauf bagi menghargai segala jasanya dalam pembangunan Islam di negara ini.

Najib berkata, wasatiyyah atau kesederhanaan berimbang yang dimaksudkan bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran pihak luar yang cuba 'mencanai' umat Islam mengikut tasawur mereka.

Sebaliknya, kata beliau, wasatiyyah dalam pengertian negara adalah amalan yang diteladani daripada Rasulullah SAW serta melalui rentetan sirah, antaranya melalui mengambil konsep semangat piagam Madinah dan perjanjian Hudaibiah.

"Di arena kebangsaan dan antarabangsa, kita telah memperlihatkan bahawa kita bukan setakat beretorik dalam isu ini, malah telah mengamalkannya secara istiqamah. Di peringkat global juga, kita berbaik dengan semua negara sama ada negara Islam atau tidak, namun, atas dasar prinsip, kita tidak akan sesekali lari daripada menyatakan apa yang benar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konvensyen Wasatiyyah akan diperluas

Posted:

Konvensyen Wasatiyyah akan diperluas

Konvensyen Wasatiyyah akan diperluas

PUTRAJAYA 10 Jun - Konvensyen Wasatiyyah (kesederhanaan) akan diperluaskan ke peringkat universiti tempatan dan negeri bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai konsep itu kepada penduduk negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Wasatiyyah, Tan Sri Dr. Yusof Mohd. Noor berkata, langkah tersebut dibuat kerana konvensyen pertama yang diadakan mendapat respons yang baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, konsep wasatiyyah jika diperluaskan secara menyeluruh akan dapat menyeimbangkan masyarakat seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Semasa pentadbiran Tun Abdul Razak, banyak agensi ditubuhkan untuk menyatupadukan masyarakat di negara ini.

"Sekarang usaha tersebut disambung oleh anaknya iaitu Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya berharap pelbagai pihak akan memberi kerjasama bagi menjayakan siri Konvensyen Wasatiyyah yang akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam di Nusantara di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved