Sabtu, 11 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kanak-kanak mati ditikam

Posted:

Kanak-kanak mati ditikam

Kanak-kanak mati ditikam

Oleh RAFIDAH YA'AKOB
pengarang@utusan.com.my

SANDAKAN 11 Jun – Seorang lelaki yang hilang sabar dengan bunyi bising anak jirannya, mengamuk dan bertindak menikam tiga beradik dengan senjata tajam mengakibatkan salah seorang daripadanya maut akibat cedera parah.

Dalam kejadian di Flat MPS Karamunting Jalan Batu Sapi, dekat sini pukul 2 petang semalam itu, Ahmad Khir Hadari Awang, 6, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent.

Abang mangsa, Mohd Fadley Syarie Awang, 12, dan Nur Salinah Sahira, 10, masih lagi dirawat di wad berasingan di hospital sama.

Semasa kejadian, Ahmad Khir Hadari bersama kakak dan abangnya serta beberapa ahli keluarga lain sedang berada di dalam rumah mereka di tingkat dua flat berkenaan.

Menurut saksi, seorang lelaki yang tinggal di tingkat satu flat sama tiba-tiba menyerbu masuk rumah itu sebelum bertindak menikam tiga beradik tersebut.

Nur Salinah yang cedera sempat berlari keluar bagi meminta pertolongan daripada orang ramai manakala suspek berusia 20-an pula melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Fadzil Mohd. Ali ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, suspek berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan berdekatan.

Tambahnya, kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bapa mangsa, Awang Ahmad yang juga bekas wartawan sambilan Utusan Malaysia berkata, ketika kejadian dia berada di pejabatnya di bandar dan isterinya pula menyelesaikan urusan keluarga.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menduga kejadian tragis itu akan berlaku kepada ahli keluarganya hanya kerana perkara kecil tersebut.

"Saya kini sedang mengurus jenazah anak saya untuk dibawa pulang dan dikebumikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 laporan polis bantah perhimpunan Bersih 2 di ibu negara

Posted:

13 laporan polis bantah perhimpunan Bersih 2 di ibu negara

13 laporan polis bantah perhimpunan Bersih 2 di ibu negara

KUALA LANGAT 11 Jun - Sebanyak 13 laporan polis dibuat iaitu 11 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan Ipoh, Perak semalam dan satu lagi di Jempol, Negeri Sembilan hari ini yang membantah cadangan parti pembangkang untuk mengadakan perhimpunan Bersih 2 di ibu negara, 9 Julai ini.

Di sini, laporan itu dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Langat, Majlis Belia Kuala Langat, Putera Kuala Langat, Pertubuhan Generasi Muda Prihatin Sijangkang, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kuala Langat dan Pertubuhan Generasi Prihatin Morib.

Turut membuat laporan adalah Gabungan Anak Muda Telok Datok, Persatuan Peniaga Muda Melayu Kuala Langat dan STEP Kuala Langat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop berkata, pihaknya kesal dengan cadangan perhimpunan yang mahu dianjurkan itu seperti diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebelum ini.

"Tindakan tersebut boleh dianggap sebagai menghasut rakyat menyertai perhimpunan berkenaan selain membawa pelbagai masalah termasuk menganggu ketenteraman awam serta menjatuhkan imej negara," katanya selepas membuat laporan polis di sini semalam.

Pengerusi Pertubuhan Generasi Muda Prihatin Sijangkang, Jefrizal Mohd. Jaafar pula berkata, laporan polis juga dibuat bagi mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau blog-blog yang sedang giat menyebarkan maklumat tentang perhimpunan itu.

Di IPOH, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tapah dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Daerah Batang Padang turut membuat laporan polis berhubung perhimpunan tersebut.

Timbalan Pengerusi Perkasa Daerah Batang Padang, Mazlan Johari berkata, laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah semalam bertujuan mengelak berlakunya sebarang bentuk kekecohan pada perhimpunan tersebut.

Di JEMPOL, seramai 25 orang ahli Jawatankuasa Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) daerah itu menggesa polis mengambil tindakan segera bagi menghalang perhimpunan Bersih kali kedua yang akan dianjurkan pembangkang di ibu negara 9 Julai ini.

Pengerusi GAGASAN daerah, Azman Talib berkata, demonstrasi berkenaan perlu dihalang bagi mengelak berlakunya situasi yang tidak diingini.

"Perhimpunan itu nanti akan diadakan di tempat umum dan pastinya mengganggu ketenteraman awam. Ia juga akan menjejaskan nama baik negara dan ekonomi kita kepada pelabur luar," katanya yang membuat laporan itu di Balai Polis Rompin hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved