Sabtu, 11 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


MPSJ batal tender

Posted:

MPSJ batal tender

MPSJ batal tender

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Jun - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) digesa supaya memberi penjelasan mengenai pembatalan tender bagi kontrak kerja mengutip sampah di kawasan MPSJ yang telah diperoleh 61 kontraktor bumiputera baru-baru ini.

Ini kerana pembatalan kontrak tersebut tidak dimaklumkan kepada mereka, yang hanya mengetahuinya menerusi lawan web Tender Selangor.

Pembatalan tender itu telah menyebabkan rasa tidak puas di kalangan kontraktor-kontraktor berkenaan, setelah ia ditangguh atas alasan untuk mengasingkan operasi pelupusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan di antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Alam Flora.

Salah seorang kontraktor berkenaan, Shaiful Nafis Shariff, 39, ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, mereka berharap Abdul Khalid dan MPSJ menjelaskan alasan pembatalan tender tersebut.

"Atas alasan apakah tender itu dibatalkan. Kami ingin tahu siapakah yang memberi arahan kepada MPSJ untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini, Menteri Besar memberitahu bahawa tender itu hanya ditangguhkan sahaja, namun keluar di laman web (Tender Selangor) semalam yang mengatakan tender itu dibatalkan pula," katanya.

Sementara itu, dia menggesa supaya pihak berkenaan tampil memberi penjelasan dengan segera atau mereka akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jika penjelasan tidak diberikan kami akan membuat laporan kepada SPRM untuk melakukan siasatan," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gembira tinggal di PPR

Posted:

Gembira tinggal di PPR

Gembira tinggal di PPR


Foo Ah Choy (dua dari kiri) bersama Pasukan Petugas 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan dan MCA Bahagian Kepong yang melawatnya baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 10 Jun – Seorang pemandu lori sayur, Foo Ah Choy, 53, kini boleh menarik nafas lega setelah berpindah ke rumah baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kepong, sejak bulan lalu.

Bukan itu sahaja, rumahnya turut dilengkapi dengan perabot dan peralatan elektrik yang disumbangkan oleh pertubuhan kebajikan dan juga orang perseorangan yang prihatin terhadap keluarga malang itu.

Ah Choy yang tinggal bersama isteri dan enam orang anak mereka berumur antara empat 15 tahun amat gembira atas bantuan dan sumbangan yang diberikan itu, seterusnya memberikan sinar harapan baru terhadap keluarganya.

Katanya, dahulu dia dibebani dengan sewa rumah yang tinggi iaitu sebanyak RM450 sebulan sehingga menyebabkan dia tidak mampu untuk membayar sewa dan terpaksa berpindah.

"Keadaan sekarang bertambah baik, sewa rumah pun lebih murah iaitu RM124 sebulan dan suasana rumah juga lebih selesa dengan perabot dan peralatan elektrik yang disumbangkan.

"Saya amat berterima kasih kepada Pasukan Petugas 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan dan MCA Bahagian Kepong yang banyak membantu sehingga saya mendapat rumah baru," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa kunjungan Pasukan Petugas 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan dan MCA Bahagian Kepong ke rumah barunya itu di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua pasukan petugas itu, Banie Chin, Ketua Pemuda MCA Bahagian, Alvin Yap Tian Hoi, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian, Datuk Ong Teck Eng dan Bendahari pasukan, Tan Kok Eng.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPK keluar 108 kompaun dalam Ops Kutu Sampah

Posted:

MPK keluar 108 kompaun dalam Ops Kutu Sampah

MPK keluar 108 kompaun dalam Ops Kutu Sampah

KLANG 10 Jun - Dua belas pesalah telah dikompaun dalam Operasi Kutu Sampah yang dijalankan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, sebanyak 108 kompaun dikeluarkan antara Mac hingga Mei dan kebanyakan pesalah terdiri daripada warga asing atas kesalahan membuang sampah merata-rata.

Menurutnya, penguatkuasaan itu bukan sahaja untuk memberi kesedaran malah pada masa yang sama mendidik orang ramai agar menghargai kebersihan setempat.

"Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan kawasan setempat berada di tahap memuaskan sepanjang masa.

"Malah operasi ini juga mendapat reaksi positif kalangan penduduk yang memuji langkah Majlis kerana ia memberi impak terutama di kalangan warga asing," katanya ketika turut serta dalam Operasi Kutu Sampah di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK, Wan Mohd. Sofian Wan Husain dan Pengarah Penguat Kuasa, Andry Arman Masrom.

Ikhsan berkata, selain penguatkuasaan, MPK juga giat mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan penjagaan kebersihan, termasuk gotong-royong.

Menurutnya, kutipan sampah bagi tiga bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 272 tan metrik dan sehingga Mei, sebanyak 72 program gotong-royong telah diadakan di kawasan bandar diraja itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved