Sabtu, 11 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


UTeM bebas asap rokok

Posted:

UTeM bebas asap rokok

UTeM bebas asap rokok

MELAKA 10 Jun – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), muncul institusi pengajian tinggi pertama di Melaka yang bebas daripada asap rokok.

Naib Canselor UTeM, Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan berkata, pencapaian itu hasil komitmen dan kerjasama daripada seluruh warga universiti tersebut yang mengutamakan aspek gaya hidup sihat dan persekitaran bebas asap rokok.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan mengiktiraf UTeM sebagai IPT pertama di Melaka sebagai premis bebas asap rokok sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Bandar Hilir di sini, pada Ahad lepas, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Yusoff berkata, UTeM sentiasa bergerak seiringan bersama kerajaan Melaka untuk mencapai status negeri bebas asap rokok.

Beliau berkata, universiti itu telah melaksanakan beberapa aktiviti bagi merealisasikan kejayaan itu, antaranya mengadakan kempen kesedaran dan kefahaman secara menyeluruh mengenai bahaya merokok dan hak-hak orang yang tidak merokok.

Turut dilaksanakan ialah program motivasi terhadap perokok yang ingin berhenti merokok dengan mewujudkan klinik berhenti merokok dalam kampus, menjalankan program dorongan dan galakan kepada warga UTeM yang ingin berhenti merokok.

Beliau berkata, UTeM juga melaksanakan proses kajian dan memberi maklumat mengenai kawasan yang dicemari asap rokok di kawasan kampus.

Proses penguatkuasaan secara menyeluruh oleh penguatkuasa Jabatan Kesihatan dijalankan di kawasan yang didapati masih lagi tercemar dengan asap rokok, katanya.

Ahad lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengisytiharkan lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka sebagai zon bebas asap rokok berkuat kuasa mulai 15 Jun ini.

Kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum adalah RM5,000. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hard Rock Cafe Melaka dibuka hujung 2012

Posted:

Hard Rock Cafe Melaka dibuka hujung 2012

Hard Rock Cafe Melaka dibuka hujung 2012


MOHD. Ali Rustam mendengar penjelasan mengenai model Hard Rock Cafe yang bakal dibina di Bandaraya Melaka Bersejarah di Jonker Walk, semalam.


MELAKA 10 Jun - Hard Rock Cafe Melaka di Jonker Walk bernilai RM17 juta dijangka siap dan dibuka kepada orang ramai penghujung tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembinaan Hard Rock Cafe di bandar raya bersejarah itu adalah yang ketiga di negara ini selepas Kuala Lumpur pada 1991 dan Pulau Pinang pada 2009.

Menurutnya, Hard Rock Cafe Melaka bakal menjadi tarikan terbaru di negeri ini yang sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Pembinaan Hard Rock Cafe membuktikan kepercayaan pelabur terhadap pertumbuhan pesat industri pelancongan di sini. Saya sangat teruja dengan adanya Hard Rock Cafe yang cukup terkenal di seluruh dunia dan kini sudah berada di Melaka dan saya harap ia dapat dibuka lebih awal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak pembinaan Hard Rock Cafe di Jonker Walk di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise (M) Sdn. Bhd., Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir dan Naib Presiden Franchise Operasi dan Pembangunan Hard Rock International, Michael Beachem.

Sementara itu Syed Yusof berkata, pembinaan premis itu di kawasan seluas 9,000 meter persegi akan menerapkan senibina klasik, selaras dengan lokasinya berada di kawasan tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Hard Rock Cafe Melaka akan menyediakan perkhidmatan terbaik, hidangan makanan klasik Amerika Syarikat dan tempatan serta persembahan secara langsung oleh kumpulan pemuzik tempatan atau luar negara," katanya.

Beliau menjangkakan kira-kira 30,000 hingga 40,000 pengunjung mengunjungi restoran tersebut setiap bulan apabila dibuka nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPN perkenalkan Program Hand Holding

Posted:

MPN perkenalkan Program Hand Holding

MPN perkenalkan Program Hand Holding

SEREMBAN 10 Jun - Program Hand Holding iaitu urusan dengan jabatan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) secara dalam talian yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dijangka dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai secara berterusan.

Yang Dipertua MPN, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, program itu diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai untuk membuat bayaran secara dalam talian tanpa menggunakan kaedah konvensional.

Jelasnya, pihak pentadbiran majlis dijangka melaksanakan program itu mulai 13 hingga 17 Jun ini yang mana mereka akan diberikan penerangan oleh pegawai mengenai penggunaan sistem berkenaan.

''Ini adalah satu cara pihak MPN meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada seluruh masyarakat setempat dengan cara terkini, mudah, pantas serta berkesan

''Antara perkhidmatan yang disediakan secara talian pelbagai saluran ini merangkumi komponen-komponen seperti e-KL, e-Bayaran, e PBT, MySMS 15888 dan e- Tempahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abd. Halim, program itu merupakan inisiatif yang digunapakai oleh pihaknya dalam menggalakkan orang ramai menggunakan teknologi terkini selaras dalam usaha kerajaan dalam melahirkan generasi celik IT.

Katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh berbuat demikian dengan menghubungi Jabatan Teknologi Maklumat MPN di talian 06- 7989088, 06- 7989087, 06- 7989086.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved