Isnin, 10 Mac 2014

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Kia Sportage pencetus model SUV baharu

Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT

Oleh FAUZI JAAFAR
ekonomi@utusan.com.my

Kia Sportage

SEBENARNYA, Kia Sportage ini telah lama dilancarkan iaitu pada 2011 lagi. Bagaimanapun, model kali ini tampil dengan penuh perbezaan berbanding model sebelumnya yang agak konservatif, tetapi murah.

Kia Sportage 2011 ini mendapat sentuhan Ketua Pereka Kia, Peter Schreyer yang dahulunya daripada syarikat kereta Audi. Sehubungan itu, sudah tentu model Kia dilengkapi dengan lampu LED Daytime Running Light (DRL) yang menyala sepanjang masa.

Gabungan lampu itu dan reka bentuknya yang unik, jelas menunjukkan Kia Sportage keluar daripada kepompong apabila model ini tampak berbeza dengan model-model kenderaan utiliti sports (SUV) yang lain.

Berbeza kerana bahagian belakangnya kelihatan tinggi dengan reka bentuk lampu yang menarik, manakala bahagian depannya pula agak garang dengan lampu depan dan gril yang besar, menyerlahkan lagi penampilannya.

Ruang dalaman juga tidak kurang hebatnya. Model ini dilengkapi dengan kerusi pemandu kawalan elektronik dengan lapan cara, butang penghidup/mati enjin dengan sistem kunci pintar, kamera mengundur yang dipaparkan pada cermin pandang belakang, auto cruise, dan sunroof panaroma.

Manakala untuk hiburan dalaman, Kia Sportage ini disertakan dengan enam speaker dengan subwoofer menjadikan perjalanan jauh tidak kebosanan. Butang kawalan pada papan pemuka di ruang pemandu jugak agak mudah dijangkau oleh tangan.

Sportage memperoleh rating lima bintang dalam penarafan keselamatan Euro NCAP. Memiliki enam beg udara, selain sistem ABS, EBD, Downhill Brake Control dan Traction Control System pasti membuatkan anda berasa lebih yakin ketika memegang sterengnya di atas jalan raya.

Memandu Kia Sportage ini sebenarnya tidak menjemukan. Sportage 2011 dijana oleh enjin 1,998cc DOHC DCVVT Theta II yang turut digunakan oleh model Kia Forte sedan dan Forte Koup, dengan menghasilkan tenaga maksimum 164hp dan 196Nm.

Sebenarnya, enjin ini dikongsi oleh tiga syarikat kenderaan - Hyundai/Kia, Mitsubishi (Lancer, ASX dan lain-lain) dan Chrysler, tetapi karektor enjin tetap berbeza mengikut talaan setiap syarikat tersebut.

Kotak gear ialah dari jenis 6-kelajuan auto dengan sistem All-Wheel-Drive (AWD) atau pacuan empat roda.

Memulakan pemanduan, deruman enjin yang perlahan dalam kabin yang selesa menjanjikan pengalaman yang menarik. Terasa agak berat pada permulaan, tetapi prestasinya mengkagumkan dalam mengharungi selekoh di laluan ke Dengkil sebelum berpatah balik ke Shah Alam menggunakan lebuh raya.

Walaupun SUV ini agak tinggi, namun tahap mengambil selekoh agak menyakinkan dengan cengkaman roda bersaiz 235/55 R18 dan sistem gantungan jenis McPherson dengan spring coil dan penyerap hentak gas di depan dan Multi-link dengan penyerap hentak gas di belakang.

Sistem brek cakera ventiletad di depan dan cakera solid di belakang memberi keyakinan untuk menghentikan dan memperlahankan SUV ini ketika mengambil selekoh yang agak tajam.

Kelajuan yang direkodkan oleh penulis ialah 170 kmj kerana pemilihan jalan yang agak berliku dan kurang keyakinan untuk memecut disebabkan laluan yang sibuk. Bagaimanapun, Kia Sportage merupakan model SUV yang boleh dibanggakan.

Ford Transit tawar penjimatan bahan api

Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT

david Westerman (tiga dari kiri) bergambar bersama pengawai-pegawai kanan SDAC dan Ford Motors di hadapan Ford Transit yang bakal memasuki pasaran April ini.

KUALA LUMPUR 9 Mac - Van komersial Ford Transit keluaran Ford Motor Company, akan dilancarkan secara rasmi di bilik-bilik pameran Ford pada awal April ini, sekali gus mengukuhkan lagi transformasi berasaskan produk yang berjaya untuk jenama Ford di Malaysia.

Van itu akan dikilangkan di kilang Inokom milik Sime Darby di Kulim, Kedah dan menandakan bermulanya kembali operasi pemasangan kenderaan Ford di Malaysia.

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) merupakan pengedar tunggal kenderaan itu dan pelancaran Ford Transit yang akan datang menjadi satu lagi bukti penting kepada pertumbuhan Ford Motor di Malaysia.

Presiden Ford ASEAN, Matt Bradley berkata, syarikat akan terus mengembangkan bilik pameran Ford Motor dan menawarkan para pelanggan dengan satu lagi kenderaan yang mendahului kelasnya.

Jelasnya, Ford merupakan jenama automotif paling pantas berkembang di Malaysia pada tahun lalu.

"Kami di Ford mencatat prestasi tahunan terbaik dalam tempoh 20 tahun dengan jualan runcit keseluruhan melonjak sehingga 50 peratus kepada 10,660 unit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Sebanyak lebih tujuh juta unit Ford Transit telah terjual di seluruh dunia. Ford Transit bagi pemasangan tempatan (CKD) akan dijual di pasaran tempatan demi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan kenderaan komersial berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan mampu milik di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman pula berkata, Ford Transit menawarkan kombinasi penjimatan bahan api, kuasa dan kapasiti kargo yang terbaik dalam kelasnya.

"Kejayaan One Ford Plan (Pelan Satu Ford) yang berterusan membolehkan kami memasang produk yang mendahului segmennya di Malaysia. Kenderaan itu menawarkan para pelanggan kenderaan komersial ketahanan, keupayaan dan keselamatan yang menjadikan Transit satu jenama ikonik dan kejayaan di peringkat global buat Ford," katanya.

Ford Transit dilengkapi pakej serta langkah-langkah keselamatan yang komprehensif bagi memastikan pemandu, penumpang dan kargo dilindungi sepanjang masa.

Ford Transit boleh didapati dalam dua varian iaitu van penumpang dengan 13 tempat duduk serta Panel Van 350L. Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin diesel 2.2L TDCi yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved