Isnin, 10 Mac 2014

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Perkasa gesa Johor tubuh MPEBNJ

Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT

JOHOR BAHRU 9 Mac - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menggesa kerajaan negeri menubuhkan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Negeri Johor (MPEBNJ) dalam usaha memperkasakan agenda bumiputera di negeri ini.

Yang Dipertuanya, Samat Atan berkata, di bawah MPEBNJ, satu jawatankuasa khas perlu dibentuk bagi mengambil pendekatan jitu untuk membangunkan tanah rizab Melayu yang didakwa semakin kecil.

Katanya, berdasarkan statistik, tanah rizab Melayu di negeri ini mempunyai keluasan 1.988 juta hektar pada 1921 tetapi semakin berkurangan ekoran 'terlepas' kepada kaum lain dalam jumlah yang besar.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri perlu menggantikan segera tanah rizab Melayu yang sudah terlepas itu dengan menubuhkan jawatankuasa khas bagi tujuan tersebut selain untuk memperkasakan ekonomi bumiputera di negeri ini.

"MPEBNJ ini kelak diharap dapat dipengerusikan oleh Menteri Besar dengan dianggotai antaranya Exco kanan kerajaan negeri, ketua jabatan serta pakar ekonomi Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Persidangan Meja Bulat Perkasa Johor dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Kepada Pengerusi-Pengerusi Perkasa Kawasan Parlimen di negeri ini yang disempurnakan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, semalam.

Mengenai sidang meja bulat itu, Samat berkata, isu hartanah yang semakin mahal dan di luar kemampuan bumiputera turut dibincangkan dan pihaknya mencadangkan supaya penjualan hartanah kepada warga asing hanya dibuat di kawasan tertentu.

"Selain itu, kami mencadangkan bayaran levi daripada pelepasan unit bumiputera digunakan untuk membangunkan tanah milik Melayu dan dijual semula kepada orang Melayu pada harga jauh lebih rendah daripada pasaran," katanya.

Pada masa sama, beliau mendesak kerajaan negeri memantau pembangunan di bawah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) supaya pemilikan hartanah bumiputera diutamakan.

"Perkasa mendapat maklumat majoriti penduduk Melayu di kawasan itu semakin berkurangan akibat kesan kenaikan harga tanah dan disebabkan itu kita berharap kerajaan negeri tidak lagi mudah meluluskan pengambilan tanah perkampungan Melayu.

"Selain itu, Perkasa Johor juga berharap Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan UDA Holdings dapat diberi peranan utama dalam membangunkan rumah mampu milik dan kos sederhana di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved