Isnin, 10 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiada kompromi pihak cetus ketegangan - KPN

Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT

Khalid Abu Bakar (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir, Sarjan Saari Ahmad (kiri) sambil diperhatikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa di Kemaman, semalam. - Utusan/Shaifudin Mohd. Nor

KEMAMAN 9 Mac - Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan ketegangan bagi membantah keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didapati bersalah meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengulangi ingatannya itu menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang agar keharmonian terpelihara.

"Saya tidak pasti jenis reformasi yang dinyatakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tetapi mereka mestilah patuhi garis panduan yang ditetapkan.

"Jika tidak dipatuhi, tindakan undang-undang akan diambil. Setakat ini, kami belum terima apa-apa permohonan (untuk mengadakan perhimpunan). Dia (Azmin), cuma sebut reformasi.. Apa yang dia nak reformasi, saya tak taulah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian sumbangan kepada 147 anggota PDRM yang menjadi mangsa banjir Disember lalu, di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini hari ini.

Khalid mengulas kenyataan Azmin kelmarin, yang menggesa penyokong pakatan pembangkang agar berhimpun sebelum berarak pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, Selasa ini, bagi mempertahankan Anwar.

Beliau yakin pembangkang tidak akan berjaya mengganggu-gugat perjalanan PRK itu kerana polis sentiasa bersedia untuk menangani sebarang kemungkinan sepanjang proses tersebut.

Hentikan khabar angin - KPN

Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 9 Mac - Pengguna media sosial yang ghairah berkongsi atau memuat naik khabar angin melampau di laman berkenaan mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, setiap pengguna media sosial perlu bertanggungjawab dan berhati-hati untuk berkongsi sebarang maklumat supaya tidak mengundang perkara buruk atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Penyebaran berita dan khabar angin melampau tanpa menjaga sensitiviti masyarakat terutama ahli keluarga mangsa yang terlibat akan dikenakan tindakan.

"Saya harap hentikan perbuatan sedemikian. Jangan sedap mulut kita bercakap tanpa memikirkan perasaan mereka dan ahli keluarga mereka terlibat," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Mangsa Banjir Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Pada majlis tersebut seramai 345 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian.

Menurut Khalid, pihaknya berharap semua pihak berdoa supaya penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, katanya, PDRM mengalu-alukan apa juga bentuk bantuan daripada mana-mana pihak khususnya dalam bidang risikan termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved