Isnin, 10 Mac 2014

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Samsung Galaxy tampil generasi kelima

Posted: 09 Mar 2014 11:34 PM PDT

Susunan NOOR DIANA AZIS

MENERUSKAN kesinambungan rangkaian Galaxy S, Samsung menampilkan generasi kelimanya iaitu S5 pada persidangan dan pameran Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2014 di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.

Penantian pengguna Galaxy sebelum ini sudah panti berbaloi apabila mereka melihat kepada penampilan gajet idaman itu.

Sudah pasti peranti kali ini dapat memenuhi kehendak asas pengguna yang mahukan kamera berkualiti tinggi serta aplikasi mudah untuk membuat suntingan serta memindah naik foto.

Dengan resolusi kamera 16 mega piksel, S5 turut dilengkapi dengan sistem fokus automatik terpantas sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang.

Di samping itu, generasi kelima ini turut diperkukuhkan dengan ciri-ciri pengimbas cap jari yang boleh digunakan untuk tujuan pembayaran dalam talian (online)

Melihat perspektif fizikalnya, peranti ini dilihat sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik premium namun yang membezakannya adalah rekaan telefon bimbit pintar ini lebih moden dengan liang kecil untuk tampak lebih elegan dan mudah dipegang.

Dalam menjanjikan kepuasan kepada pengguna,

S5 turut diperhebatkan dengan teknologi sambungan Wi-Fi iaitu Download Booster yang menggabungkan kelajuan sambungan Wi-Fi dan LTE untuk meningkatkan kelajuan data.

Skrinnya diperbesarkan kepada 5.1 inci Full HD Super AMOLED selain dikuasakan oleh pemproses 2.5 GHz Quad-core dan sistem operasi Android 4.4.2 Kitkat.

Telefon bimbit pintar yang tahan percikan air serta debu IP67 ini ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu hitam, putih, biru dan emas.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai telefon bimbit pintar ini boleh layari laman web www.samsung.com.

Nikon D7100

Posted: 09 Mar 2014 11:34 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Bersama kadar pemfokusan yang lebih tepat, tajam serta pengesan subjek dengan lebih pantas merupakan antara kelebihan yang ditawarkan oleh Nikon D7100 kepada peminat seni fotografi.

D7100 merupakan kesinambungan barisan siri kamera digital lensa tunggal (DSLR) keluaran Nikon yang terkenal dengan berat yang minimum serta kompak agar mudah untuk dibawa kemana-mana.

Memiliki kelebihan pemfokusan yang tajam serta kadar rakaman yang lebih terperinci, D7100 turut dilengkapi bersama 51 poin pemfokusan membolehkan anda menentukan fokus pada mana-mana sudut yang dikehendaki pada subjek dengan lebih terperinci.

Sistem fokus automatik (AF) 51 poin tersebut mampu mengesan subjek yang dirakam dengan lebih tepat di samping kelebihan penderia jenis bersilang (cross-type) untuk 15 poin utama di tengah-tengah kerangka rakaman.

Sebagai tambahan, pemfokusan pada bahagian tengah kerangka rakaman tersebut turut bersesuaian dengan lensa dengan bukaan (aperture) maksimum iaitu f/8.

Hal demikian menjadikan rakaman dan pemfokusan automatik dapat dilakukan dengan lebih pantas dan tepat berbanding teknologi sebelumnya.

D7100 juga turut dilengkapi bersama penderia DX-format CMOS dengan kadar resolusi 24.1 megapiksel dan enjin pemprosesan imej EXPEED 3.

Kelebihan tersebut membolehkan kamera sentiasa fokus dengan lebih tajam bersama resolusi yang tinggi serta lensa yang bagus sekali gus menawarkan imej HD penuh yang terbaik.

D7100 itu juga turut menawarkan beberapa kelebihan baharu seperti aplikasi Spot White Balance dan paparan skrin LCD seluas 3.2 inci dengan kelebihan resolusi TFT.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved